Sunday, January 31, 2010

Sampai ketemu lagi ....

Balik dari pasaraya JJ dah hampir nak maghrib! .. aku dan HeroBesar ada satu majlis yg tak kurang penting perlu dihadhiri. Majlis Farewell ... yang dirancang bersama kawan2 (jiran terdekat aku) khas untuk Mas dan Hazli (jiran aku juga) yang nak berhijrah ke America - Los Angeles atas tuntutan kerja. Aku rasa macam baru saja diorang pindah sini dari New York ( walhal dah 8 tahun) ... dah nak pergi lagi. Masa mula2 diorang pindah sini dulu, aku cukup suka mengusik anak2 diorang yg tak berapa fasih berbahasa melayu ... cakap melayu slang orang putih .. sekarang agaknya abangMal fasih bahasa indon ya pak? dikYen plak dgn slang kannada ... amma'???

Hazli ni orangnya rajin bercucuk tanam ... macam2 sayuran dia tanam, puas jugalah kami jiran2 makan hasilnya .. pokok durian pokok nangka semua dia tanam, tapi belum berbuah agaknya sebab tak sampai2 lagi rumah aku hasilnya .. hahahahaha... tapi kalau setakat pisang tu memang kerap sangatlah ...

Walaupun kami2 semua ni jarang berkumpul mesyuarat tingkap .. sebab masing2 ada tuntutan keluarga dan kerjaya masing2 .. jumpanya cuma bila ada majlis kenduri kendara or majlis hari raya ... namun hati2 kami rapat sebenarnya .. silaturahim antara kami alhamdulillah. seperti kata pepatah melayu tu .. kalau cubit peha kiri tu, peha kanan juga terasa. kalau aku jeritkan herokecik, esoknya mesti ada yg tanya .. kenapa semalam tu kak? tanda prihatin lah tu kan ...

Majlis yg diatur tak lah se grand mana, tapi bagi aku cukup bermakna dan meriah ... dan akan jadi kenangan ..

Akak dan abangLan doakan Maz, Hazli dan anak2 dipermudahkan ALlah dalam segala urusannya .. ada rezeki, panjang umur insyaAllah kita jumpa lagi .. akak pasti akan terasa ketiadaan kalian ...

Gambar suasana majlis dirumah Aida dan Salleh .... special thanks to Alina, Ani dan juga Aida kerana susah payah menyediakan juadah / rumah untuk majlis istimewa tu. Aku tak dapat participate dlm majlis masak memasak sebab ada urusan lain ... majlis makan2 saja aku dapat sama. OKlah tu kan? Gambar2 yg sempat aku rakamkan semasa majlis berlansung ...

mas, rose dan aida

chefs, ani dan ina

food testing ..

puding? sangat sedap nampaknya

the guys - belum makan, layu saja

lepas makan rancakkk !!


penyeri majlis


Bon voyage!!!