ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan teruji ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkeliru ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terluka ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkilan ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat rasa sabar kita kian nipis ..
ada ketikanya insan yang kita sayang mengguris hati kita hingga menitis airmata ..
.. tetap kita mengasihi mereka seadanya semata-mata kerana Allah swt
.. tetap kita menyayangi mereka seadanya kerana mereka telah bertakhta dihati kita
Wednesday, April 18, 2012
Friday, April 13, 2012
luar dari biasa ..
Pada luarannya memang tampak kuat, tabah, senyum ketawa, marah ... semuanya macam biasa saja. Namun tiada siapa mendengar rintihannya serta jeritan hatinya selain Kekasih Agungnya. Pada saat benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan Dia yang sentiasa ada. Pada ketika memerlukan dahan untuk berpaut Dia dengan rela hati dan penuh kasih sayang menghulurkan tanganNya. Pada saat menangis tak berdaya, Dia kirimkan kalam agungNya. Dia sangat menenangkan dengan ayat-ayat cintaNya yang cukup LUAR BIASA ...
Thursday, April 12, 2012
manusia dengan kembar siamnya..
ramai orang berkembar siam dengan HPnya, tidak boleh dipisahkan oleh apapun .. waktu driving, waktu tidor, waktu makanminum, waktu santai, waktu dengan ahli keluarga, waktu dengan teman-teman, waktu dlm toilet pun .. tetap melekat dengan HPnya. paling malang lagi sampai tidak focus langsung mendengar orang disekeliling yang bercakap dengannya kerana matanya, hatinya, jiwa tertumpu pada kembar siamnya. orang dah habis cerita, ataupun orang bercerita separuh jalan pun dia tak sedar adakalanya... dia boleh coverline pulak, bertanya pada perkara-perkara yang tidak disebut, atau sudah diterangkan nyata dalam cerita. why? kerana dia tidak 'bersama' sebenarnya!
buat orang fed-up sebab kerap bercakap sorang-sorang! fed-up sebab selalu disuruh berhenti bercakap sebab nak ber email, fed-up sebab kerap disuruh berhenti bercakap sebab ada call 'penting' masuk! fed-up sebab bercakap tapi tak didengar! lebih fed-up sebab macam mendengar tapi sebenarnya tidak!
tapi bila di call, bila di whatsApp .. tak perasan pulak!! tak dengar pulak!! sukar nak percaya sebab tahu betapa matanya taksub tak lepas dari melihat kepada kembar siamnya ... jiwanya, hatinya, perasaannya berkait rapat dengan kembar siamnya.
fed-up!!!
fed-up!!!
Saturday, April 7, 2012
Guru kasih sayang ..
bagaimana menangani pelajar corot? anak murid merupakan ladang pahala untuk guru-guru, classroom merupakan umpama sejadah bagi guru-guru beribadah ... betulkanlah niat. mengajar untuk memberi mereka faham bukan menunjuk betapa pandainya kita! dengan niat yang betul, insyaAllah akan menghasilkan pengakhiran yg baik dan penuh barakah (Prof. Dr. Muhaya~Radio IKIM).
sabar yer Haziq .. apapun yang dikatakan oleh segelintir guru-guru adik disekolah tu. redha dan berbaik sangka dengan kata-kata mereka walaupun kesat, sentiasa doakan yang terbaik untuk guru-guru. buktikan adik dan kawan-kawan adik yang dalam class 'last' pun boleh berjaya cemerlang dunia dan akhirat ..
Subscribe to:
Posts (Atom)