“seorang guru, baik guru mengaji atau guru di sekolah atau seorang guru yang hanya sekali kita temui tetapi kita dapat pelajaran daripadanya, semuanya adalah jasa tidak dapat dibalas dengan harta benda” - Hamka.
“Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan pekerjaan mengajar itu amat terpuji.” - Hadith Nabi saw. tugas utama cikgu adalah mengajar dan mendidik. dari sudut Islam, orang yang menjadi guru diberi oleh Allah kelebihan berganda .. pahalanya seperti sungai yang mengalir ..
"sekiranya Allah memberi hidayat hingga kamu dapat memberi pelajaran kepada seseorang, yang demikian lebih baik bagimu daripada memiliki dunia berserta sekalian yang ada di dalamnya.” - hadith Nabi saw
kenapalah aku tak memilih kerjaya sebagai guru dulu ...
sekarang aku sangat excited menunggu petang esok .. tak sabar rasa nak jumpa cikgu2 aku yang sudah melebihi 35 tahun tak bertemu. aku memang pelajar yang sangat "baik" semasa dizaman persekolahan dulu, sebab tu semua cikgu2 samaada yang mengajar atau tak mengajar aku ... semua kenal aku. mesti cikgu2 aku dah tua ... sedangkan aku pun dah tua!
p/s hangin aku dgn FB kebelakangan ni ..