setiap kali mata aku dipejamkan, akan muncul wajah itu seolah mengejek-ngejek aku. bila aku sendirian seperti rekod rosak peristiwa hari itu di 'replay' berulang-ulang didepan mata aku. dan aku pun mula menyusun jigsaw puzzle dalam kepala aku ...
kalian bersatu berdiskusi tentang kerenah mehnah aku .. kalian meremeh temehkan tindakan aku. bagi kalian aku sengaja mengaada-adakan yang tiada. bagi kalian aku terlalu mengikut dan melayan perasaan. tak apa .. sedikitpun aku tak salahkan kalian. kalian tak tahu .. kerana kalian tak pernah rasa apa yang aku rasakan. kerana kalian tidak pernah lalui apa yang aku lalui. kerana tu kalian tidak merasa bagaimana 'sakit' dan 'gila' nya. aku sentiasa berdoa dan aku harap kalian juga berdoalah semoga Allah jauhkan kalian dari melalui apa yg aku lalui. kerana kita tak tahu kekebalan kita selagi tidak merasainya ..
kata orang, orang bodoh tak akan memaaf dan melupakan. orang lurus akan memaaf dan terus melupakan. orang yang bijak memaaf tetapi tak pernah melupakan ...
aku ni bijak lah agaknya kan? ...sudah aku mohon dimaafkan dan sudah juga aku maafkan tapi tak pernah dapat melupakan!! lukanya nampak sembuh namun parutnya masih baru. sakitnya hanya Allah yg tahu bila parut luka tu ter atau di 'sentuh' .. sebenarnya kewarasan aku tidak pernah kembali 'NORMAL' sejak peristiwa di Movenpick, Madinah. aku usahakan bermacam-macam, tapi belum berjaya lagi. mungkin Allah mahu aku berhati-hati sentiasa ..
maha besar dan maha kuasa Allah swt .. hanya pertolonganNya yang aku harapkan. jadikanlah aku hambaMu yang sabar dan redha pada segalanya.