Monday, August 8, 2011

8 Ramadhan 1432

adakah aku sudah terlalu tua? nyanyukkah aku? kerana semakin hari semakin banyak perbuatan dan kata-kata aku yang tidak kalian senangi, kata-kata dan perbuatan aku tidak menepati citarasa kalian. kata-kata dan tindakan aku menyinggung hati dan perasaan kalian. begitu juga dipihak aku, semakin hari semakin banyak hati aku terluka, belum sembuh luka semalam dan sebelumnya, akan ditambah lagi dengan luka yang baru. aku tidak menyalahkan kalian, ya! memang bukan salah kalian .. silap aku sendiri yang terlalu sensitif (?) dan tak sedar diri .. tak sedar yang aku sudah kurang diperlukan!. banyak kali aku terasa sepertinya kalian seolah kalian berbincang sesama sendiri tentang aku, tentang bagaimana mau menyedarkan orang tua ini dengan kata-kata dan perbuatan kalian. hingga terbawa-bawa dalam tidur aku ..

namun aku redha dan pasrah .. mungkin inilah cara Allah menduga/mengajar aku dibulan yg mulia penuh barokah ini untuk mendidik hati aku menjadi ikhlas. ikhlas terhadap segala yang telah aku beri dan korbankan dikebanyakkan usia aku. aku redha ya Allah, aku redha dengan kesemua "hadiah" Mu. apapun tindakan kalian, apa saja yang kalian lakukan untuk melukakan hati aku .. untuk menghukum aku., aku terima seadanya dan aku maafkan semuanya, sebesar zarah pun kalian tidak terhutang apa-apa dari aku. aku tetaplah aku yang ...

ketika aku menadahkan tangan mencari ihsan Allah .. aku tetap memohon seluruh kebaikkan dunia dan seluruh kebaikkan akhirat untuk kalian.

ketika aku berdoa meminta perkenan dari Allah .. aku memohon semoga seluruh kekayaan dunia dan kekayaan akhirat milik kalian.

ketika aku bermunajat mengharap cinta Allah .. aku memohon seluruh kejayaan dunia dan kejayaan akhirat untuk kalian.

ketika aku mengaminkan doa mencari redha Allah .. aku mengharapkan seluruh kebahagiaan hidup dan kebahagiaan akhirat buat kalian.

bagaimana pun keadaan aku, aku akan sentiasa mendoakan seluruh kebaikkan dunia dan seluruh kebaikkan akhirat hanya untuk kalian. biar apapun sakit yang aku tempuh dan perlu aku rempuh .. doa-doa aku tetap untuk seluruh kehidupan kalian selagi ada nyawa dibadan aku. aku belum pernah merasa letih atau jemu mendoakan kesejahteraan kalian. aku akan terus berdoa untuk kalian biarpun kalian seolah-olah sudah mula terlupa untuk meng"amin"kan doa-doa aku untuk kalian.


Saturday, May 7, 2011

mothers ...

one don’t need to be a biological mother to show a mother’s love, to make a child feel special, safe and loved.

i was brought up by two noble souls - maklong n makngah. they showered me with undivided love. they taught me right fr wrong. they fed me while they themselves went hungry. may Allah rest their souls in peace. may Allah hv mercy on them, may Allah grant them Jannah. both of you will always be in my heart forever .. alfathihah.

to mama, i cant thank you enough ... without you i will not exist in this world .. without you i will not know the beauty of islam .. i love you as much. happy mothers day mama!!

Tuesday, May 3, 2011

adab terhadap ibu bapa ..





selepas Allah dan RasulNya, ada dua lagi manusia yang diperintahkan olih Allah untuk dimuliakan olih seorang yang bergelar anak iaitu kedua ibu bapanya. mengikut apa yang dituliskan olih Imam Al Ghazali didalam jalan menuju hidayah, antara adab-adab seorang anak terhadap ibu bapanya ...

1. hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan ibu bapa

2. hendaklah ia berdiri ketika ibu bapanya berdiri kerana menghormatinya

3. hendaklah ia menjunjung segala perintah kedua2nya

4. jangan ia berjalan dihadapan keduanya

5. janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya

6. hendaklah ia memperkenankan/menyahut kehendak/panggilan keduanya

7. hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya

8. hendaklah ia bersikap tawadhuk kepada keduanya

9. jangan ia menyebut2 jasanya kepada kedua2nya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhitmatannya bagi keduanya

10. janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan

11. janganlah ia memasamkan mukanya di hadapan keduanya

12. janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripada keduanya

memang tak akan terbuat olih kita kan? buatlah sekadar yang terbaik. ibu bapa kita tidaklah zalim atau kejam mana pun. ibu bapa sentiasa redha dengan anak2nya kerana mereka juga tidak ingin memberatkan lagi bebanan anak2. tetapi perlu diingatlah, jangan ambil mudah dan jangan ambil kesempatan atas kelembutan hati dan kebaikkan ibu bapa masing2.

kalaulah diberi leluasa oleh Allah untuk mengurangkan bebanan taat seorang anak terhadap ibunya .. akan aku lakukan demi kasih sayang aku yang tak mahu anak2 aku terbeban dengan tanggungjawab yang berat ini .. ini tuntutan/perintah dari Allah swt, tiada siapa dapat merubah atau menukarnya. "sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa." (AnNisaa:36) ... begitulah adanya ....

macamanapun, bagaimanapun keadaan anak2 ... aku menyayangi dan mengasehi empat orang yang Allah anugerahkan pada aku. merekalah kebahgiaan aku .. pengubat duka lara aku .. kekuatan aku! setiap seorang dari mereka ada kelebihan dan kekurangannya masing2 yg aku redha seadanya.

Monday, March 21, 2011

SMDAS Tanjung Ipoh ..

Aku memulakan alam sekolah menengah diSekolah Menengah Dato' Abdul Samad, Tanjung Ipoh pada tahun 1972 - Remove Class - kelas peralihan kerana aku memilih untuk belajar dalam English medium. Aku tinggalkan kenangan manis selama empat tahun di SMDAS kerana berpindah sekolah pada 1976 meneruskan keTingkatan 4 di Sekolah Menengah Vocational, Seremban ... setelah aku tidak berbahagia dengan keputusan LCE aku .. keciwa teramat bila IS aku tidak cemerlang!! sedangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan itulah subject terhebat aku .. beralasan itu dan satu sebab lagi yang hanya aku yang tahu .. aku tinggalkan SMDAS!!

Namun, dimana saja aku pergi .. siapa saja kawan-kawan yang aku jumpa .. tak pernah sama dengan apa yang aku tinggalkan diSMDAS. Hati aku lekat disana tu ... kawan-kawan, guru-guru semuanya sangat bermakna pada aku sehingga lah ke hari ini ...

SMDAS terlalu istimewa dan terlalu banyak kenangannya! sebab tu aku tak pernah jemu setiap kali bila ada kawan mengajak aku mengaturkan pertemuan.. seperti baru-baru ini kami mengaturkan satu lagi pertemuan .. kali ini kami berusaha lebih sedikit mencari guru-guru kami untuk bersama didalam pertemuan. kami gagahi mencari kawan-kawan dulu yang masih belum kami temui. walaupun dalam masa yang singkat, dalam keadaan yang terhad ... hasilnya terbaik!


barisan guru-guru dan kawan-kawan yang hadhir pada pertemuan kali ini
18 March 2011 di Suria Station, Seremban


Alhamdulillah ... inilah pertemuan terbaik yang pernah kami adakan. yang terbaik!!

Thursday, March 17, 2011

jasa mu dikenang ..


“seorang guru, baik guru mengaji atau guru di sekolah atau seorang guru yang hanya sekali kita temui tetapi kita dapat pelajaran daripadanya, semuanya adalah jasa tidak dapat dibalas dengan harta benda”
- Hamka.

“Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan pekerjaan mengajar itu amat terpuji.” - Hadith Nabi saw. tugas utama cikgu adalah mengajar dan mendidik. dari sudut Islam, orang yang menjadi guru diberi oleh Allah kelebihan berganda .. pahalanya seperti sungai yang mengalir ..

"sekiranya Allah memberi hidayat hingga kamu dapat memberi pelajaran kepada seseorang, yang demikian lebih baik bagimu daripada memiliki dunia berserta sekalian yang ada di dalamnya.” - hadith Nabi saw

kenapalah aku tak memilih kerjaya sebagai guru dulu ...

sekarang aku sangat excited menunggu petang esok .. tak sabar rasa nak jumpa cikgu2 aku yang sudah melebihi 35 tahun tak bertemu. aku memang pelajar yang sangat "baik" semasa dizaman persekolahan dulu, sebab tu semua cikgu2 samaada yang mengajar atau tak mengajar aku ... semua kenal aku. mesti cikgu2 aku dah tua ... sedangkan aku pun dah tua!

p/s hangin aku dgn FB kebelakangan ni ..

bila jatuh tersungkur menyembah bumi ..

akhirnya berjaya reset password setelah terkial2 seharian. been awhile, yes! .. sekarang mahu memulakan menulis semula disini kerana tahap kebosanan dan kecelaruan sudah mencecah kebatu jemala aku!