Monday, October 4, 2010

Thursday, August 26, 2010

Sunday, August 22, 2010

Friday, August 20, 2010

gold dinar, silver dirham

if this is going to be implemented in Kelantan .. wonder what will happen to the Ringgit Malaysia?





runtuh paakkk !!!

Wednesday, August 18, 2010

Saturday, August 14, 2010

Rahsia 13 perkara ...

Sebagai peringatan buat diri sendiri, bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu, inilah dia rahsia as-solat yang kita ....

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga alkautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat"

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


Selamat beramal dan beribah dibulan Ramadhan yg penuh nikmat dan rahmat Allah ini ..

Tuesday, July 6, 2010

I love you ..




its so good to know someone special
who share my secrets, my laughter, my dreams n my cares
someone through good times n bad times, when theres tears
its so good to know you kak ngah, my daughter n friend
.. through the years ..

Happy Birthday kakNgah !!

Friday, June 25, 2010

father n son ...

Lagu yg sama, lirik yg sama, disampaikan juga oleh orang yg sama. tapi bila situasinya berlainan ... penghayatannya pun lain .. impaknya juga menjadi lain .. subhanAllah.


Cat Stevens




Yusof Islam



Saturday, May 22, 2010

tandas itu rumah kepada Qhubusi dan Qhabais ..

Dah lama aku nak menulis tentang perkara yang satu ni, tapi tak kesampaian. Bukan apa sangat pun sekadar nak renung2kan saja untuk ikhtibar pada diri aku dan yang peduli ..

Aku sebenarnya tak faham kenapa orang boleh sanggup duduk berlama-lamaan dalam tandas setiap kali melepas hajat! ada kah kerana seronok bermesra-mesraan dengan Qhubusi dan Qhabais laknatullah tu?? siap ada pulak aktiviti sampingan untuk dijadikan hiburan bersama dua ekor tu seperti ..

1) membaca buku cerita/surat khabar
2) termenung
3) hisap rokok
4) belek handphone - surfing etc. adakalanya bercakap2 menjawab/membuat panggilan talipon pulak tu !!!!

bukankah agama kita mengajar supaya jangan duduk berlama-lamaan dalam tandas kerana ianya tempat yang kotor .. dan tempat kotor itu adalah tempat syaitan?

bukankah agama kita mengajarkan untuk berdoa bila nak masuk dan nak keluar dari tandas supaya Qhubusi dan Qhabais tidak mencemarkan tubuh badan kita?

bukankah agama kita mengajarkan supaya menutup kepala bila berada didalam tandas supaya Qhubusi dan Qhabais tak dapat memalitkan najis?

Malik bin Dinar pernah berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.

renung2kan lah ...

Tuesday, May 11, 2010

Happy Birthday Beb !!






Beb ..
even if the sun refused to shine
even if romance ran out of rhyme
you would still have my heart
till the end of time ..
I Love You


Sunday, May 9, 2010

seri ke ngeri ?? ..

datangnya berseri-seri ... pulangnya ngeri??!!

HeroKecik, import khas dari India .. penyeri dan pengeri rumah aku!

Alina n Husna, penyeri rumah Tazhi

Milah n Zali, penyeri dan penyepi dalam rumah ..

Saed, Gee n Umai .. berseri-seri

Zainal n Anie. penyeri rumah dan penyeri majlis ..

HeroBesar, HeroKecik, n Zainal .. penyeri-penyeri hati aku ..


p/s aku tau you all kelaparan lastnite ... tapi kenalah redha sebab bukan rezeki kita nak dapat makan free? memang Allah dah tentukan rezeki Fiza Cafe tu ... ):

btw ... HAPPY MOTHERS DAY to you all ..


Sunday, April 25, 2010

sukan 2010

Some long overdue photos of HeroKecik during his sukan sekolah untuk sessi 2010 yang berlangsung diPadang Sekolah Menengah Teknik ... dah lama berlalu cuma aku tak sempat nak muat turun gambar-gambar ni untuk tatapan anak-anak yang jauh. Tahun ni ada lah juga bawa balik 3 medals - 2 emas dan satu perak kalau tak silap.

Tahun ni HeroKecik tak kelewatan untuk acara perbarisan. Kami hantar dia dulu, baru kami pergi mengisi perut. Dan pastinya by the time kami sampai semula kepadang, acara perbarisan sudah pun dipenghujung.



sebelum acara sukan bermula, acara makan-makan dulu



"adik minum air ni, selawat dulu baru boleh kuat .. insyaAllah"




kalau menang pun biar bergaya




bila menang macam-macam cerita - seronok saja!



bila kalah terus baring !! hehehh




Nabila aka Bella







Selesai semua acara yang HeroKecik ambil bahagian, kami balik. Cuaca sangat panas .. kepala sudah berdenyut-denyut. All in all kali ni dia puas hati dan gembira sebab masuk 4 acara dan menang 3 .... OK lah.

Tuesday, March 2, 2010

Huttida Habba Subashayagalu!


I’m wishing you another year
Of laughter, joy and fun
Surprises, love and happiness
And when your birthday’s done
I hope you feel deep in your heart
As your birthdays come and go
How very much you mean to me
More than you can know...
I love you!!




Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai 恭喜发财 !!

Wishing mama, papa, and all family members a very happy and prosperous chinese new year and great year of the tiger! i love you all ..




Wednesday, February 3, 2010

S dnem rozhdeniya !!


akak
here's a wish for happiness
and many dreams come true
not only today
but always .. all life through
happy birthday my dear ..
poz drav LYA yu!

Ya tebyA lyublyU



Tuesday, February 2, 2010

anak ku sazali ...

Pagi ni aku pergi sekolah HeroKechik ... aku pergi jumpa Pengetua. Aku pergi membuat official complain tentang apa yg berlaku pada HeroKechik last Thursday - 28 January 2010.

Hari Isnin pagi masa aku hantar HeroKechik rumah jiran yang dia tumpang untuk pi sekolah, jiran tu dah beritahu aku .. HeroKechik kena marah dan kena tampar oleh seorang Emak murid (kawan satu kelas HK lah) masa nak balik petang. Jiran tu kata, sungguh kurang sopan emak murid tu, membebel guna entah apa2 bahasa pada HeroKechik .. bila jiran aku tu tegur dan tanya masaalah .. emak murid tu buat tak dengar malahan templak dia pulak! Terus naik angin aku satu badan dengar ... tapi aku maintain cool depan jiran tu .. Aku cuma peluk HeroKechik dan pesan jangan main or hampiri budak tu lagi.

Aku balik rumah dan cerita pada HeroBesar ... mestilah aku hot dan nangis sedih orang buat anak aku macam tu. Aku buat keputusan untuk pergi berjumpa GuruBesar or Pengetua sekolah tu... tapi aku tak lah bertindak diluar kawalan or melulu saja ... aku buat keputusan untuk tunggu HeroKechik balik sekolah dan akan bertanya kes sebenar. Heran pulak aku kenapa dia tak mengadu ... tapi mungkin silap aku. Aku selalu pesan .. hati2 bila bermain dengan kawan2 .. jangan sakiti orang lain .. dan aku tak suka dia jadi cry-baby. Budak lelaki mesti kuat ... tak ada sebab cikgu or orang lain nak marah kalau kita tak buat salah !!

Lepas dapat dan puas hati dengar apa yg berlaku sebenarnya ... barulah aku pergi sekolah dan berjumpa pihak berwajib. Kisahnya ...

Hari Khamis petang ... HeroKechik dengan si A sedang buat kerja sekolah. Maka datanglah, si B *anak orang tu lah* mengacau .. tunjal2 HeroKechik dari belakang. Dan si B terus juga buat walaupun HeroKechik dah kata jangan. Apa lagi, HeroKechik pun pusing belakang dan libaslah si B ... dan hinggaplah pelempang di pp si B. Selesai!! .. waktu balik dari sekolah, si B telah mengadu pada emaknya mengatakan HeroKechik dah belasah dia. Apa lagi emaknya pun pergi cari HeroKechik dan beri lecture yg bukan2 ... tak puas hati lagi emak tu panggil pulak si B suruh tampar HeroKechik depan dia .. si B ni reluctant tapi still tunjal2 jugalah pipi HeroKechik sebab taat lah agaknya pada perintah emak. Maka si emak terus berkata, sebab anak aku tak nak tampar kau .. biar aku yg tampar .. PANGggg !! maka hinggaplah penampar kemuka HeroKechik. Jiran aku yg menyaksikan semua tu terus menarik HeroKechik untuk pulang ...

Hasil dari penyelidikkan aku ... si B ni budak baru kat sekolah tu. Anak sesaorang yg dah pencen berjawatan ... manja lah kununnya ... dari a few classmates dia aku buat2 bodoh tanya macam mana perangai si B ni .. rata2 kata si B ni memang suka mengacau kawan2 lain ... adatlah tu budak lelaki umur 9 tahun. HeroKechik ni pulak ketua kelas, adalah juga dia menegur sana sini.

Dipendekkan cerita, aku dah buat aduan kesekolah tu. Aku minta mereka siasat macam mana perkara tu boleh berlaku didalam kawasan sekolah? Kiranya benar pun anak aku bersalah, orang luar, walaupun penjaga murid tu tak ada hak menampar anak aku. Dia sepatutnya membuat aduan kepada guru or pihak sekolah. Aku berharap tidak berulang lagi kejadian seperti itu ... adalah sangat tidak wajar seorang yg dah pencen dari jabatan kerajaan yg berjawatan tinggi lah kunun .. tapi tak beretika dan tak tahu undang2!!

Lepas jumpa GuruBesar .. aku naik tingkat atas pergi jumpa Pengarah sekolah tu. Lama gak aku sembang sebab kebetulan kawan lama aku dia tu. Bila turun dah waktu rehat pagi ... dari jauh aku nampak HeroKechik berjalan dengan seorang kawan yg lebih tinggi dan besar dari dia .. dan aku tak pernah nampak budak tu sebelum ni ... aku hampiri ...

"ibuuuuuu ..." dia terus peluk aku ... biasalah dia ni mmg manja .. anak bongsu dan satu2nya anak lelaki aku.

"siapa ni? kawan baru adik ke" tanya aku ..

"inilah si B (dia sebut nama)" melopong mulut aku .. tak terkata aku .. itulah kanak2 .. sebab tu ALlah sayang mereka ... mereka gaduh berlepuk berlepak tak sampai 30mins dah berbaik semula... yg kita orang tua yg berakal ni sibuk2 nak masuk campur tolak hal mereka kenapa?

HeroKechik minta maaf sebab tak ikut nasihat aku .. HeroKechik kata dia dah maafkan si B ....paginya aku nasihatkan dia jauhi si B sebab aku tak nak nanti emaknya datang bawa parang datang rumah kami ..

"tak apa adik .. berkawan baik2 ok!" itu saja yg mampu aku cakapkan lagi ...


Kepada emak siB dan yg sewaktu dengan dia ...
Kau ingat kau bayar RM286 sebulan tu besar sangat? anak orang lain pun bayar juga ... untuk pengetahun kau .. HeroKechik tu anak aku yg keempat sekolah situ ... tak kecoh pun!! Agaknya nanti satu hari anak kau pulang dari sekolah, kakinya patah sebab jatuh masa main bola .. ada kawan terlanggar .. maka kau akan kesekolah dan suruh anak kau patahkan kaki kawan tu pulak? kalau anak kau tak buat maka kau yg akan patahkan kaki budak tu? dan nanti kalau anak kau balik dan mengadu gurunya tarik telinga dia, kau nak pergi sekolah dan suruh anak kau tarik telinga guru tu pulak?? dan kalau anak kau tak sampai sebab guru tu tinggi ... kau yang tarik telinga guru tu? nanti anak kau jadi macam dalam cerita PRamlee tu .. anak ku sazali .. nak??

Orang lain pun sayang anak juga, anak orang lain pun manja juga .. tapi berpada2lah ..

Sunday, January 31, 2010

Sampai ketemu lagi ....

Balik dari pasaraya JJ dah hampir nak maghrib! .. aku dan HeroBesar ada satu majlis yg tak kurang penting perlu dihadhiri. Majlis Farewell ... yang dirancang bersama kawan2 (jiran terdekat aku) khas untuk Mas dan Hazli (jiran aku juga) yang nak berhijrah ke America - Los Angeles atas tuntutan kerja. Aku rasa macam baru saja diorang pindah sini dari New York ( walhal dah 8 tahun) ... dah nak pergi lagi. Masa mula2 diorang pindah sini dulu, aku cukup suka mengusik anak2 diorang yg tak berapa fasih berbahasa melayu ... cakap melayu slang orang putih .. sekarang agaknya abangMal fasih bahasa indon ya pak? dikYen plak dgn slang kannada ... amma'???

Hazli ni orangnya rajin bercucuk tanam ... macam2 sayuran dia tanam, puas jugalah kami jiran2 makan hasilnya .. pokok durian pokok nangka semua dia tanam, tapi belum berbuah agaknya sebab tak sampai2 lagi rumah aku hasilnya .. hahahahaha... tapi kalau setakat pisang tu memang kerap sangatlah ...

Walaupun kami2 semua ni jarang berkumpul mesyuarat tingkap .. sebab masing2 ada tuntutan keluarga dan kerjaya masing2 .. jumpanya cuma bila ada majlis kenduri kendara or majlis hari raya ... namun hati2 kami rapat sebenarnya .. silaturahim antara kami alhamdulillah. seperti kata pepatah melayu tu .. kalau cubit peha kiri tu, peha kanan juga terasa. kalau aku jeritkan herokecik, esoknya mesti ada yg tanya .. kenapa semalam tu kak? tanda prihatin lah tu kan ...

Majlis yg diatur tak lah se grand mana, tapi bagi aku cukup bermakna dan meriah ... dan akan jadi kenangan ..

Akak dan abangLan doakan Maz, Hazli dan anak2 dipermudahkan ALlah dalam segala urusannya .. ada rezeki, panjang umur insyaAllah kita jumpa lagi .. akak pasti akan terasa ketiadaan kalian ...

Gambar suasana majlis dirumah Aida dan Salleh .... special thanks to Alina, Ani dan juga Aida kerana susah payah menyediakan juadah / rumah untuk majlis istimewa tu. Aku tak dapat participate dlm majlis masak memasak sebab ada urusan lain ... majlis makan2 saja aku dapat sama. OKlah tu kan? Gambar2 yg sempat aku rakamkan semasa majlis berlansung ...

mas, rose dan aida

chefs, ani dan ina

food testing ..

puding? sangat sedap nampaknya

the guys - belum makan, layu saja

lepas makan rancakkk !!


penyeri majlis


Bon voyage!!!

Saturday, January 30, 2010

selamat bertunang kaklong ..

Awal pagi lagi around 10am aku dan HeroBesar balik kampung sebab ada majlis pertunangan salah sorang saudara .. Aku mmg seronok bila ada majlis kenduri kendara dikampung sebab masa ni lah aku dapat berjumpa kawan2 lama .. sedara mara .. yg dah lama tak jumpa. Disamping makanan yg memang kena dengan selera aku, ada macam2 cerita boleh dengar ... kaklong yg bertunang ni dengan adik dia, Hisyam memang dekat dihati aku sebab masa diorang baby aku pun ada sikit sama2 tolong menguruskan ... aku banyak terhutang budi pada mak ayah dia sebab aku pernah menumpang rumah mereka kat Lorong Ikan Emas Cheras masa aku mula2 menjinakkan diri menjadi gadis kota metropolitan lewat tahun 70an dulu. Dah besar dah budak kaklong ni, terbayang aku dia duk dlm walker dia kecik2 dulu ... now dah nak kawin tak lama lagi insyaAllah.

Gambar2 sekitar majlis pertunangan kakLong - 30 January 2010 ..

kaklong yg ayu

kaklong dgn tunang

kaklong dgn nad

kaklong dgn aku

dari pihak kaklong

sedara mara

Majlis belum usai lagi, aku terpaksa balik cepat sebab ada urusan lain pulak yg tak kurang pentingnya buat aku !

aisehh .. tak sompek kakya nak rasa kek !! apa pun kakya doakan kaklong berbahagia hingga keakhir hayat!