Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai 恭喜发财 !!

Wishing mama, papa, and all family members a very happy and prosperous chinese new year and great year of the tiger! i love you all ..




Wednesday, February 3, 2010

S dnem rozhdeniya !!


akak
here's a wish for happiness
and many dreams come true
not only today
but always .. all life through
happy birthday my dear ..
poz drav LYA yu!

Ya tebyA lyublyU



Tuesday, February 2, 2010

anak ku sazali ...

Pagi ni aku pergi sekolah HeroKechik ... aku pergi jumpa Pengetua. Aku pergi membuat official complain tentang apa yg berlaku pada HeroKechik last Thursday - 28 January 2010.

Hari Isnin pagi masa aku hantar HeroKechik rumah jiran yang dia tumpang untuk pi sekolah, jiran tu dah beritahu aku .. HeroKechik kena marah dan kena tampar oleh seorang Emak murid (kawan satu kelas HK lah) masa nak balik petang. Jiran tu kata, sungguh kurang sopan emak murid tu, membebel guna entah apa2 bahasa pada HeroKechik .. bila jiran aku tu tegur dan tanya masaalah .. emak murid tu buat tak dengar malahan templak dia pulak! Terus naik angin aku satu badan dengar ... tapi aku maintain cool depan jiran tu .. Aku cuma peluk HeroKechik dan pesan jangan main or hampiri budak tu lagi.

Aku balik rumah dan cerita pada HeroBesar ... mestilah aku hot dan nangis sedih orang buat anak aku macam tu. Aku buat keputusan untuk pergi berjumpa GuruBesar or Pengetua sekolah tu... tapi aku tak lah bertindak diluar kawalan or melulu saja ... aku buat keputusan untuk tunggu HeroKechik balik sekolah dan akan bertanya kes sebenar. Heran pulak aku kenapa dia tak mengadu ... tapi mungkin silap aku. Aku selalu pesan .. hati2 bila bermain dengan kawan2 .. jangan sakiti orang lain .. dan aku tak suka dia jadi cry-baby. Budak lelaki mesti kuat ... tak ada sebab cikgu or orang lain nak marah kalau kita tak buat salah !!

Lepas dapat dan puas hati dengar apa yg berlaku sebenarnya ... barulah aku pergi sekolah dan berjumpa pihak berwajib. Kisahnya ...

Hari Khamis petang ... HeroKechik dengan si A sedang buat kerja sekolah. Maka datanglah, si B *anak orang tu lah* mengacau .. tunjal2 HeroKechik dari belakang. Dan si B terus juga buat walaupun HeroKechik dah kata jangan. Apa lagi, HeroKechik pun pusing belakang dan libaslah si B ... dan hinggaplah pelempang di pp si B. Selesai!! .. waktu balik dari sekolah, si B telah mengadu pada emaknya mengatakan HeroKechik dah belasah dia. Apa lagi emaknya pun pergi cari HeroKechik dan beri lecture yg bukan2 ... tak puas hati lagi emak tu panggil pulak si B suruh tampar HeroKechik depan dia .. si B ni reluctant tapi still tunjal2 jugalah pipi HeroKechik sebab taat lah agaknya pada perintah emak. Maka si emak terus berkata, sebab anak aku tak nak tampar kau .. biar aku yg tampar .. PANGggg !! maka hinggaplah penampar kemuka HeroKechik. Jiran aku yg menyaksikan semua tu terus menarik HeroKechik untuk pulang ...

Hasil dari penyelidikkan aku ... si B ni budak baru kat sekolah tu. Anak sesaorang yg dah pencen berjawatan ... manja lah kununnya ... dari a few classmates dia aku buat2 bodoh tanya macam mana perangai si B ni .. rata2 kata si B ni memang suka mengacau kawan2 lain ... adatlah tu budak lelaki umur 9 tahun. HeroKechik ni pulak ketua kelas, adalah juga dia menegur sana sini.

Dipendekkan cerita, aku dah buat aduan kesekolah tu. Aku minta mereka siasat macam mana perkara tu boleh berlaku didalam kawasan sekolah? Kiranya benar pun anak aku bersalah, orang luar, walaupun penjaga murid tu tak ada hak menampar anak aku. Dia sepatutnya membuat aduan kepada guru or pihak sekolah. Aku berharap tidak berulang lagi kejadian seperti itu ... adalah sangat tidak wajar seorang yg dah pencen dari jabatan kerajaan yg berjawatan tinggi lah kunun .. tapi tak beretika dan tak tahu undang2!!

Lepas jumpa GuruBesar .. aku naik tingkat atas pergi jumpa Pengarah sekolah tu. Lama gak aku sembang sebab kebetulan kawan lama aku dia tu. Bila turun dah waktu rehat pagi ... dari jauh aku nampak HeroKechik berjalan dengan seorang kawan yg lebih tinggi dan besar dari dia .. dan aku tak pernah nampak budak tu sebelum ni ... aku hampiri ...

"ibuuuuuu ..." dia terus peluk aku ... biasalah dia ni mmg manja .. anak bongsu dan satu2nya anak lelaki aku.

"siapa ni? kawan baru adik ke" tanya aku ..

"inilah si B (dia sebut nama)" melopong mulut aku .. tak terkata aku .. itulah kanak2 .. sebab tu ALlah sayang mereka ... mereka gaduh berlepuk berlepak tak sampai 30mins dah berbaik semula... yg kita orang tua yg berakal ni sibuk2 nak masuk campur tolak hal mereka kenapa?

HeroKechik minta maaf sebab tak ikut nasihat aku .. HeroKechik kata dia dah maafkan si B ....paginya aku nasihatkan dia jauhi si B sebab aku tak nak nanti emaknya datang bawa parang datang rumah kami ..

"tak apa adik .. berkawan baik2 ok!" itu saja yg mampu aku cakapkan lagi ...


Kepada emak siB dan yg sewaktu dengan dia ...
Kau ingat kau bayar RM286 sebulan tu besar sangat? anak orang lain pun bayar juga ... untuk pengetahun kau .. HeroKechik tu anak aku yg keempat sekolah situ ... tak kecoh pun!! Agaknya nanti satu hari anak kau pulang dari sekolah, kakinya patah sebab jatuh masa main bola .. ada kawan terlanggar .. maka kau akan kesekolah dan suruh anak kau patahkan kaki kawan tu pulak? kalau anak kau tak buat maka kau yg akan patahkan kaki budak tu? dan nanti kalau anak kau balik dan mengadu gurunya tarik telinga dia, kau nak pergi sekolah dan suruh anak kau tarik telinga guru tu pulak?? dan kalau anak kau tak sampai sebab guru tu tinggi ... kau yang tarik telinga guru tu? nanti anak kau jadi macam dalam cerita PRamlee tu .. anak ku sazali .. nak??

Orang lain pun sayang anak juga, anak orang lain pun manja juga .. tapi berpada2lah ..