Sunday, October 25, 2009

Sepetang diKualaPilah ...


Alhamdulillah DrNadrah dah selamat memulakan langkah pertama kerjayanya di Hospital Daerah KualaPilah .. iyo kek kampong den lah tu. Dah 5 hari dah dia di sana ... rumah tempat tinggal OK dekat saja tak sampai 5 mins berjalan kaki, dlm kawasan hospital tu juga - selesa rumahnya.

Kerja? entahlah .. BZ saja anak aku tu, mula kerja 7:00am *tapi 6:30am dah ada kat ward* .. balik 12:00midnite *kekadang kul 1:00am masih kat ward* .. SMS pun payah apatah lagi nak menjawab panggilan .. nak buat camana nak ooi? dah itu jalan kerjaya yang you pilih .. terima sajalah dengan hati terbuka dan buatlah tugasan kerana Allah swt .. insyaAllah akan terasa nikmatnya.

Dulu semalam ada dia SMS minta belikan kasut yg lembut tapak dan selipar yang flat sole lembut juga ... katanya kakinya sakit berdiri berlama2an dengan kasut n selipar yg dia sedia ada ... aku fikir2 nak pergi belikan tapi HeroBesar kata sabar dulu, nanti beli tapi tak size lah, tak kena selera lah ... buat bazir saja. Aku tahankan dulu. Hari Jumaat aku SMS tanya, dia ada masa tak nak jumpa kami sekejap kalau kami datang visit? ... pendek saja dia jawab .. BZ takder masa .. OKlah, I rest my case. Tapi semalam petang aku dan HeroBesar, HeroKecik pergi lah bersenang diri mencuba untuk melawat DrNadrah, dlm hati jumpa kejap pun jadilah ... kami tak beritahu pun yang kami nak datang. Dah dekat nak sampai tu baru ler SMS ... "ibu dah kat Pilah ni, ada nak pesan beli makanan apa2 tak?" senyap takder berjawab. HeroBesar kata, sedang fikir dan susun ayat lah tu ...

"nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! beli lah apa2 sajaaa ... tapi kalau dapat KFC pun ok juga hahahah!" ... inilah cara anak aku menjawab ... macam dia tak kisah lah apa yg kami bawa or beri or beli ... tapi sebenarnya dia ada hidden agenda dia sendiri ... pandai kan?

Belikan dia KFC - snack plate hot n spicy dan happy meal untuk HeroKecik. Aku sebenarnya packed kan juga baju n tudung 2 - 3 helai bawak sama ... iyerlah manalah tahu kalau2 dia memerlukan extra, kalau ikutkan HeroBesar tu semua tak payah. HB nak anaknya tu belajar sendiri mengurus diri ... sebab suka tak dengar cakap aku dan cakap HB!! sebab tu HB ni berangin penuh dengan anak sulung aku tu, tapi aku kesian pulak!

Bila dah sampai, aku suruh dia turun ambil barang2. Alahaiiii the moment aku nampak dia, kesian aku nengok. Penat benar muka dia aku nampak, yerlah dah 6:30pm kan .. maknanya dia dah kat hospital tu 11 jam!! bukan kerja duduk kat meja, kerja round dari satu katil ke satu katil pesakit .. dari satu ward ke satu ward etc. Aku betulkan tudung dia, aku adjustkan baju dia. Aku tanya dia lebih kurang, dia pun cakap nak cepat saja sebab katanya dia sorang, dan dia cover ward yang aktif tak boleh nak tinggalkan. Tak sampai 5 mins pun agaknya, salam2 dan cium2 kami pun balik lah. Aku doakan anak aku tu dipermudahkan ALlah lah dalam urusan hariannya, dikuatkan semangat dan sihat tubuh badan supaya dapat dia menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Aku tak terus balik ke Seremban .. kami singgah rumah anak saudara aku tak jauh dari hospital tu. Saja sebab aku nak pulangkan tupperware dia. Masa dia datang lawat aku tempohari (raya) dia bawakan aku rendang ayam. Aku sayang anak saudara aku yang ni .. selain dari anak2 saudara aku yang 5 orang tu (anak2 abang aku) melekat sangat hati aku dengan dia sebab aku rasa dia saja yang banyak ambil tahu tentang aku .. aku sayang juga cucu2 sedara aku yang 4 orang tu!! Jarang kami berjumpa, tapi hanya Allah yang tahu perasaan aku pada diorang semua .. bangga aku dengan pencapaian kehidupan diorang, alhamdulillah.

So makan malam aku lastnite disponsor oleh anak saudara aku tu lah. Kami makan diRestoran Warisan (kat Kampung aku dah ada restoran jangan tak percaya) siap masuk news paper lagi! Superb lah tempat tu (sapo nak puji lagi kalau bukan den!) ... suasana yang sangat nyaman ditengah2 sawah kena pulak dengan hiburannya - Bongai ... camnilah rentak lagu bongai, tapi bongai yang aku tahu cuma diiringi oleh biola dengan tetawak saja. Bongai ni kan, aku teringat masa aku kecil2 dulu .. memang kerap lah nengok persembahan Bongai terutamanya masa cuti sekolah yang panjang dihujung tahun. Masa ni kan musim kanak2 lelaki berkhatan .. so siang berkhatan, maka malam akan diadakan lah majlis Bongai ni dari senja sampai kepagi bagi tujuan menghiburkan / melekakan orang yang berkhatan tu.

Ini ada a few shots yang ibu sempat captured untuk anak2 ibu yang jauh dimata, tapi dekat dihati ...

Restoran Warisan

abang Berahim - yang sponsor makan2 semoga Allah murahkan lagi rezeki dia

kanak2 ceria - adik square

kaklong n tokyah - peace!

tokyah n haziq

kekOnyangan ..

hiburan Bongai didendangkan while kita jamu selera tapi tak dengar pun sebab leka dengan makanan yang sedap2 ...

Baru sedar, gambar ibu dengan kaklang Sapur takder!!! takder rezeki lah kita nak glamor ...

Sabar yer anak2, nanti balik Malaysia .. kita pergi ramai2 rumah abang Berahim dan ajak dia belanja kat Restoran warisan ni, tu pun kalau adalah restoran tu by the time you all balik!! Doalah semoga rezeki abang Berahim bertambah banyak ... ameen.


Friday, October 2, 2009

Khairy Jamaluddin?

Hah!! dah jadi pelakun pulak budak Ghombau ni. Patutlah sekarang kurang sangat nampak dia didada-dada akhbar, tak aktif lagi muncul kat TV. Dah tukar kerjaya rupanya ...