Thursday, May 3, 2012
hakikat pernikaan kita ..
pernikahan ....
jika kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan..
jika kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup..
jika adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..
jika adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak..
jika adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..
jika adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..
jika adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI..
Wednesday, April 18, 2012
biar pun ...
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan teruji ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkeliru ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terluka ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkilan ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat rasa sabar kita kian nipis ..
ada ketikanya insan yang kita sayang mengguris hati kita hingga menitis airmata ..
.. tetap kita mengasihi mereka seadanya semata-mata kerana Allah swt
.. tetap kita menyayangi mereka seadanya kerana mereka telah bertakhta dihati kita

Friday, April 13, 2012
luar dari biasa ..
Pada luarannya memang tampak kuat, tabah, senyum ketawa, marah ... semuanya macam biasa saja. Namun tiada siapa mendengar rintihannya serta jeritan hatinya selain Kekasih Agungnya. Pada saat benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan Dia yang sentiasa ada. Pada ketika memerlukan dahan untuk berpaut Dia dengan rela hati dan penuh kasih sayang menghulurkan tanganNya. Pada saat menangis tak berdaya, Dia kirimkan kalam agungNya. Dia sangat menenangkan dengan ayat-ayat cintaNya yang cukup LUAR BIASA ...
Thursday, April 12, 2012
manusia dengan kembar siamnya..
ramai orang berkembar siam dengan HPnya, tidak boleh dipisahkan oleh apapun .. waktu driving, waktu tidor, waktu makanminum, waktu santai, waktu dengan ahli keluarga, waktu dengan teman-teman, waktu dlm toilet pun .. tetap melekat dengan HPnya. paling malang lagi sampai tidak focus langsung mendengar orang disekeliling yang bercakap dengannya kerana matanya, hatinya, jiwa tertumpu pada kembar siamnya. orang dah habis cerita, ataupun orang bercerita separuh jalan pun dia tak sedar adakalanya... dia boleh coverline pulak, bertanya pada perkara-perkara yang tidak disebut, atau sudah diterangkan nyata dalam cerita. why? kerana dia tidak 'bersama' sebenarnya!
buat orang fed-up sebab kerap bercakap sorang-sorang! fed-up sebab selalu disuruh berhenti bercakap sebab nak ber email, fed-up sebab kerap disuruh berhenti bercakap sebab ada call 'penting' masuk! fed-up sebab bercakap tapi tak didengar! lebih fed-up sebab macam mendengar tapi sebenarnya tidak!
tapi bila di call, bila di whatsApp .. tak perasan pulak!! tak dengar pulak!! sukar nak percaya sebab tahu betapa matanya taksub tak lepas dari melihat kepada kembar siamnya ... jiwanya, hatinya, perasaannya berkait rapat dengan kembar siamnya.
fed-up!!!
fed-up!!!
Saturday, April 7, 2012
Guru kasih sayang ..
bagaimana menangani pelajar corot? anak murid merupakan ladang pahala untuk guru-guru, classroom merupakan umpama sejadah bagi guru-guru beribadah ... betulkanlah niat. mengajar untuk memberi mereka faham bukan menunjuk betapa pandainya kita! dengan niat yang betul, insyaAllah akan menghasilkan pengakhiran yg baik dan penuh barakah (Prof. Dr. Muhaya~Radio IKIM).
sabar yer Haziq .. apapun yang dikatakan oleh segelintir guru-guru adik disekolah tu. redha dan berbaik sangka dengan kata-kata mereka walaupun kesat, sentiasa doakan yang terbaik untuk guru-guru. buktikan adik dan kawan-kawan adik yang dalam class 'last' pun boleh berjaya cemerlang dunia dan akhirat ..
Thursday, March 29, 2012
dangdut sampai pagi ..
http://www.hmetro.com.my/articles/Situaberjogetsampai5pagi/Article
tak tahu apa aku nak cakap tentang berita ni .. ni lah agaknya yg orang noghori sembilan kato dah jadi airmandi eh ... tu yg tak rasa bersalah langsung tu!
kalau dah 40 tahun tak kenal Allah, tak kenal akhirat, tak beriman .. takat ngaku Islam saja, maka bersusah payahlah hendak mendidik dan membetulkan hati tu kejalan yg lurus. macam anak yg tak tahu siapa ibunya, tiba2 lepas 40 tahun diperkenalkan kpd ibunya, tentulah payah nak menanam kasih sayang dan kecintaan pd ibu tadi. sebab kasih itu sudah diberi kpd ibu angkat yg memeliharanya.
kalau dah 40 tahun mengamalkan sifat sombong dan bangga diri, mestilah payah untuk mujahadah menjadi tawaduk atau rendah diri.
kalau dah 40 tahun dgn sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangai, mestilah tak mudah nak mendidik hati jadi pemurah.
kalau dah 40 tahun dgn sifat panas baran, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.
kalau dah 40 tahun berhasad dengki sesama manusia, tentu tidak mudah utk menjadi orang yg berlapang dada dgn manusia.
kalau dah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yg sabar dan redha dgn Allah.
kalau dah 40 tahun ada penyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah tipis harapan utk bertukar menjadi seorang yg zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut "harta saya", "kebun saya" dan "wang saya".
begitulah lah seterusnya .... (macam kata P Ramlee kata dlm Madu 3)

peringatan utk diri aku .. bertaubatlah banyak-banyak dan bersungguh-sungguh. semoga Allah jauhkan aku dan ahli keluarga dari azab api NerakaNya.
Wednesday, March 28, 2012
walau apapun ..
ada mata pandang saja
ada telinga dengar saja
ada mulut diam saja
jangan sanggah
jangan halang
jangan suruh
jangan tahan
biar hitam ...
biar putih ...
biar warnawarni ...
OK kan saja!!
ada telinga dengar saja
ada mulut diam saja
jangan sanggah
jangan halang
jangan suruh
jangan tahan
biar hitam ...
biar putih ...
biar warnawarni ...
OK kan saja!!
Subscribe to:
Posts (Atom)