Sunday, February 3, 2013

berbuat baik bila sayang ..

bagaimana Rasulullah saw melayan pengemis Yahudi yg buta ..

di sudut pasar Madinah AlMunawarah ada seorang pengemis Yahudi yg buta.  dari hari ke hari apabila ada orang yang mendekatinya selalu dia berkata, "wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad. dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya." 

setiap pagi Rasulullah saw mendatangi sipengemis buta dengan membawakan makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yg bernama Muhammad.  Rasulullah saw melakukannya hingga menjelang baginda wafat.  setelah kewafatan Rasulullah saw tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada sipengemis Yahudi yg buta itu.

suatu hari Abu Bakar ra berkunjung kerumah anaknya Aisyah ra.  beliau bertanya kepada anaknya, "anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?." Aisyah ra menjawab pertanyaan ayahnya, "wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah. hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja."  Abu Bakar ra bertanya, "apakah itu?."  jawab Aisyah ra. "setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada disana."

keesokkan harinya Abu Bakar ra pergi kepasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.  Abu Bakar ra mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.  ketika Abu Bakar ra mula menyuapkannya, si pengemis mula marah sambil berkata, "siapakah kamu?."  lalu Abu Bakar ra menjawab, "aku orang biasa."  sipengemis berkata, "bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangi dan menyuapkan aku .. apabila dia datang kepadaku, tidak perlu susah tangan ini memegang dan tidak perlu susah mulut aku ni mengunyah.  orang biasa yang mendatangi aku selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri."  terang pengemis itu.

Abu Bakar ra tidak dapat menahan airmatanya.  dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu.  aku adalah salah seorang dari sahabatnya. orang yang mulia itu telah tiada.  dia ialah Muhammad Rasulullah saw."  setelah mendengar cerita Abu Bakar ra pengemis itu terkejut lalu menangis sambil berkata, "benarkah demikian?  selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahi ku sedikitpun.  dia malah mendatangi aku dengan membawakan makanan setiap pagi. dia begitu mulia ..."   dipendekkan cerita, akhirnya pengemis Yahudi itu bersyahadah dihadapan Abu Bakar ra.

kisah ini menjadi motivasi/mengajar aku  untuk terus berbuat baik terhadap orang-orang yang aku sayang .. biarpun kadang-kadang kelihatan seperti tidak di hargai. bila benar-benar sayang aku tidak perlukan penghargaan manusia.  aku mengharapkan  penghargaan Allah swt yang tiada tolok bandingnya.  ini mengajar aku erti keikhlasan, insyaaAllah.

Monday, January 21, 2013

anak perempuan saya yang bongsu adalah best. happy happy happy

Friday, January 18, 2013

sentiasa betul ..

aku pernah rasa cemburu, sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dilahir dan dibesarkan oleh orang yang sama.  aku pernah mohon pada Allah, bukan sekali .. berkali-kali memohon agar aku dijemput/diambil semula oleh mereka .. pada aku ketika itu biarlah buruk, biarlah miskin, biarlah dipukul hari-hari .. aku tetap mahu kasih sayang mereka.  dulu, masa tu aku masih belum merasai nikmat islam, belum kenal erti bersyukur. waktu tu aku masih kanak-kanak ..ketika aku masih remaja.  

aku kini redha dengan ketentuan Allah swt, takdir inilah yang terbaik buat aku. biarpun mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, aku tetap menganggap mereka insan terbaik .. kerana merekalah aku ada didunia ini, kerana merekalah aku dapat melihat bulan dan matahari.  walaupun sekarang aku telah berada dihujung-hujung usia, aku masih lagi berusaha kearah berbaik sangka terhadap keputusan mereka.   cuma .. aku tidak boleh POS apa-apa untuk mereka disana nanti.




aku sangat terhutang budi kepada kedua-dua arwah maklong dan makngah yang telah bersusah payah memelihara/membesarkan dan menyayangi aku seadanya sehingga menjadi aku hari ini. alFatihah buat mereka.  

 

Wednesday, January 16, 2013

words ..

.. they make us laugh 
.. they catch our tears 

Friday, January 11, 2013

sombongnya kau ..

cerita aku buat kau muak.  sebenarnya aku kesihan melihat kesombongan kau. baru sedikit kelebihan kemewahan yang diberiNya kau dah angkuh.  sedikit diuji dengan kesenangan dan kebahgiaan kau sudah lupa diri.  kesihan aku pada kau.  Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah swt atas kejayaan dan kesenangan yang kau miliki. tapi ingat, jangan terleka .. nanti kau yang terluka.
 

Wednesday, January 9, 2013

memori tidak akan dipadam ..

aku tidak akan memadamkan memori pada kejadian dibumi bertuah itu.  ia amat bernilai dan mahal harganya bagi seorang perempuan seperti aku. walaupun ia amat menyakitkan sehingga hampir membunuh, amat rugi rasanya kalau dipadamkan begitu saja kerana aku akan lupa. dan bila aku lupa maka akan mudahlah aku tertipu lagi oleh orang yang sama dengan cara yang sama berkali-kali! 

aku beri maaf tapi aku perlu lebih berhati-hati.  aku beri maaf tapi bukan bermakna aku boleh diperlakukan begitu lagi dgn mudah, aku beri maaf tapi bukan bermakna aku tidak boleh mencari keadilan untuk diri aku  biarpun tiada siapa yang memihak dan berjuang bersama aku. 

ya Allah, rawatilah aku dengan rawatanMu, sembuhkanlah aku dengan penawarMu, cukupkanlah aku dengan kelebihan yang ada padaMu dari mengharap selain dariMu (supaya dapat aku berdikari).

Thursday, October 4, 2012

kalau boleh ..


aku ingin hubungan kita berakhir bahagia ..
.. tidak terpisah angkara orang ketiga
.. tidak terpisah kerana kita berbeza
kalau terpisah biarlah kerana waktu ..
.. dimana aku tidak lagi bernafas ..
.. dimana aku tidak lagi mampu berdiri untuk mu ..