Thursday, October 4, 2012

kalau boleh ..


aku ingin hubungan kita berakhir bahagia ..
.. tidak terpisah angkara orang ketiga
.. tidak terpisah kerana kita berbeza
kalau terpisah biarlah kerana waktu ..
.. dimana aku tidak lagi bernafas ..
.. dimana aku tidak lagi mampu berdiri untuk mu ..

Thursday, July 19, 2012

mengenang jasa ..



umpama bulan dan matahari .. kedua-duanya pemberi cahaya menerangi hidup aku yang gelap.  sejak mereka tiada, aku seperti sebatang karah didunia ni.  hanya tuhan yang tahu betapa rindu aku pada dua orang yang sangat besar maknanya dalam hidup aku.  kedua-duanya telah lama meninggalkan aku dan aku memang jarang bercerita tentang mereka .. bukan bermakna aku lupa cuma dada aku sempit setiap kali mahu menyebut.  jasa baik mereka memelihara aku sehingga menjadi seperti sekarang, tak pernah aku lupa walaupun sekejap.  kasihsayang mereka terhadap aku tiada tolok bandingnya. maklong dan makngah aku.

ya Allah ampunilah mereka, kasihanilah mereka, cucurilah rahmatMu keatas mereka, dan tempatkanlah roh mereka bersama roh orang-orang soleh yang telah engkau redhai.  aamiin.

Wednesday, May 9, 2012

seorang ibu ..

aku baca coretan ni diFB .. tersentuh hati aku.  mmg naluri seorang ibu begitu ... mahu anaknya sempurna dimata dia dan dimata dunia. cuma cara dan gaya penyampaian antara seorang ibu dan ibu yg lain mungkin berbeza-beza. 
 
KERANA DIA SEORANG IBU
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

p/s: begitulah pengorbanan seorang ibu. biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. punyalah marah. selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. jadi hargailah ibu kita. lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa ...

Thursday, May 3, 2012

hakikat pernikaan kita ..






pernikahan ....

jika kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan..

jika kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup..

jika adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

jika adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak..

jika adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

jika adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

jika adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI..


 

Wednesday, April 18, 2012

biar pun ...

ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan teruji ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkeliru ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terluka ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat kita dalam keadaan terkilan ..
ada ketikanya insan yang kita sayang membuat rasa sabar kita kian nipis ..
ada ketikanya insan yang kita sayang mengguris hati kita hingga menitis airmata ..

.. tetap kita mengasihi mereka seadanya semata-mata kerana Allah swt
.. tetap kita menyayangi mereka seadanya kerana mereka telah bertakhta dihati kita

Friday, April 13, 2012

luar dari biasa ..

Pada luarannya memang tampak kuat, tabah, senyum ketawa, marah ... semuanya macam biasa saja. Namun tiada siapa mendengar rintihannya serta jeritan hatinya selain Kekasih Agungnya.  Pada saat benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan Dia yang sentiasa ada.  Pada ketika memerlukan dahan untuk berpaut Dia dengan rela hati dan penuh kasih sayang menghulurkan tanganNya.  Pada saat menangis tak berdaya, Dia kirimkan kalam agungNya.  Dia sangat menenangkan dengan ayat-ayat cintaNya yang cukup LUAR BIASA ...

 

Thursday, April 12, 2012

manusia dengan kembar siamnya..



ramai orang berkembar siam dengan HPnya, tidak boleh dipisahkan oleh apapun .. waktu driving, waktu tidor, waktu makanminum, waktu santai, waktu dengan ahli keluarga, waktu dengan teman-teman, waktu dlm toilet pun .. tetap melekat dengan HPnya.  paling malang lagi sampai tidak focus langsung mendengar orang disekeliling yang bercakap dengannya kerana matanya, hatinya, jiwa tertumpu pada kembar siamnya.   orang dah habis cerita, ataupun orang bercerita separuh jalan pun dia tak sedar adakalanya... dia boleh coverline pulak,  bertanya pada perkara-perkara yang tidak disebut, atau sudah diterangkan nyata dalam cerita. why? kerana dia tidak 'bersama' sebenarnya! 

buat orang fed-up sebab kerap bercakap sorang-sorang! fed-up sebab selalu disuruh berhenti bercakap sebab nak ber email, fed-up sebab kerap disuruh berhenti bercakap sebab ada call 'penting' masuk! fed-up sebab bercakap tapi tak didengar! lebih fed-up sebab macam mendengar tapi sebenarnya tidak! 

tapi bila di call, bila di whatsApp  .. tak perasan pulak!! tak dengar pulak!!  sukar nak percaya sebab tahu betapa matanya taksub tak lepas dari melihat kepada kembar siamnya ... jiwanya, hatinya, perasaannya berkait rapat dengan kembar siamnya.  

fed-up!!! 


 

Saturday, April 7, 2012

Guru kasih sayang ..

bagaimana menangani pelajar corot? anak murid merupakan ladang pahala untuk guru-guru, classroom merupakan umpama sejadah bagi guru-guru beribadah ... betulkanlah niat.  mengajar untuk memberi mereka faham bukan menunjuk betapa pandainya kita! dengan niat yang betul, insyaAllah akan menghasilkan pengakhiran yg baik dan penuh barakah (Prof. Dr. Muhaya~Radio IKIM).
sabar yer Haziq .. apapun yang dikatakan oleh segelintir guru-guru adik disekolah tu.  redha dan berbaik sangka dengan kata-kata mereka walaupun kesat, sentiasa doakan yang terbaik untuk guru-guru. buktikan adik dan kawan-kawan adik yang dalam class 'last' pun boleh berjaya cemerlang dunia dan akhirat ..

Thursday, March 29, 2012

dangdut sampai pagi ..

http://www.hmetro.com.my/articles/Situaberjogetsampai5pagi/Article

tak tahu apa aku nak cakap tentang berita ni .. ni lah agaknya yg orang noghori sembilan kato dah jadi airmandi eh ... tu yg tak rasa bersalah langsung tu!

kalau dah 40 tahun tak kenal Allah, tak kenal akhirat, tak beriman .. takat ngaku Islam saja, maka bersusah payahlah hendak mendidik dan membetulkan hati tu kejalan yg lurus. macam anak yg tak tahu siapa ibunya, tiba2 lepas 40 tahun diperkenalkan kpd ibunya, tentulah payah nak menanam kasih sayang dan kecintaan pd ibu tadi. sebab kasih itu sudah diberi kpd ibu angkat yg memeliharanya.

kalau dah 40 tahun mengamalkan sifat sombong dan bangga diri, mestilah payah untuk mujahadah menjadi tawaduk atau rendah diri.

kalau dah 40 tahun dgn sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangai, mestilah tak mudah nak mendidik hati jadi pemurah.

kalau dah 40 tahun dgn sifat panas baran, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.

kalau dah 40 tahun berhasad dengki sesama manusia, tentu tidak mudah utk menjadi orang yg berlapang dada dgn manusia.

kalau dah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yg sabar dan redha dgn Allah.

kalau dah 40 tahun ada penyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah tipis harapan utk bertukar menjadi seorang yg zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut "harta saya", "kebun saya" dan "wang saya".

begitulah lah seterusnya .... (macam kata P Ramlee kata dlm Madu 3)

peringatan utk diri aku .. bertaubatlah banyak-banyak dan bersungguh-sungguh.  semoga Allah jauhkan aku dan ahli keluarga dari azab api NerakaNya.

Wednesday, March 28, 2012

walau apapun ..

ada mata pandang saja
ada telinga dengar saja
ada mulut diam saja


jangan sanggah
jangan halang
jangan suruh
jangan tahan


biar hitam ...
biar putih ...
biar warnawarni ...

OK kan saja!!

Thursday, March 15, 2012

kesannya ..

setiap kali mata aku dipejamkan, akan muncul wajah itu seolah mengejek-ngejek aku.  bila aku sendirian seperti rekod rosak peristiwa hari itu di 'replay' berulang-ulang didepan mata aku. dan aku pun mula menyusun jigsaw puzzle dalam kepala aku ...

kalian bersatu berdiskusi tentang kerenah mehnah aku .. kalian meremeh temehkan tindakan aku.  bagi kalian aku sengaja mengaada-adakan yang tiada.  bagi kalian aku terlalu mengikut dan melayan perasaan.  tak apa .. sedikitpun aku tak salahkan kalian.  kalian tak tahu .. kerana kalian tak pernah rasa apa yang aku rasakan. kerana kalian tidak pernah lalui apa yang aku lalui.  kerana tu kalian tidak merasa bagaimana 'sakit' dan 'gila' nya.  aku sentiasa berdoa dan aku harap kalian juga berdoalah semoga Allah jauhkan kalian dari melalui apa yg aku lalui. kerana kita tak tahu kekebalan kita selagi tidak merasainya ..

kata orang, orang bodoh tak akan memaaf dan melupakan.  orang lurus akan memaaf dan terus melupakan. orang yang bijak memaaf tetapi tak pernah melupakan ...

aku ni bijak lah agaknya kan? ...sudah aku mohon dimaafkan dan sudah juga aku maafkan tapi tak pernah dapat melupakan!!   lukanya nampak sembuh namun parutnya masih baru.  sakitnya hanya Allah yg tahu bila parut luka tu ter atau di 'sentuh' .. sebenarnya kewarasan aku tidak pernah kembali 'NORMAL' sejak peristiwa di Movenpick, Madinah. aku usahakan bermacam-macam, tapi belum berjaya lagi.  mungkin Allah mahu aku berhati-hati sentiasa ..

maha besar dan maha kuasa Allah swt .. hanya pertolonganNya yang aku harapkan. jadikanlah aku hambaMu yang sabar dan redha pada segalanya.

Friday, March 2, 2012

you are 22!!




side by side or miles apart .. a daughter like you is always close to the heart.  happy birthday dikWa .. miss you more than anything n love you more than life.

Thursday, March 1, 2012

no quitter, but m tired ...

smile like nothing is wrong .. talk like everything is perfect .. act like its all a dream .. and pretend its not hurting. 

 

 
 
 
ya Allah, i need your guidance till the end .. or i will be the loser.
 
 

Tuesday, February 28, 2012

korang lahir dari perut seorang ibu ...

wahai anak-anak diluar sana, masa korang masih kecil ... 
bila dahaga, yang susukan (breasfeed or formula) korang .. ibu
bila lapar, yang suapkan korang .. ibu
bila keseorangan, yang sentiasa disamping korang .. ibu
perkataan pertama yang korang sebut .. Bu!
bila bangun tidur, korang cari .. ibu
bila nangis, orang pertama yang datang .. ibu
bila nak bermanja korang dekati .. ibu
bila nak bergesel korang duduk sebelah .. ibu
bila sedih, yang hiburkan korang .. ibu
bila nakal, yang memarahi  korang .. ibu
bila merajuk, yang memujuk korang .. ibu
bila buat kesalahan, yang paling cepat marah .. ibu
bila takut, yang tenangkan korang .. ibu
bila nak peluk, yang korang suka peluk .. ibu

bila korang dah besar remaja merantau  ..
yg sentiasa rindu dan ingat korang .. ibu
bila sedih, korang talipon .. ibu
bila seronok, results peksa bagus orang pertama korang beritahu .. ibu
bila bengang, korang suka luah pada .. ibu
bila takut, korang selalu juga panggil .. “ibuuuuuuuuuuuuu!“
bila sakit, orang paling risau/sedih .. ibu
bila nak exam, orang paling menyibuk .. ibu
bila buat hal, yang marah korang .. ibu
bila ada masalah, yang paling risau .. ibu
 
sampailah saat ini, ibu korang ..
sebenarnya masih ingin peluk dan cium korang semahunya
sebenarnya masih mahu masak makanan kegemaran korang
sebenarnya masih selalu simpan dan kemaskan barang2 korang
sebenarnya masih bila bersama kawan2nya bercakap dan memuji korang
sebenarnya masih tak jemu nasihat (meleter) dan tunjuk ajar korang 

kenapa ..
bila korang dah ada kawan2 rapat ..
bila korang dah ada teman istimewa  ...
bila korang sudah rasa "berada" ... 
bila korang rasa sudah berdiri dikaki sendiri ..
ibu pada korang .. sekadar ambil ada .. 
ibu pada korang .. sekadar bila diperlu saja .. 

kenapa korang lebih pentingkan ..
hati kawan2 untuk di "jaga" ..
hati teman istimewa untuk di"tatang" ;;
korang lebih bimbang kawan2 berjauh hati .. 
korang lebih bimbang teman istimewa berjauh hati .. 
korang lebih takut/risau "apa kata kawan2" nanti ..
korang lebih takut/risau "apa kata teman istimewa"  nanti ..
korang lebih menjaga hati mereka2 dari hati ibu sendiri .. 
korang lebih seronok bersama kawan2 dari ibu sendiri .. 
korang pentingkan janji korang dgn mereka2 dari perasaan ibu sendiri ..
 
mungkin pada korang,  ibu 
.. yang tidak pernah faham kehendak/keinginan korang
.. yang sudah kurang pendengaran
.. yang sudah kurang penglihatan
.. yang sudah kurang "sharp" fikiran
.. yang sudah kurang daya ingatan
.. yang hobinya hanya bising2 pada korang
.. yang suka sangat berleter pada korang
.. yang hatinya sentiasa tak puas dengan korang
.. yang sentiasa berfikiran negatif ..
 
oh anak-anak diluar sana .. ketahuilah walau apapun, macamana pun  ..
anggapan korang 
layanan korang
sindiran korang
kata2 sentap dari korang
samaada korang zahirkan dengan tulisan, dengan lisan
samaada korang tunjukkan dengan perbuatan
samaada korang berbincang sesama sendiri
samaada korang mengomel sendirian 
walau terbalik bumi dan langit .. korang tetap anak-anak ibu korang!!
ibu korang .. tetap menerima korang
ibu korang .. tetap menyayangi korang
ibu korang .. tetap mendoakan korang
ibu korang .. tetap memaafkan korang 
... selagi hayatnya dikandung badan ... 

Wednesday, February 22, 2012

ada tiada aku milikNya ..

sesakit apapun yg kurasakan dalam hidupku, semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku ..

Saturday, January 21, 2012

will it help everyone ?

seperti sudah tiada penghujungnya setiap laluan yg aku cuba rentasi .. masa utk aku melabuhkan sauh mungkin. aku juga manusia tahu erti lelah .. aku perlu diam dan ikut saja laluan angin .. tanpa kata2, tanpa gerak, tanpa tindak.