Ting tong ting tong bunyi loceng pagar .. dalam hati merungut siapa pulak lah datang tengahari ni dan tekan bertalu-talu pulak loceng tu. Tak mungkin HeroKecik dah balik sekolah seawal jam 12:00 tengahari, tapi kalau pun dia selalunya dia tak tekan loceng .. menjerit beri salam saja.
Aku jengok dari tingkap ... ada van florist. Sah-sah dah sesat nak cari rumahlah tu agaknya, kata hati aku. Kawasan aku ni ramai Kaf Lam Ya Nga .. so selalu lah juga florist sesat barat cari rumah nak hantar bunga bila ada yang mati tu. Aku jerit juga suruh cina tu tunggu kejap sementara aku nak buka pintu ..
Yes, can I help you? aku cuba bantulah setakat mampu .. bab nombor jalan dan nombor rumah ni aku blur selalu.
Cina tu terus pergi kat van dia dan keluarkan a bouquet of roses, "this is for you, mem." Tak tanya nama aku pun. Tapi betullah sebab aku nengok ada kad sebesar ini attached kat bunga tu ..

Kebetulan 11 May juga adalah hari lahir HeroBesar .. so kami dijemput anak-anak untuk meraikannya di Revolving Restaurant, KL Tower. Another suprise from them.
Akak, angah, achik n adik haziq!! Ibu n ayah gembira dan terharu atas segala usaha dan ingatan kalian adik beradik untuk membahagiakan kami. Our love is unconditional seperti yang selalu ibu cakap.
Terima kasih daun keladi, tahun depan kalau boleh kami nak pergi haji lagi ...