The next day itself, pagi-pagi selepas subuh aku nampak orang sibuk mencuci kolam dan entah apa lagi yang di repair .... aktiviti ni berjalan selama lebih kurang 3 - 4 hari juga .. baru aku tahu rupanya kolam tu bocor selama ni ...
Ini peralatan untuk memastikan air kolam sentiasa bersih (untuk buat filter) .. untuk memelihara ikan karp .. siap dengan anti-klorin sekali. Sudah tentunya orang yang paling excited ialah Hero Kecik .. sampai jatuh tertonggeng tepi kolam tu.
Ini pulak anak-anak ikan karp (9 ekor) yang bakal di lepaskan ke dalam kolam. Tak tahulah berapa lama kali ni nyawa ikan-ikan tu boleh bertahan. Aku tak dapat nak mengingat ini percubaan kali yang keberapa .. tapi lebih lah dari 4 kali dah kalau tak silap. Harap-harap ikan-ikan tu semua sempat membesar kali ini ..
Maka hari Jumaat malam Sabtu lepas (14 Nov 2008) dalam hujan renyai-renyai .. maka berlangsunglah upacara melepaskan anak-anak ikan kedalam kolam oleh Hero Besar dan Hero Kecik. Setakat hari ini, memang Hero Kecik bertanggungjawab lah memastikan ikan tu mendapat makanan selayaknya ..