Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

keistimewaan seorang wanita ..

kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, bukan juga susuk yang ditampilkan atau bagaimana dia mendandan rambutnya.  kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada ..


firman Allah swt :
ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
-- Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menupang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi keselesaan
-- Aku memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakkan yang seringkali datang dari anak-anaknya
-- Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh
-- Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya
-- Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya
-- Aku memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu
dan akhirnya ..
-- Aku memberinya airmata untuk dititiskan.  ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.

drpd Aishah ra, bersabda Nabi saw :
barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka .. maka akan menjadi penghalang kepadanya dari api neraka.


dari itu bersabar lah wahai hati, bila setiap kali kamu diuji oleh mereka .. neraka itu panas, dan kamu memerlukan halangan dari kepanasannya.

Wednesday, January 16, 2013

words ..

.. they make us laugh 
.. they catch our tears 

Thursday, October 4, 2012

kalau boleh ..


aku ingin hubungan kita berakhir bahagia ..
.. tidak terpisah angkara orang ketiga
.. tidak terpisah kerana kita berbeza
kalau terpisah biarlah kerana waktu ..
.. dimana aku tidak lagi bernafas ..
.. dimana aku tidak lagi mampu berdiri untuk mu ..

Wednesday, May 9, 2012

seorang ibu ..

aku baca coretan ni diFB .. tersentuh hati aku.  mmg naluri seorang ibu begitu ... mahu anaknya sempurna dimata dia dan dimata dunia. cuma cara dan gaya penyampaian antara seorang ibu dan ibu yg lain mungkin berbeza-beza. 
 
KERANA DIA SEORANG IBU
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

p/s: begitulah pengorbanan seorang ibu. biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. punyalah marah. selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. jadi hargailah ibu kita. lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa ...

Thursday, May 3, 2012

hakikat pernikaan kita ..






pernikahan ....

jika kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan..

jika kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup..

jika adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

jika adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak..

jika adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

jika adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

jika adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI..


 

Wednesday, April 18, 2012

biar pun ...

ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan teruji ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkeliru ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terluka ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkilan ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat rasa sabar kita kian nipis ..
ada ketikanya insan yang kita sayang mengguris hati kita hingga menitis airmata ..

.. tetap kita mengasihi mereka seadanya semata-mata kerana Allah swt
.. tetap kita menyayangi mereka seadanya kerana mereka telah bertakhta dihati kita

Friday, April 13, 2012

luar dari biasa ..

Pada luarannya memang tampak kuat, tabah, senyum ketawa, marah ... semuanya macam biasa saja. Namun tiada siapa mendengar rintihannya serta jeritan hatinya selain Kekasih Agungnya.  Pada saat benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan Dia yang sentiasa ada.  Pada ketika memerlukan dahan untuk berpaut Dia dengan rela hati dan penuh kasih sayang menghulurkan tanganNya.  Pada saat menangis tak berdaya, Dia kirimkan kalam agungNya.  Dia sangat menenangkan dengan ayat-ayat cintaNya yang cukup LUAR BIASA ...

 

Friday, March 2, 2012

you are 22!!




side by side or miles apart .. a daughter like you is always close to the heart.  happy birthday dikWa .. miss you more than anything n love you more than life.

Wednesday, February 22, 2012

ada tiada aku milikNya ..

sesakit apapun yg kurasakan dalam hidupku, semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku ..

Saturday, May 7, 2011

mothers ...

one don’t need to be a biological mother to show a mother’s love, to make a child feel special, safe and loved.

i was brought up by two noble souls - maklong n makngah. they showered me with undivided love. they taught me right fr wrong. they fed me while they themselves went hungry. may Allah rest their souls in peace. may Allah hv mercy on them, may Allah grant them Jannah. both of you will always be in my heart forever .. alfathihah.

to mama, i cant thank you enough ... without you i will not exist in this world .. without you i will not know the beauty of islam .. i love you as much. happy mothers day mama!!

Monday, October 4, 2010

Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, July 6, 2010

I love you ..




its so good to know someone special
who share my secrets, my laughter, my dreams n my cares
someone through good times n bad times, when theres tears
its so good to know you kak ngah, my daughter n friend
.. through the years ..

Happy Birthday kakNgah !!

Tuesday, May 11, 2010

Happy Birthday Beb !!






Beb ..
even if the sun refused to shine
even if romance ran out of rhyme
you would still have my heart
till the end of time ..
I Love You


Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai 恭喜发财 !!

Wishing mama, papa, and all family members a very happy and prosperous chinese new year and great year of the tiger! i love you all ..




Monday, January 18, 2010

Family gathering - the Chongs

Kami sekeluarga bertolak keSingapura seawal 6 pagi pada 10 January 2010 untuk majlis pertemuan seluruh keluarga Encik Chong Ling Kwang & Puan Fam Ah Vam (papa/mama aku), majlis yang telah susah payah di atursusun olih adik-adik aku. Kami tinggalkan kereta di Train Station Johor Bharu dan memilih utk menaiki keretapi keSingapura.

Aku kagum, walaupun jarang bertemu namun tiada kejanggalan terasa. Betul kata pepatah, blood is thicker than water!! Cuma aku agak sedih sampai kehari ni bila terbayangkan wajah-wajah uzur papa dan mama, terbayang dimata aku mama yang sentiasa menyapu airmatanya ... mungkin ada sedikit kesal dihati mereka atas kelainan aku dan 2 orang lagi adik2 aku. Apa pun kami tetap juga sayang mama n papa!

Cepat masa berlalu, by 10:00pm hari yang sama, kami bersurai ... aku meneruskan perjalanan ke Seremban, sorang ke KL dan sorang lagi ke Johor Bharu. Papa, mama dan yang lain-lain menetap diSingapura.

tetap anak mama n papa

adik beradik - blood is thicker than water

aku n adik2 yg dibesarkan oleh ibubapa yg berlainan

aku with my one n only brother

all of us

Aku yakin, at the end of the day mama dan papa gembira sebab dapat berkumpul dengan semua anak-anak, menantu-menantu, dan cucu-cucu, walaupun sekejap tapi hati mereka puas.

Nabi saw bersabda: “Tidur kamu bersama kedua ibubapa kamu di atas tilamnya lalu kamu berusaha menjadikan kedua-duanya ketawa dan kamu pula bergurau senda dengan mereka lebih afdhal daripada kamu berjihad bersama aku.”

Sunday, May 10, 2009

KL (Tower) Revolving Restaurant

We left home after 6:00pm .. we have to start early because its a long drive actually to reach the place.. about an hour. Parking was already full when we arrived, lucky the guard was so kind enough to let us park along the road, leading to the main entrance.

Sampai saja aku suruh HeroBesar pergi check dulu diReservation Counter, betul ke ada reservation for us... bukan tak yakin pada anak-anak tapi sebab semua diuruskan dengan panggilan talipon nun dari Australia. Ada!! dapatkan coupons, so we proceed ke surau *dah azan maghrib* yang besarnya boleh muat 5 orang sekali berdiri. Aku saja yang ada bersama 2 kanak-kanak lain ... habis solat n everything, aku pun ajak HeroBesar naik keRestaurant - hati berdebar-debar sebenarnya .. "awal lagi" kata HeroBesar. Entah sekali ni hati aku berdebar-debar pulak untuk majlis gini, dulu-dulu aku OK saja ... mungkin sebab dah tua agaknya.

Kami terus saja naik .. tunjuk coupons dan waitress ushered us to our place - prebooked! by our angels. Table No.41 *window view*, yes! a table for two ..ambience was wonderful, with live pianist. Restaurant Seri Angkasa is 282 meter above the ground and revolving, it takes more than an hour to make one round and you can see different scenarios while seated and eating. It was a real experience to see KL under your feet at nite .. dilangit bintang berkelipan .. tengok bawah lampu2 berkilauan - spectacular!!

Sebelum bangun ambil makanan, HeroBesar remind aku .. "see the toilet there, nanti bila nak balik sini tengoklah .. sebab tempat bergerak nanti susah cam kan meja kita!" Aku sengeh saja .. orang tua lah katakan ..nanti hilang bearing pulak tu yang kena remind tu ... Lepas ambil makanan aku pun balik lah kemeja kami No 41 tu .. sambil-sambil makan aku cakap kat HeroBesar, "mana toilet tadi?" Dia pun sengeh juga .. fikir sendiri lah mana pergi toilet tu ...

Hidangan cara buffet of local n international spread, ada vegetarians dishes n local fruits, mouth watering cakes varieties, etc...tengok saja aku dah rasa kenyang - banyak! .. aku ni selera orang tua kampung memang akan makan local food sajalah .. tapi aku tahu memang berbaloi kalau makan gaya buffet ni bila dengan HeroBesar sebab selera dia besar *tengok bodylah pulak* .. so kira dia cover untuk aku sekali . Hidangan cara ala-carte pun ada tapi .. rata-rata orang yang datang untuk buffet saja aku nengok ..

Sedang kami syok-syok makan buah2an *dah penghujung actually* sambil cerita pasal anak-anak, tiba-tiba lagu HAPPY BIRTHDAY dinyanyikan secara live dengan iringan piano *pemain piano cum penyanyi*.. and dalam masa yang sama datang lah waiter dengan cake *siap ada lilin lagi* sambil dia menyanyi juga sebelah aku .. "oops! not me, its him!" aku tunjuk kat HeroBesar .. so budak tu letak cake depan HeroBesar dan sambung menyanyi .. orang-orang meja sebelah pun menyanyi sama dan tepuk tangan untuk HeroBesar. Surprise! surprise! aku tengok HeroBesar tersipu-sipu sambil control emotion .. orang ucapkan Happy Birthday pun dia tak jawab ... manalah tidaknya PakHaji sambut birthday macam tu gayanya .. siap tiup lilin pulak!!

Dia renung cake sampai Australia n Ukraine n Seremban sebelum tiup lilin!!

Aku minta waiter tu potong cake into two, half untuk bawa balik for my Awa n HeroKecik yang tak ikut sama .. and separuh aku minta dia potong-potong distribute pada meja sebelah .. after awhile, aku suruh HeroBesar pergil check kat counter tu mana tau kami kena uruskan bill sendiri .. manalah tahu kan. He came back with pulut kuah durian, my favourite tu, hahahaha grand finale for the nite kata HeroBesar!!

We left after 10:00pm, with an experience and wonderful memories we'll never forget! Thank you very much Akak, Angah, Awa n Haziq!! You guys are simply wonderful !! We love you all ..

Happy Birthday to you Beb! semoga panjang umur dalam keimanan, dan di murahkan rezeki yang halal .. dikurniakan kesihatan yang baik. I love you.

p/s : punyalah bersedianya .. sampai hadiah untuk HeroBesar tertinggal .. so beri hadiah bila dah sampai rumah.

Friday, May 1, 2009

Imperfections ...

Aku selalu marah pada HeroBesar bila dia melepaskan angin tak mengira waktu dan tempat .. bagi aku kurang sopan sungguh. Mentang-mentang dah tua-tua begini dia langsung tak ambil kisah. Bukan perlahan bunyi tu .. sekuatnya, ada masa aku terkejut!!, dan kalau ditegur tu sengaja pulak disambung-sambungnya bunyi. Dia tak perduli aku sedang bercakap dengan dia ke, aku sedang nengok tv ke ... janji dia lepas saja.

HeroBesar aku ni bekerja jauh .. hari-hari berulang alik, driving sendiri dari Seremban ke Kelang. Walaupun dia tak terikat dengan waktu ... kerja ikut suka dia, still memenatkan apalagi dah berumur ni. Kadang-kadang lewat sampai rumah dekat nak maghrib dah ... so bila malam pantang kepala cecah kat bantal saja terus berlagu-lagu dengkurnya. Bayangkan orang yang disebelah .. punya susah pulak nak lena dengar bunyi-bunyian tu .. selalu aku tolak-tolak badan dia nak bagi senyaplah sekejap .... selang tak sampai seminit bunyi lagi .. adoiiiiii

Tapi semenjak aku tertengokk video clip ni, aku insaf ... aku redha lah menerima kentut dan dengkur HeroBesar sementara ada ni ...



"in the end, its these small things that you remember ... little imperfections that make them perfect for you."

Monday, March 9, 2009

MencintaiNya ...



Mencintai Nabi Muhammad saw tidaklah semudah macam mencintai ayah ibu, tidak seperti mencintai keluarga .. tidak sama langsung seperti mencintai pasangan kita. Untuk mencintai Nabi Muhammada saw memerlukan pengorbanan yang sangat luar biasa. Dan cinta kepada Nabi Muhammad saw tidak akan datang kalau kita tidak dulu belajar mengenali Baginda, kalau kita tidak dulu mengetahui tingkah laku dan seluruh pengorbanan Baginda untuk kita.

Teringat aku cerita seorang ulamak, Sheikh Nuruddin dari Indonesia dalam salah satu kuliahnya mengenai cintakan Nabi Muhammad saw, lebih kurang katanya *yang dapat aku ingatlah* ..
Nabi Muhammad saw pernah didatangi seorang perempuan yang mengatakan dia ingin mencintai Nabi Muhammad saw seikhlas hatinya. Bila mendengar keinginannya, Baginda Nabi saw menjawab dengan menyoal semula perempuan tu .. "apakah sudah kau fikirkan sehabis-habisnya? bila kau mencintai aku .. kau akan didatangkan dengan bermacam-macam dugaan. Dan ujian-ujian yang datang tu macam air bah!" Sabda Nabi Muhammad saw.

Memang bukan perkara mudah. Aku masih merangkak-rangkak untuk sampai ketahap mencintai Nabi Muhammad saw .. mencintai Baginda bermakna mencintai ALlah jugak. Aku tanyakan pada diri aku .. sampai mana dah aku ni mencintai Nabi Muhammad saw?

"YaALlah ... kurniakanlah aku kekuatan dan keikhlasan untuk mencintai Rasul Mu dan mencintai Mu supaya senang aku mengerjakan perintahMu dan menjauhi segala laranganMu."




Wajah-wajah yang menyayangi Nabi Muhammad saw .. sanggup tidor lewat semata-mata menemani ibu-ibu mereka mendengar ceramah MaulidurRasul malam tadi di Surau AnNur Fasa II.

Salam MaulidurRasul 12 Rabiul Awal 1430H untuk semua.

Saturday, January 17, 2009

Bling bling!!

Hari ni pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah. Alang-alang kami nak membeli barangan dapur, kami bersarapan diluar saja. Selalunya memang kami membeli barangan dipasaraya Gergasi. Dan kami suka pergi pagi-pagi untuk mengelakkan kesesakan waktu membayar dikaunter nanti. Hari ni kami mengambil masa yang lebih sikit memilih barangan sebab tak mahu terbeli barangan yang tersenarai sebagai memberi sokongan kepada Israel. Selesai memilih semua yang diperlukan, aku beritahu HeroBesar yang aku akan menunggu dia diluar saja sementara dia membuat bayaran.


"Puan, marilah tengok ... yang ni baru saja sampai khas untuk tahun baru Cina." panggil jurujual tu. Aku memang nak duduk sebenarnya sebab dah penat berjalan. Alang-alang aku nak tumpang duduk, aku tengoklah sekali barang-barang yang dipamerkan. Berpinau-pinau mata menengok .. aku tak ada tujuan nak membeli, sekadar mencuba-cuba saja. Cabut satu, pakai satu lagi .. belek jari lagi. Dalam pada aku leka menggayakan tu, HeroBesar dengan anak-anak aku pun sampai.


"Cantikkan Beb?" sambil aku suakan tangan aku pada HeroBesar. Dia senyum sambil kata "kalau dah berkenan, beli sajalah Yang." Memang begitulah dia dari 30 tahun dulu sampai sekarang. Aku pulak tak berani nak cerita lebih sebab harga barang tu bukanlah sedikit, dalam hati memanglah berkenan sangat!! Sebab cara dia macam tu lah yang buat aku tak jadi membeli selalunya. Bila ditanya dia macam suka dan tak suka ..


"Thank you, I'll come back some other times" aku pun tanggalkan dari jari aku dan pulangkan barang pada jurujual tu. HeroBesar terus saja bertanyakan harga dan berlakulah tawar menawar. HeroBesar ni bukan jenis orang yang suka tawar menawar, itu kerja aku. Tapi entah mimpi apa malam tadi, memang dah rezeki aku agaknya hari ni. Dipendekkan cerita maka dapatlah aku hadiah birthday yang sedikit terlewat. Tapi aku tak kisah sebab sangat lah berbaloi ..


Senyum meleret aku seharian ni ... kepada HeroBesar, terima kasih daun keladi.


Last but not least, congratulations to the people of Kuala Terengganu!!