Friday, January 18, 2013

sentiasa betul ..

aku pernah rasa cemburu, sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dilahir dan dibesarkan oleh orang yang sama.  aku pernah mohon pada Allah, bukan sekali .. berkali-kali memohon agar aku dijemput/diambil semula oleh mereka .. pada aku ketika itu biarlah buruk, biarlah miskin, biarlah dipukul hari-hari .. aku tetap mahu kasih sayang mereka.  dulu, masa tu aku masih belum merasai nikmat islam, belum kenal erti bersyukur. waktu tu aku masih kanak-kanak ..ketika aku masih remaja.  

aku kini redha dengan ketentuan Allah swt, takdir inilah yang terbaik buat aku. biarpun mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, aku tetap menganggap mereka insan terbaik .. kerana merekalah aku ada didunia ini, kerana merekalah aku dapat melihat bulan dan matahari.  walaupun sekarang aku telah berada dihujung-hujung usia, aku masih lagi berusaha kearah berbaik sangka terhadap keputusan mereka.   cuma .. aku tidak boleh POS apa-apa untuk mereka disana nanti.




aku sangat terhutang budi kepada kedua-dua arwah maklong dan makngah yang telah bersusah payah memelihara/membesarkan dan menyayangi aku seadanya sehingga menjadi aku hari ini. alFatihah buat mereka.  

 

Wednesday, January 16, 2013

words ..

.. they make us laugh 
.. they catch our tears 

Friday, January 11, 2013

sombongnya kau ..

cerita aku buat kau muak.  sebenarnya aku kesihan melihat kesombongan kau. baru sedikit kelebihan kemewahan yang diberiNya kau dah angkuh.  sedikit diuji dengan kesenangan dan kebahgiaan kau sudah lupa diri.  kesihan aku pada kau.  Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah swt atas kejayaan dan kesenangan yang kau miliki. tapi ingat, jangan terleka .. nanti kau yang terluka.
 

Wednesday, January 9, 2013

memori tidak akan dipadam ..

aku tidak akan memadamkan memori pada kejadian dibumi bertuah itu.  ia amat bernilai dan mahal harganya bagi seorang perempuan seperti aku. walaupun ia amat menyakitkan sehingga hampir membunuh, amat rugi rasanya kalau dipadamkan begitu saja kerana aku akan lupa. dan bila aku lupa maka akan mudahlah aku tertipu lagi oleh orang yang sama dengan cara yang sama berkali-kali! 

aku beri maaf tapi aku perlu lebih berhati-hati.  aku beri maaf tapi bukan bermakna aku boleh diperlakukan begitu lagi dgn mudah, aku beri maaf tapi bukan bermakna aku tidak boleh mencari keadilan untuk diri aku  biarpun tiada siapa yang memihak dan berjuang bersama aku. 

ya Allah, rawatilah aku dengan rawatanMu, sembuhkanlah aku dengan penawarMu, cukupkanlah aku dengan kelebihan yang ada padaMu dari mengharap selain dariMu (supaya dapat aku berdikari).

Thursday, October 4, 2012

kalau boleh ..


aku ingin hubungan kita berakhir bahagia ..
.. tidak terpisah angkara orang ketiga
.. tidak terpisah kerana kita berbeza
kalau terpisah biarlah kerana waktu ..
.. dimana aku tidak lagi bernafas ..
.. dimana aku tidak lagi mampu berdiri untuk mu ..

Thursday, July 19, 2012

mengenang jasa ..



umpama bulan dan matahari .. kedua-duanya pemberi cahaya menerangi hidup aku yang gelap.  sejak mereka tiada, aku seperti sebatang karah didunia ni.  hanya tuhan yang tahu betapa rindu aku pada dua orang yang sangat besar maknanya dalam hidup aku.  kedua-duanya telah lama meninggalkan aku dan aku memang jarang bercerita tentang mereka .. bukan bermakna aku lupa cuma dada aku sempit setiap kali mahu menyebut.  jasa baik mereka memelihara aku sehingga menjadi seperti sekarang, tak pernah aku lupa walaupun sekejap.  kasihsayang mereka terhadap aku tiada tolok bandingnya. maklong dan makngah aku.

ya Allah ampunilah mereka, kasihanilah mereka, cucurilah rahmatMu keatas mereka, dan tempatkanlah roh mereka bersama roh orang-orang soleh yang telah engkau redhai.  aamiin.

Wednesday, May 9, 2012

seorang ibu ..

aku baca coretan ni diFB .. tersentuh hati aku.  mmg naluri seorang ibu begitu ... mahu anaknya sempurna dimata dia dan dimata dunia. cuma cara dan gaya penyampaian antara seorang ibu dan ibu yg lain mungkin berbeza-beza. 
 
KERANA DIA SEORANG IBU
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

p/s: begitulah pengorbanan seorang ibu. biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. punyalah marah. selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. jadi hargailah ibu kita. lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa ...