Sunday, October 25, 2009

Sepetang diKualaPilah ...


Alhamdulillah DrNadrah dah selamat memulakan langkah pertama kerjayanya di Hospital Daerah KualaPilah .. iyo kek kampong den lah tu. Dah 5 hari dah dia di sana ... rumah tempat tinggal OK dekat saja tak sampai 5 mins berjalan kaki, dlm kawasan hospital tu juga - selesa rumahnya.

Kerja? entahlah .. BZ saja anak aku tu, mula kerja 7:00am *tapi 6:30am dah ada kat ward* .. balik 12:00midnite *kekadang kul 1:00am masih kat ward* .. SMS pun payah apatah lagi nak menjawab panggilan .. nak buat camana nak ooi? dah itu jalan kerjaya yang you pilih .. terima sajalah dengan hati terbuka dan buatlah tugasan kerana Allah swt .. insyaAllah akan terasa nikmatnya.

Dulu semalam ada dia SMS minta belikan kasut yg lembut tapak dan selipar yang flat sole lembut juga ... katanya kakinya sakit berdiri berlama2an dengan kasut n selipar yg dia sedia ada ... aku fikir2 nak pergi belikan tapi HeroBesar kata sabar dulu, nanti beli tapi tak size lah, tak kena selera lah ... buat bazir saja. Aku tahankan dulu. Hari Jumaat aku SMS tanya, dia ada masa tak nak jumpa kami sekejap kalau kami datang visit? ... pendek saja dia jawab .. BZ takder masa .. OKlah, I rest my case. Tapi semalam petang aku dan HeroBesar, HeroKecik pergi lah bersenang diri mencuba untuk melawat DrNadrah, dlm hati jumpa kejap pun jadilah ... kami tak beritahu pun yang kami nak datang. Dah dekat nak sampai tu baru ler SMS ... "ibu dah kat Pilah ni, ada nak pesan beli makanan apa2 tak?" senyap takder berjawab. HeroBesar kata, sedang fikir dan susun ayat lah tu ...

"nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! beli lah apa2 sajaaa ... tapi kalau dapat KFC pun ok juga hahahah!" ... inilah cara anak aku menjawab ... macam dia tak kisah lah apa yg kami bawa or beri or beli ... tapi sebenarnya dia ada hidden agenda dia sendiri ... pandai kan?

Belikan dia KFC - snack plate hot n spicy dan happy meal untuk HeroKecik. Aku sebenarnya packed kan juga baju n tudung 2 - 3 helai bawak sama ... iyerlah manalah tahu kalau2 dia memerlukan extra, kalau ikutkan HeroBesar tu semua tak payah. HB nak anaknya tu belajar sendiri mengurus diri ... sebab suka tak dengar cakap aku dan cakap HB!! sebab tu HB ni berangin penuh dengan anak sulung aku tu, tapi aku kesian pulak!

Bila dah sampai, aku suruh dia turun ambil barang2. Alahaiiii the moment aku nampak dia, kesian aku nengok. Penat benar muka dia aku nampak, yerlah dah 6:30pm kan .. maknanya dia dah kat hospital tu 11 jam!! bukan kerja duduk kat meja, kerja round dari satu katil ke satu katil pesakit .. dari satu ward ke satu ward etc. Aku betulkan tudung dia, aku adjustkan baju dia. Aku tanya dia lebih kurang, dia pun cakap nak cepat saja sebab katanya dia sorang, dan dia cover ward yang aktif tak boleh nak tinggalkan. Tak sampai 5 mins pun agaknya, salam2 dan cium2 kami pun balik lah. Aku doakan anak aku tu dipermudahkan ALlah lah dalam urusan hariannya, dikuatkan semangat dan sihat tubuh badan supaya dapat dia menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Aku tak terus balik ke Seremban .. kami singgah rumah anak saudara aku tak jauh dari hospital tu. Saja sebab aku nak pulangkan tupperware dia. Masa dia datang lawat aku tempohari (raya) dia bawakan aku rendang ayam. Aku sayang anak saudara aku yang ni .. selain dari anak2 saudara aku yang 5 orang tu (anak2 abang aku) melekat sangat hati aku dengan dia sebab aku rasa dia saja yang banyak ambil tahu tentang aku .. aku sayang juga cucu2 sedara aku yang 4 orang tu!! Jarang kami berjumpa, tapi hanya Allah yang tahu perasaan aku pada diorang semua .. bangga aku dengan pencapaian kehidupan diorang, alhamdulillah.

So makan malam aku lastnite disponsor oleh anak saudara aku tu lah. Kami makan diRestoran Warisan (kat Kampung aku dah ada restoran jangan tak percaya) siap masuk news paper lagi! Superb lah tempat tu (sapo nak puji lagi kalau bukan den!) ... suasana yang sangat nyaman ditengah2 sawah kena pulak dengan hiburannya - Bongai ... camnilah rentak lagu bongai, tapi bongai yang aku tahu cuma diiringi oleh biola dengan tetawak saja. Bongai ni kan, aku teringat masa aku kecil2 dulu .. memang kerap lah nengok persembahan Bongai terutamanya masa cuti sekolah yang panjang dihujung tahun. Masa ni kan musim kanak2 lelaki berkhatan .. so siang berkhatan, maka malam akan diadakan lah majlis Bongai ni dari senja sampai kepagi bagi tujuan menghiburkan / melekakan orang yang berkhatan tu.

Ini ada a few shots yang ibu sempat captured untuk anak2 ibu yang jauh dimata, tapi dekat dihati ...

Restoran Warisan

abang Berahim - yang sponsor makan2 semoga Allah murahkan lagi rezeki dia

kanak2 ceria - adik square

kaklong n tokyah - peace!

tokyah n haziq

kekOnyangan ..

hiburan Bongai didendangkan while kita jamu selera tapi tak dengar pun sebab leka dengan makanan yang sedap2 ...

Baru sedar, gambar ibu dengan kaklang Sapur takder!!! takder rezeki lah kita nak glamor ...

Sabar yer anak2, nanti balik Malaysia .. kita pergi ramai2 rumah abang Berahim dan ajak dia belanja kat Restoran warisan ni, tu pun kalau adalah restoran tu by the time you all balik!! Doalah semoga rezeki abang Berahim bertambah banyak ... ameen.


Friday, October 2, 2009

Khairy Jamaluddin?

Hah!! dah jadi pelakun pulak budak Ghombau ni. Patutlah sekarang kurang sangat nampak dia didada-dada akhbar, tak aktif lagi muncul kat TV. Dah tukar kerjaya rupanya ...



Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran ,,,,

Alhamdulillah .. kita dah hampir sampai kepuncak kemenangan. Dua hari lagi kita akan menyambut Aidil Fitri tanda kemenangan kita melawan musuh paling ketat .. Hawa Nafsu .. disepanjang bulan Ramadhan. Bulan mulia yang penuh keberkatan, pada bulan inilah pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Sebulan ni syaitan dirantai untuk memudahkan manusia beramal, segala amalan baik biar sekecil mana pada bulan ini Allah gandakan 10 kali ganjarannya! AlQuran dengan seribu rahmatnya diturunkan pada bulan Ramadhan, malahan pada bulan Ramadhan ini ada satu malam yang yang dicari-cari, yang ditunggu-tunggu, yang diharap-harap olih semua orang yang beriman ... yakni malam alQadar yang dijanjikan Allah, malam yang rahmatnya adalah lebih baik dari 1000 bulan!!

Semoga kita semua dipenghujung Ramadhan ni, sebaik kita keluar dari Ramadhan kali ini .. kita mencapai maksud yang disabdakan Nabi s.a.w. yakni umpama bayi yang baru keluar dari perut ibunya - bersih suci tanpa sebarang dosa!

Salam lebaran untuk semua yang singgah atau yang lalu di blog aku ni .. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon ampun dan maaf andai disepanjang pembabitan aku dibidang blogging ni ada terkasar bahasa dalam penulisan ...



Khas pada anak-anak ibu yang masih diPerantauan .. Selamat Berhari Raya Aidil Fitri .. semoga angah n dikWa menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan redha atas segala kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan untuk kita.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Kemerdekaan


Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik dah hampir separuh Ramadhan dah. Tahun ni anak sulung aku berpuasa bersama kami, dah 6 tahun dia puasa sendirian dinegara asing. Tahun ni dia melepas geram melawat bazaar Ramadhan, tapi dia tak macam dulu-dulu dah nafsu membelinya. Jauh berkurang, kalau tak dulu untuk dia seorang saja separuh meja!! Macamana pun aku masih merasakan pilu dan sayu aku bila waktu-waktu berbuka dan bersahur, dua orang lagi anak-anak aku diperantauan. Ada masa hati aku tak teringin langsung untuk membeli apa-apa bila melawat bazaar tu sebab teringatkan anak-anak aku. Namun aku kena adil pulak pada yang ada dirumah.

Semalam HeroKecik tak puasa, tiba-tiba badannya naik panas dalam jam 10 pagi tu. Bimbang takut melarat aku suruh saja dia berbuka. Dia macam orang mengantuk disorongkan bantal lah. Sebaik dapat semangkuk cococrunch, tak sampai 10 minit dah segar bugar pulak. Aku beri dia ubat demam terus. Tak tunggu-tunggu terus nak keluar pergi bermain. Tapi memang betul badan dia panas sebelum tu, memang demam aku rasa dan dia pun merungut kata sakit telinga lah, sakit kepala lah, semua badan sakit-sakit. Entahlah, aku bersangka baik saja dengan anak aku yang seorang ni.

HeroKecik ni tiap-tiap malam dia ikut kami pergi terawikh. Janjinya dia akan solat dan tak buat bising. Tapi aku nampak saja apa dia buat. Masa orang solat dia sibuk bercerita dan bermain .. bila orang duduk dihujung rakaat akhir barulah dia bersungguh duduk macam kusyuk sangat baca tahiyat bersama! Dah namapun kanak-kanak, lelaki pulak tu kan? macam tu lah gayanya. Kata HeroBesar dia pun macam tu juga dulu. Kemanalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Patutlah dia tak pernah marahkan HeroKecik ... samo yo!!

Esok kita menyambut merdeka yang ke52 tahun. Seantero malaya cuti umum. Aku tak tahu nak cakap apa tentang sambutan merdeka ni tiap-tiap tahun. Yang aku tahu, ramai dikalangan anak-anak muda remaja kita akan menghabiskan waktu berbuat maksiat lah, merempit sana sini, dengan gejala dadahnya, dengan minuman kerasnya!! Merdeka ke kita?

Merdeka!!

Apa pun SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN dari aku. Mari kita merdeka kan jiwa kita dari dijajah ...

Jagalah solat yang 5 waktu, jaga makan minum pastikan sumbernya halal, jaga adab pergaulan bukan ikut suka hati gelak ketawa tanpa ada batas halal haram, jaga pengurusan masa dengan baik, ada waktu untuk bekerja dan ada waktu untuk kemesjid- insyaALlah merdeka lah jiwa. Jiwa yang merdeka mesti prihatin dan peka kepada keadaan orang-orang disekelilingnya yang hidup susah dan melarat bukan seronok sendiri saja.





Ibu sayang dan rindukan Angah n DikWa ...

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali

Memang sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah, dan kepada Dia kita akan dikembalikan. Sesaat pun tidak dicepat dan ditangguhkan ...

Tak kira diusia muda atau pun tua, bila sampai waktunya .. pasti maut datang menjemput .. semua yang disayang milik kita didunia akan ditinggalkan. Seperti kata lirik nasyid Pergi Tak Kembali oleh Rabbani. Penyanyi utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri telah dijemput untuk bertemu Penciptanya pagi tadi. Beliau telah pergi dan tidak akan kembali lagi kedunia ini .. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.



Wednesday, August 12, 2009

Malang tak berbau ...

Ini lah yang aku selalu cakap pada anak-anak aku. Ini lah yang aku maksudkan malang tak berbau ni. Aku memang selalu reluctant saja bila anak-anak minta kebenaran untuk aktiviti macam ni .. tapi macam-macam pulak lah alasan anak-anak aku bila dilarang tu.

Quote :

By Sophie Freeman
Last updated at 11:52 AM on 12th August 2009

Passengers riding on a Blackpool rollercoaster have suffered broken bones, back injuries and whiplash after two of its cars crashed.

A specialist rope rescue team was brought in to rescue 32 people who were stranded 20ft above the ground.

Two of the rollercoaster riders had to be cut out of their seats by firefighters. They both suffered neck injuries.

Big Dipper crash

Collision: More than 30 people had to be rescued from the Big Dipper rollercoaster

Lancashire Fire and Rescue Service said the injured were evacuated from the ride using assorted stretchers, spinal boards and neck collars. One of the victims, a 25-year-old man, is undergoing facial surgery today.

Thousands more visitors to the 44-acre fun park were evacuated as the rescue operation began.

Initial reports into the crash say that one train had suddenly halted 25ft in the air. It was then hit in the rear by the following train which then rolled backwards into a dip.

Martin McKay, 27, of East Kilbride,Scotland was on the ride with one of his children.

He said: 'One car crashed into the other. We were going quite fast at the time, around 30 miles an hour at a guess. '

A spokesman for the service said the 32 'walking wounded' were then ferried to hospital by the ambulance service.

Blackpool rollercoaster

Investigation: The Health and Safety Executive is trying to find out why the two cars on the Big Dipper crashed (file photo)

The Big Dipper, which is 86 years old, is built of wood. Trains reach speeds of up to 50mph on the ride, which lasts two and a half minutes.

The Health and Safety Executive has launched an investigation into the cause of the crash, which happened at 7.45pm last night.

The Big Dipper will not be used again until clearance is given by safety teams.

The fire and rescue officer in charge of the operation, Mark Alderson ,said: 'It is the sort of incident that we do train for and it is fortunate the high-level rescue team were nearby.'

Pleasure Beach company secretary David Cam said: 'Clearly it is very rare that things like this happen.

'As a company, we dedicate ourselves to providing entertainment for thousands of families from around the world.

'Incidents like these are few and far between and our best wishes go to all those involved.'

Source : Mail OnLine


Thursday, July 30, 2009

Jauh dimata dekat dihati ...

Alhamdulillah, DikWa dah selamat sampai ketempat yang dituju. Sekarang cuma masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang serba baru. Negara baru, rumah baru, kawan baru dan suasana pembelajaran pun baru. Sayu dan hiba hati setiap kali aku kenangkan, setiap kali teringat. Meleleh airmata setiap kali nasi nak masuk ke mulut. Bila malam, basah bantal aku dengan lelehan airmata teringat dia sendirian ditempat orang. Lain sangat aku rasakan sekali ini. Mungkin sebab dia anak perempuan bongsu aku .. yang mungkin lebih manja dari kakak-kakaknya yang sebelum ini.

Aku doakan dia dilindungi dan dipermudahkan ALlah dalam segala urusan dia dibumi asing tu. Semoga dia disayangi dan dikasehi oleh manusia-manusia yang takut akan ALlah. Semoga dia digeruni oleh musuh-musuh ALlah. Semoga dia tabah dan redha dalam menghadapi ujian-ujian yang ALlah berikan.

HeroKecik dan Achik