Tuesday, February 10, 2009

Bila ALlah marah pada kita ..

ALlah maha pengasih lagi maha penyayang ... disebabkan segenap lapisan makhluk tahu sifat ALlah ini, maka semuanya mengambil kesempatan dengan melakukan apa saja laranganNya di muka bumi milik ALlah ini. Peringatan demi peringatan telah ALlah berikan .. namun tidak di endahkan .. kemungkaran terus berleluasa...

ALlah kerahkan bala tenteraNya yang kelihatan dan yang tidak kelihatan olih mata kasar untuk memberi pengajaran/kesedaran kepada makhlukNya ..


.. malaikat-malaikat - tentera ALlah yg ghaib

.. air - datang menghanyutkan

.. api - datang membakar


.. angin - datang menerbangkan

.. gunung ganang - datang membenamkan


Semua bala tentera ALlah tidak pernah ingkar pada perintah Tuhannya .. tanpa belas kasihan mereka bertindak menghapus yang mungkar dan ingkar ... dizaman kini dan dizaman-zaman terdahulu. Bila mereka bertindak .. tiada siapa dapat menghalang .. mereka hanya berhenti bila diperintah ALlah ..

Berbagai-bagai jenis bala bencana ditunjukkan bagi memberitahu betapa Dia maha berkuasa ... betapa bala tenteraNya boleh melakukan apa saja atas perintahNya .. maka diturunkanNya ..

.. penyakit-penyakit yang menular
.. kemusnahan/bencana keatas bumi ini
.. kekacauan/kezaliman yang dibuat olih manusia

Hanya ALlah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam ini. Tiada daya kekuatan melainkan dari ALlah sahaja.

Monday, February 9, 2009

Kecil dibuat kawan, besar tak terlawan ..

API .. masa kecil boleh dibuat kawan-kawan. Tapi kalau dah besar kita tak terlawan. Itulah yg terjadi tengahari tadi dekat rumah aku. Jiran aku yang agaknya risau tengok semak/sampah kering disebelah rumah dia (depan rumah aku) yang ada lot kosong dengan rajinnya telah membuat projek mengemas dan membakar sampah/semak tersebut. Hari panas dan berangin .. dengan cepat saja api marak dan menjilat semua ..

Terkejut aku bila tiba-tiba siHeroKecik terjerit memanggil HeroBesar minta tolong sama-sama padamkan api yang tiba-tiba marak dan menjalar ke rumah sebelah yang kebetulan kosong tak berpenghuni. Berduyun-duyunlah kami pergi bergotong-royong membantu memadam api .. ada yang datang bawak baldi, ada yang datang bawak rubber hose .. ada yang datang bawak kepala paip .. ada yang datang bawak spanar .. ada yang datang bawak kayu sekerat .. tak kurang juga yang datang cuma sekadar menengok-nengok sambil berpeluk tubuh.

Jangan dekat sangat ...


Para sukarelawan ...

Bersih ..

Jiran aku dah pun menalipon bomba tapi biasalah bomba datang 15-20 mins later ... bila dah padam api yang marak cuma tinggal asap.. but still terimakasih pada usaha mereka untuk datang juga. Dapatlah juga HeroKecik bergambar dan sama-sama menolong anggota bomba tu memadamkan api ... memang cita-cita HeroKecik tu pun nak jadi ahli bomba or polis or askar. Asalkan badan beruniform dan ada senjata ... ON saja lah dia.

Bomba datang !!!



Tamat !!

Saturday, February 7, 2009

Hati yang lalai ..


Mendung seharian ni .. bukan cuaca yang mendung tapi hati aku yang kelabu. Bukan salah sesiapa atau kerana sesiapa ... semuanya kerana aku sendiri. Menyedari kesilapan dan segala kekurangan aku ..buat aku jadi sebak. Aku selalu mendengar luahan kawan-kawan, luahan anak-anak, luahan siapa saja ... selalu aku menyediakan bahu aku untuk orang lain bersandar melepas lelah. Tapi hari ini bila aku memerlukan bahu untuk bersandar .. aku terkapai-kapai. Terasa aku betapa kesaorangannya aku ... ini baru di dunia, di alam kubur nanti lagi gelap gulita seorang juga ..

Aku serious bila aku menjawab kata-kata sesaorang itu tadi .. aku sedar apa yang aku katakan .. pahit, pedih, sakit seperti langit menghempap kepala aku .. tapi itulah kenyataannya. Aku harap itu yang terbaik dapat aku lakukan demi sesaorang itu. Aku sudah ibarat senaskah Al-Quran lama .. yang tak boleh dibaca lagi .. tapi nak diletakkan dimerata-rata tak boleh pulak .. suka tak suka terpaksa disimpan saja.

Syaitan memang mencari-cari mangsanya .. memang dia sentiasa mengintai-intai hati-hati yang lalai. Dan dia berjaya mengusik hati aku hari ini atas kelalaian aku ..

Aku teringat salah seorang dari Ustaz memberi tahu tentang sabda Nabi saw lebih kurang begini : Berdoalah kepada ALlah swt dengan yakin bahawa Dia akan memakbulkan. Tetapi ingatlah bahawa ALlah tidak akan berkenan memakbulkan doa orang-orang yang lalai dan bermain-main.

Aku mesti berusaha menghabiskan kitab Tanbiihul Ghafiilin -- Peringatan Buat Yang Lalai yang telah aku tinggalkan suku jalan.


YaAllah beri lah aku kekuatan menghadapi segala ujian mu, sesungguhnya ya ALlah keikhlasan itu amat sukar, namun engkau maha tahu. Tabahkanlah hati hambaMu ini semoga hanya untuk Mu sahaja langkah-langkah ku dan hanya untuk Mu sahaja segala harapan hati hamba Mu ini.



Friday, February 6, 2009

Bukan seperti yang disangka ..

Orang yang hebat dipandangan mata aku, berpendidikan tinggi, punya aura tersendiri ...dia memerintah dengan bijaksana mengikut undang-undang yang dijunjungnya dan tidak berpehak-pehak. Dia lah harapan akhir rakyat untuk mendapatkan keadilan setelah apa yang berlaku ...

Tapi apa yang terjadi? hancur berkecai rasa hormat dan kagum aku kepada seorang Raja yang nampak memerintah dengan bijak, berdisiplin tinggi yang pernah menerajui sistem perundangan negara ini satu masa dulu.

Tak hairanlah adanya pepatah, Raja adil raja disembah .. Raja dizalim raja disanggah!!

Sesungguhnya memang ALlah sahaja yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana ...

Thursday, February 5, 2009

Demi Agama ..

Beberapa hari ini sana sini orang hiruk pikuk membicarakan pasal Perak .. aku hanya seorang penyeri rumah, mengikuti juga kacau bilau semasa. Seluruh Malaysia, dan serata pelosok dunia aku menjelajah dengan jari-jari aku sebagai kenderaannya .. dah jadi macam rojak dalam kepala ni .. bercampur aduk. Kesimpulannya yang aku dapat .. semua berpunca dari DUIT !!

Banyak sungguh blog yang aku singgah ... ada yang aku serious membaca, ada yang sekadar intransit saja .. aku dapat link ke blog DemiNegara (ibu mewajibkan anak-anak ibu membaca article yg satu ini) yang amat menarik perhatian aku ... ini berpuluh kali lebih berfaedah dari kita debatkan masaalah katak-katak tu .. biarlah diorang nak melompat galah ke, nak lompat kijang ke .. biarkan mereka dengan labu-labu sayung mereka. Lebih baik membaca perkara-perkara seperti yang dipaparkan oleh DemiNegara dari membaca P***Z*****, or dari membaca ohB**** ..

Berluasa dakyah Kristian sekarang ni kerana kita masing-masing tak peka, daripada Pemimpin sampailah kerakyatnya semua nak ambil senang saja. Kita tak boleh lagi nak harapkan pemimpin-peminpin sebangsa bela nasib anak-anak bangsa kita ... diorang sibuk, memikirkan soal negara kunun, rakyat kena pandai-pandai sendiri lah!!

Terima kasih Nazri (makcik cilok link DemiNegara tu dari blog awak). We should have more bloggers like DemiNegara .. his article on the subject matter was impressive to me .. kudos to him!!

Wednesday, February 4, 2009

Bebas ka ?

Perak bakal mendapat MB baru; tajuk berita TV3 waktu perdana!! .. aku tak kisah berita ini. Memang tak terkejut pun sebab sudah dengar dari petang tadi kawan-kawan aku sok sek sok sek. Memang macam-macam boleh terjadi dalam politik Malaysia sekarang .. macam beli ayam dan ikan kat pasar saja.

Tapi memang rasa sungguh memualkan TV3 ini. Aku dah tak nampak nilai berita yang disampaikan .... sungguh bias kepada satu pehak sahaja. Kalau ia pun nak mengampu or whatever you call it .. tak usahlah sampai too obvious .. nampak macam ba wau dal wau ha lah sangat jadinya!!

Tiga orang ADUN Perak yang mengaku keluar parti jadi ADUN bebas tu .. tolonglah, tak payahlah nak cover line ... declare saja lah diri tu sekarang ADUN BN !! kalau declare ADUN Bebas tapi kata menyokong BN ... sama saja tu!! Siapa yang you all nak tipu? diri sendiri ka? jentera pilihanraya yang bertungkus lumus membantu you all dulu? rakyat yang telah mengundi you all? or kawan-kawan seangkatan you all dalam parti yang ditinggalkan tu?

Sebab tu Islam mengajarkan kita supaya betulkan NIAT sebelum melakukan sesuatu perbuatan tu .. sebab tu Islam mengajarkan kita bagaimana memilih pemimpin .. sebab tu Islam mengajarkan kita tentang Istiqomah ..

Kan dah tak pasal-pasal aku membebel tentang politik pulak!! Aku memang seawalnya tak nak menulis tentang politik dalam blog aku ini. Bukan aku tak minat or tak ambil tahu, tapi aku menyampah dah dengan senario politik Malaysia sekarang ni. Sama saja semuanya CAKAP TAK SERUPA BIKIN!! Tapi entahlah malam ni tak tertahan-tahan pulak jari-jari nak lepaskan geram !! Entah geram pada siapa tak tahu lah ... tapi memang ada rasa nak membaling kasut sangat ...



Monday, February 2, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang - 3 February

~~Akak~~
Many years ago way back in time
ALlah gave me a blessing it's true
Today I recollect this blessing
Wishing Many happy Returns to you