Monday, February 23, 2009

Nampak hensem tak?

Bila ayahnya bercermin mata, ibunya bercermin mata dan dua dari tiga kakak-kakaknya bercermin mata ...

"Ibu, adik pun nak pakai cermin matalah." kata HeroKecik.

"Mata adik kan terang benderang, nak buat apa pulak pakai cermin mata. Orang yang pakai cermin mata tu sebab mata dia dah rosak." terang ibunya. Senyaplah dua tiga hari.

Selang beberapa hari dia balik dari sekolah, "Ibu sekarang ni adik duduk row nombor 3 dalam kelas. Susah tau adik nak tengok papan hitam tu."

"Adik ni tak nampak papan hitam sebab tak clear bila adik tengok atau kawan-kawan yang duduk depan tu lindung?" ibunya cuba probe lebih ..

"Kawan-kawan adik tu tak tau duduk diam lah ... kejap gerak sana sini payahlah adik nak tengok apa cikgu tulis di papan hitam. Kalau pakai cermin mata senanglah sikit agaknya." kelakar punya alasan siHeroKecik ni beri.

"Tak apalah nanti ibu pergi sekolah jumpa cikgu, minta tukarkan adik duduk depan semula." solution yang aku rasa terbaik lah .. sebenarnya aku berangin jugalah dengna cikgu kelas tu sebab aku dah awal-awal kata HeroKecik kena duduk depan sekali. Anak aku ni lasak dan tak ada tumpuan ..

"Ibu, adik nak pakai cermin matalah macam ayah, macam ibu, macam akak dengan angah tu." rayu HeroKecik lagi.

"Adik .. orang pakai cermin mata bukan suka-sukalah .. kami pakai cermin mata sebab terpaksa tau. Sebab kami tak berapa nampak .. bila pakai cermin mata tu barulah nampak jelas!!" kata aku lagi. Maka lepas tu senyaplah. Diterimanya jugalah explanation aku agaknya.

Baru-baru ni masa bercuti-cutian diKuching, kami kepasar Satok. Pasar Satok macam pasar malam lah tapi on bigger scale. Bermula setiap hari Jumaat petang dan habis tamat pada hari minggu tengahari. Macam-macam boleh dapat kat sana, dari segala jenis sayuran dan buahan, segala jenis kueh mueh, segala macam ikan, udang - yg kering, yang basah dan yang masih hidup. Binatang jinak seperti arnab, kucing, anak-anak anjing, hamsters semua ada. Ada juga bahagian yang menjual pakaian .. dari pakaian luar sampai ke dalam .. dari yang berjenama *immitation* sampailah yang tak bernama .. barang-barang perhiasan juga berlambak-lambak.

Dalam berjalan-jalan disepanjang gerai-gerai tu kami pun lalu dekat gerai yang menjual berbagai-bagai jenis cermin mata. Kami semua tak menoleh pun sebab tak ada keperluan kami. Tiba-tiba HeroKecik menarik tangan aku, "ibu .. adik nak cermin mata ni .. please ibu." dah siap dipegangnya yang dia berkenan...anak aku ni bab memujuk memang numero uno.

"Adik .. belilah cermin mata hitam tu, bergaya lah sikit. Lagipun hari panas ni boleh lindung mata." aku beri cadangan ... tapi dia berkeras juga nak cermin mata yang dia dah pilih tu. Disebab hari panas, orang ramai .. HeroBesar dan anak-anak dara tu pulak tak menunggu-nunggu lagi, aku malas nak merosakkan mood aku .. aku pun bayar sajalah. Bukan lah mahal sangat pun. Bila dapat Hero Kecik Teros jer pakai sambil tersenyum-senyum tengok aku.

"Hensem kan ibu bila adik pakai cermin mata?" alahai anak aku ni, ada hajat dia nak kelihatan hensem rupanya.

"Hensem sangat dik" jawab aku pendek sambil mengheret tangan dia untuk berjalan laju mengejar yang lain kat depan.

Semua orang tersengeh-sengeh saja bila nampak HeroKecik dengan cermin mata dia. Tanpa segan silu dia boleh cakap pada kakak-kakaknya"adik nampak hensem dan macam budak pandai kan kalau pakai cermin mata macam ni?" ya Allah, kami pecah gelak serentak!! Barulah aku tahu itu matlamat sebenar anak aku beriya-iya nak bercermin mata sebelum ni ...

Jangan tak tahu, first day sekolah selepas balik dari Kuching , HeroKecik pergi sekolah siap bercermin mata. Puas aku dan HeroBesar duk mengayat supaya dia tak usah pakai cermin mata tu, but he insisted. Tapi tak sampai kepetang, katanya cermin mata dia patah sebab kawan-kawan duk membelek dan mencuba.

Kalau tak pakai cermin mata pun adik memang hensem dimata ibu, ayah, akak, angah dan achik !!

Untuk pengetahuan semua, tak ada masaalah penglihatan pada HeroKecik ni, dulu dah pernah bawa dia pergi optician.