Monday, March 21, 2011

SMDAS Tanjung Ipoh ..

Aku memulakan alam sekolah menengah diSekolah Menengah Dato' Abdul Samad, Tanjung Ipoh pada tahun 1972 - Remove Class - kelas peralihan kerana aku memilih untuk belajar dalam English medium. Aku tinggalkan kenangan manis selama empat tahun di SMDAS kerana berpindah sekolah pada 1976 meneruskan keTingkatan 4 di Sekolah Menengah Vocational, Seremban ... setelah aku tidak berbahagia dengan keputusan LCE aku .. keciwa teramat bila IS aku tidak cemerlang!! sedangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan itulah subject terhebat aku .. beralasan itu dan satu sebab lagi yang hanya aku yang tahu .. aku tinggalkan SMDAS!!

Namun, dimana saja aku pergi .. siapa saja kawan-kawan yang aku jumpa .. tak pernah sama dengan apa yang aku tinggalkan diSMDAS. Hati aku lekat disana tu ... kawan-kawan, guru-guru semuanya sangat bermakna pada aku sehingga lah ke hari ini ...

SMDAS terlalu istimewa dan terlalu banyak kenangannya! sebab tu aku tak pernah jemu setiap kali bila ada kawan mengajak aku mengaturkan pertemuan.. seperti baru-baru ini kami mengaturkan satu lagi pertemuan .. kali ini kami berusaha lebih sedikit mencari guru-guru kami untuk bersama didalam pertemuan. kami gagahi mencari kawan-kawan dulu yang masih belum kami temui. walaupun dalam masa yang singkat, dalam keadaan yang terhad ... hasilnya terbaik!


barisan guru-guru dan kawan-kawan yang hadhir pada pertemuan kali ini
18 March 2011 di Suria Station, Seremban


Alhamdulillah ... inilah pertemuan terbaik yang pernah kami adakan. yang terbaik!!

Thursday, March 17, 2011

jasa mu dikenang ..


“seorang guru, baik guru mengaji atau guru di sekolah atau seorang guru yang hanya sekali kita temui tetapi kita dapat pelajaran daripadanya, semuanya adalah jasa tidak dapat dibalas dengan harta benda”
- Hamka.

“Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan pekerjaan mengajar itu amat terpuji.” - Hadith Nabi saw. tugas utama cikgu adalah mengajar dan mendidik. dari sudut Islam, orang yang menjadi guru diberi oleh Allah kelebihan berganda .. pahalanya seperti sungai yang mengalir ..

"sekiranya Allah memberi hidayat hingga kamu dapat memberi pelajaran kepada seseorang, yang demikian lebih baik bagimu daripada memiliki dunia berserta sekalian yang ada di dalamnya.” - hadith Nabi saw

kenapalah aku tak memilih kerjaya sebagai guru dulu ...

sekarang aku sangat excited menunggu petang esok .. tak sabar rasa nak jumpa cikgu2 aku yang sudah melebihi 35 tahun tak bertemu. aku memang pelajar yang sangat "baik" semasa dizaman persekolahan dulu, sebab tu semua cikgu2 samaada yang mengajar atau tak mengajar aku ... semua kenal aku. mesti cikgu2 aku dah tua ... sedangkan aku pun dah tua!

p/s hangin aku dgn FB kebelakangan ni ..

bila jatuh tersungkur menyembah bumi ..

akhirnya berjaya reset password setelah terkial2 seharian. been awhile, yes! .. sekarang mahu memulakan menulis semula disini kerana tahap kebosanan dan kecelaruan sudah mencecah kebatu jemala aku!