akak, angah, achik dan adik ..
andai ibu tersalah mengajar kalian, maafkanlah ibu
andai ibu terlupa mendidik kalian, maafkanlah ibu
andai ibu tersilap bahasa pada kalian, maafkanlah ibu
ibu tidak sempurna, namun ibu mahu kalian sempurna
ibu tidak hebat, namun berdoa semoga kalian hebat
bukan sempurna fizikal saja yang ibu mahukan
bukan hebat harta benda saja yang ibu doakan
kesempurnaan iman dan taqwa
kehebatan jihad dan mujahaddah
untuk mendapat redha Allah swt .. itulah matlamatnya
akak, angah, achik dan adik ..
doa kalian yang ibu harapkan
semoga dapat menerangi laluan ibu dalam mengatur langkah
bila tiba masa dipanggil mengadap Allah swt
akak, angah, achik dan adik ..
semoga rahmat dan redha Allah swt sentiasa bersama kalian
dari dunia hingga ke akhirat .. aamiin.
p/s jadikanlah panduan kalian dalam mendidik bakal cucu2 ibu nanti ..