Saturday, March 21, 2009

Cendol



Dalam perjalanan balik dari makan tengahari tadi, aku ajak HeroBesar melencong ke Jalan Tampin-Rembau untuk menjamu selera dengan Cendol Leman Dawi yang memang dah terkenal se Malaya tu. Kalau tak silap aku sudah dua kali dia muncul di TV3 dalam Program Majalah 3.

Sampai saja kami tengok penuh sesak, tempat parking tak ada .. mujur ada kereta keluar sebaik kami sampai. Tempat duduk pun penuh .. tapi sebab dah lama aku tak pekena Cendol dia sejak dia berpindah lokasi perniagaan kepada yang lebih baik .. aku bertahan juga beratur. Akhirnya dapatlah cendol tapi meja kosong pulak tak ada ... dapat duduk saja. Pada aku cendol dia sama saja rasa dengan cendol-cendol orang lain .. tapi kelebihan cara dia penarik pelanggan tidak ada tandingannya ...

1. Kebersihan peralatan memang terjaga - semua pinggan mangkuk/sudu direbus setiap selepas digunakan.

2. Boleh tambah cendol secara percuma - tersedia di setiap meja, cendol+santan, gula dan ice .. tambahlah sampai kenyang. Memang dia pemurah dan tidak berkira .. di bulan Ramadhan, akan di adakan satu atau dua hari khas untuk Cendol Percuma, sesiapa saja yang lalu dan singgah akan dapat lah sebungkus seorang.

3. Disediakan Air Bali panas percuma - layan diri, minum seberapa banyak dan boleh bawa balik kalau nak .. plastic disediakan.

4. Leman Dawi sendiri menyambut kedatangan .. dia sentiasa melayani pelanggan dengan fakta-fakta sejarah tentang Malaysia. Ayat seperti "Selamat Datang Perwira Negara .. jemput duduk akan dilayan dengan segera!" atau "Tu dia serikandi kita, jangan malu-malu nak cendol apa - pulut, jagung, kacang .. minta saja!" sambil itu dia akan menyelitkan juga fakta-fakta tentang keluasan Negeri -negeri diMalaysia dan bentuk rupabuminya dll .. kebetulan kalau ada nurses yang singgah dia akan bercakap pulak tentang Florence Nightingale contohnya. Aku kagum dengan pengetahuan am nya ..



Yang bertopi beret merah tu lah Encik Leman Dawi sedang bercerita dan menghiburkan hati pelanggan dengan yakin dan gaya tersendiri .. Manifesto Cendol Leman Dawi - Politik tak main!!





Kalau berhajat nak makan Cendol Leman Dawi, datanglah seawal jam 11 pagi .. biasanya jam 3 petang Cendoi dah habis ... dan kita akan nampak Leman Dawi berdiri atas kerusi tepi jalan sambil mengibarkan bendera yang bertulis .. Minta Maaf, Cendol Habis!!

Aku pernah rengan mulut bertanya anggaran jualan dia sehari, tanpa berselindung dia kata .. tak kurang dari 3000 mangkuk. Dan kalau cendol biasa semangkuk harganya cuma RM1.00.

Itulah rezeki ALlah untuk dia dan dikongsikannya bersama orang ramai. Seperti janji ALlah, apabila mati seorang anak adam itu Buku Amalan nya akan di tutup, tak dapat ditambah lagi kecuali kepada tiga perkara :

1. Ilmu pengetahun baik yang telah diajarkan kepada orang lain, yang diguna pakai untuk jalan kebaikan.

2. Harta kekayaan yang telah digunakan dijalan Allah... dan berterusan digunakan untuk jalan ALlah seperti pembenaan sekolah agama, mesjid dll.

3. Anak-anak, isteri-isteri, yang solihin/solehah yang sentiasa membuat kebaikan dan mendoakannya ..

Rezeki itu pemberian Allah, kita cuma perlu berusaha dan bersyukur akan nikmatNya.

Wednesday, March 18, 2009

Balik kampung ..


Hari minggu baru ni setelah sekian lama, aku balik kampung menghadhiri walimatulurus salah seorang saudara. Sayu hati melihat tempat aku dibesarkan dulu. Berubah dah kampung aku .. semacam dah tak ada serinya lagi... tidak meriah seperti zaman kanak-kanak aku dulu.

Rumah-rumah kampung dah banyak yang tidak didiami. Penghuni jenerasi mudanya sudah membawa haluan masing-masing. Ramai yang berpindah kebandar mencari rezeki. Orang-orang tua-tua kampung dah banyak yang pergi menyahut seruan Ilahi. Yang tinggal cuma beberapa kerat saja .. menunggu giliran untuk kesana juga.

Sungainya semakin mengecil bukan macam zaman kanak-kanak aku dulu. Sungai itulah punca segalanya, airnya deras dan banyak .. mandi, mencuci pakaian, malahan sumber air untuk minum dan masak memasak pun dari sungai tu. Teringat dulu, salah saorang dari sepupu aku pernah dihanyutkan air sungai .. masa tu dia kecil lagi lebih kurang umur 2 tahun. Kami yang besar-besar sibuk mandi manda sampai terlupa dia yang ditinggalkan ditebing. Sedarnya bila pakcik aku datang bawa kayu nak belasah kami. Orang dah jumpa sepupu aku yang hanyut dan hantar pulang kerumah. Mujur umurnya masih panjang .. Sekarang sungai dikampung aku sudah tak sesuai untuk semua tu ..

Sawah pun dah tak dikerjakan lagi. Dah tak ada orang yang nak mengerjakan sawah macam dulu-dulu. Sawah sentiasa menghijau dizaman aku kanak-kanak sehingga remaja. Cantik pandangan bila waktu padi masak ... menguning. Balik dari sekolah selepas makan tengahari, kesawah lah aku menolong mak. Semua proses aku buat, dari menanam padi, merumput sampai lah ke memotong padi bila dah masak. Kami tak pernah beli beras sepanjang aku ingat ... semua hasil kerja sendiri disawah. Sekarang semua tu tak ada dah .. anak-anak sekarang padi pun tak kenal, cuma tahu beras saja.

Terasa aku dah tua .. dah memang tua pun!!

Thursday, March 12, 2009

Sendiri mau ingat ...

Tiap-tiap hari bersekolah aku akan keluar rumah seawal 7:00am hantar HeroKecik ke rumah orang yang dia tumpang untuk kesekolah tu. Tapi hari ni HeroBesar pun ikut sama sebab nak tumpang sampai Railway Station, malas nak drive sendiri lah tu nak naik commuter saja. Dalam perjalanan kami singgah lah Petrol Station isi minyak.

While HeroBesar keluar mengisi minyak, aku duk observe lah orang-orang yang singgah di stesyen tu juga. Sibuk juga stesyen tu. Macam-macam perangai manusia dipagi hari camni .. buat aku geram dan membebel dalam hati bila melihat ketidak bertanggung jawapan mereka. Rules yang begitu simple pun tak boleh nak ikut. Dah sah-sah terpampang kat setiap kiosk tu papan tanda keselamatan :

MATIkan engine kereta
MATIkan telefon bimbit
JANGAN merokok

Bagi yang buta huruf siap ada LOGO/gambar lagi ... sekali tengok saja dah faham dah.
Tapi masih juga ada yang tak ambil endah semua diatas. Kalau kanak-kanak tak ikut peraturan pandai pulak kita orang-orang dewasa ni duk marah-marah. Tapi bila yang dah tua bangka tak ikut .. siapalah agaknya yang nak marah?

Penting sangat ke nak menalipon or berSMS or baca emails waktu mengisi minyak tu? Dia sajalah yang sibuk .. yang mementingkan masa. Tak boleh ke tunggu sampai selesai minyak diisi? Bukan sampai setengah jam masa menunggu tu pun .. tolonglah, orang lain pun sibuk juga. Tapi utamakan lah keselamatan diri dan orang lain!!

Sambil merokok isi petrol .. siap menyanyi-nyanyi lagi tu. Aku seram nengok rokok yang bergerak-gerak dibibir dia tu. Kalaulah terjatuh dan terkena pada minyak/hose tu ... Kalau dia saja yang terbakar, yang melecur, lantak dia lah ... sendiri yang degil, tapi ramai orang lain lagi ada disitu. Padamkan lah dulu rokok tu Encik oooi ..

Ada satu van sekolah tu pulak, penuh dengan kanak-kanak, mana suara kanak-kanak, mana bunyi radio yang kuat dipasangnya ... berhenti isi minyak engine pun tak dimatikan .. nak cepat sangatlah kunun tu. Bayangkan kalau malang nak berlaku atas sebab kecuaian tu. Nauzubillah .. tak sanggup aku nak membayangkan.

Sudah banyak peringatan diberi .. sudah banyak cerita-cerita kemalangan diStesyen Minyak ni diwar-warkan. Mereka-mereka tidak membaca ke? Mereka-mereka ni tidak mendengar ke? Atau pun mereka-mereka ni memang tak ada perasaan? Nak kata pentingkan diri sendiri pun tidak juga .. sebab keselamatan sendiri pun mereka-mereka tak kisah.

Mungkin orang lain anggap perkara ni remeh saja. Tak kena lagi, anggaplah remeh. Tak kena dibatang hidung sendiri lagi, anggaplah remeh. We cant take things for granted, life is short dont make it any shorter ...beringatlah sebelum kena, cegahlah sebelum parah.

Monday, March 9, 2009

MencintaiNya ...



Mencintai Nabi Muhammad saw tidaklah semudah macam mencintai ayah ibu, tidak seperti mencintai keluarga .. tidak sama langsung seperti mencintai pasangan kita. Untuk mencintai Nabi Muhammada saw memerlukan pengorbanan yang sangat luar biasa. Dan cinta kepada Nabi Muhammad saw tidak akan datang kalau kita tidak dulu belajar mengenali Baginda, kalau kita tidak dulu mengetahui tingkah laku dan seluruh pengorbanan Baginda untuk kita.

Teringat aku cerita seorang ulamak, Sheikh Nuruddin dari Indonesia dalam salah satu kuliahnya mengenai cintakan Nabi Muhammad saw, lebih kurang katanya *yang dapat aku ingatlah* ..
Nabi Muhammad saw pernah didatangi seorang perempuan yang mengatakan dia ingin mencintai Nabi Muhammad saw seikhlas hatinya. Bila mendengar keinginannya, Baginda Nabi saw menjawab dengan menyoal semula perempuan tu .. "apakah sudah kau fikirkan sehabis-habisnya? bila kau mencintai aku .. kau akan didatangkan dengan bermacam-macam dugaan. Dan ujian-ujian yang datang tu macam air bah!" Sabda Nabi Muhammad saw.

Memang bukan perkara mudah. Aku masih merangkak-rangkak untuk sampai ketahap mencintai Nabi Muhammad saw .. mencintai Baginda bermakna mencintai ALlah jugak. Aku tanyakan pada diri aku .. sampai mana dah aku ni mencintai Nabi Muhammad saw?

"YaALlah ... kurniakanlah aku kekuatan dan keikhlasan untuk mencintai Rasul Mu dan mencintai Mu supaya senang aku mengerjakan perintahMu dan menjauhi segala laranganMu."




Wajah-wajah yang menyayangi Nabi Muhammad saw .. sanggup tidor lewat semata-mata menemani ibu-ibu mereka mendengar ceramah MaulidurRasul malam tadi di Surau AnNur Fasa II.

Salam MaulidurRasul 12 Rabiul Awal 1430H untuk semua.

Friday, March 6, 2009

Rindu-rinduan ..

Bertemu kembali kita. Kata orang jauh dikenang, dekat sayang, hilang di rindu. Bila rindu semua tak kena .. makan tak kenyang, mandi tak basah, malahan tidor pun tak lena. Macam tu lah kita manusia ni ... bila ada depan mata kita ambil ada saja. Bila dah berjauhan dan kehilangan baru terasa, baru menyesal tak mengambil ruang yang ada, tak menafaatkan semasa bersama.

Semalam HeroBesar balik lewat, ada tiga mesyuarat yang dia perlu hadhir. Kesihan aku, balik dalam keletihan dan kelaparan. Mana ketidaknya meeting marathon. Semasa menemankan dia makan malam sambil mendengar cerita perjalanan meeting dia, aku sempatlah cilok bertanya apa plan dia esok *hari ni*. Aku ada dua perkara nak buat, nak hantar CikNawa pergi KLIA ketemu kawan-kawan, nak mengambil baju di kedai dobi .. so nak pastikanlah semua tak bertembung dengan schedules HeroBesar.

"Tak ada plan, nak duk rumah saja menghabiskan masa dengan you...mesti you rindu." katanya .. perasan pulaklah orang tua ni. Aku sengih saja .. dia tanya, "you tak rindu I ke?." cepumas punya soalan.

"Orang katakan, rindu ni timbal balik Beb. Maksudnya kalau you rindu, I pun rindu. Kalau you terlupa tak ingat langsung tu ... I pun masa tu tak teringat juga." jawab aku. Tapi HeroBesar macam tak puas hati pulak dengan jawapan aku ni. Apa-apalah ... ada maksud tersirat dan tersurat tu!!

Rindu ni ada macam-macam: rindu orang-orang yang disayang, rindu kawan-kawan, rindu suasana, rindu kampung halaman .. malahan ada orang kata rindu nak pergi shopping!!. Rindu ni bertambah-tambah bila kita sendirian. Perasaan rindu ini kalau tidak terlerai, tidak terkawal, akan menyebabkan kehidupan harian perindu itu tak keruan. Tapi ada juga orang-orang yang berfikiran positif menjadikan rindu itu satu cabaran untuk meraih kejayaan, menjadikan rindu sebagai motivasi untuk hidup yang lebih sempurna ..

Dalam kehidupan aku yang setengah abad dah ni, rindu yang paling menyakitkan aku adalah ketika mula-mula berpisah dengan anak-anak .. ketika mereka baru-baru pergi jauh beribu batu meninggalkan aku demi menuntut ilmu. Memang makan nasi pun aku tak lalu lah .. itupun aku masih berhubung hari-hari di alam cyber. Tapi tetap tak sama seperti menatap mereka didepan mata.

Antara perkara yang aku lakukan untuk mengatasi kerinduan ...

1. Menyibukkan diri .. buatlah apa saja yang boleh alihkan fikiran dari teringat saja kepada yang dirindu. Paling baik aku rasa ialah aktivi diluar rumah seperti menghadhiri kelas-kelas agama .. sertai badan-badan kebajikan buat kerja amal, tak kurang juga aku pergi mengukur shopping kompleks.

2. Pilih hobi tertentu ketika dirumah .. hobi yang mengisikan kekosongan waktu supaya ingatan tidak focus kepada kerinduan. Contohnya melayari internet, berkebun, tidor pun hobi juga .. etc.

3. Bila rindu pada orang yang dah meninggalkan kita .. kita hadiahkanlah bacaan-bacaan ayat alQuran .. dengan membaca alQuran boleh mengusir iblis dan syaitan yang sedang menghasut hati. Ada kalanya aku pergi berjumpa orang-orang yang menjadi kesayangan kepada orang yang sudah meningggal tu .. sekadar bercerita.

4. Berdoa, meminta pada ALlah supaya hati kita tidak dibuai perasaan rindu berlebihan kepada makhlukNya ... supaya kerinduan kita hanya pada Dia, pada Nabi saw tiada penghujungnya.

Rindu aku masih tak bertepi terhadap anak-anak, tetapi alhamdulillah rindu aku dalam kawalan hati dan perasaan aku.

"Tidak akan kamu berperasaan gundah gulana jika kamu tahu apa yang kamu cari " : Saidina Umar Al-Khatab

"Aku mencintai mu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dari dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." : Imam Nawawi.

Monday, March 2, 2009

Happy Birthday Darling





DikWa
It seems like only yesterday
You'd say I love you mommy
And warp your arms around my neck
And seal it with a kiss

Those days are gone forever
Stored in my memories
I can only say
Those days I truly miss

My little girl has grown up
Into a wonderful young woman
You truly are a blessing
Of who I am so proud

Honesty, kindness and gentleness
To name just a few
With all these things
You have been endowed
Happy Birthday Darling Awa

Sunday, March 1, 2009

Bon Voyage


By now mungkin CikNaj mungkin baru touch down di destinasi dia. Berlepas petang semalam dari KLIA setelah menghabiskan cuti musim panasnya. I am missing her already...

Beliau di jamu dengan seafood di Bagan Lalang sehari sebelum berangkat. Memang dah macam menjadi tradisi pulak .. welcome home untuk anak-anak pun kat restoren ni juga.


Bersiap-siap ... anak-anak perempuan ni yang mengambil masa dorang adalah meng adjust dan membelek tudung. Kekadang sampai 30mins tak betul lagi .. dah pakai boleh pulak tanggalkan pergi iron semula or tukar tudung lain sebab ada yang tak betul ..


HeroKecik lah yang akan paling terasa kehilangan ... duorang ni memang lah rapat. CikNaj ni memang ada soft spot dengan adik dia yang seorang ni. Ikut saja kehendaknya.


Kapalterbang belum berlepas, dia dah buat perangai ..... sabar sajalah!!

Hati aku entah dilangit entah dibumi setiap kali melepaskan anak-anak pergi jauh begini. Hanya doa dan harapan aku mengiringi mereka...

Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim ku anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang ku
Kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani ku
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta ku
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu ku

Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan aku dengan anak-anak ini
Peliharakanlah anak-anak ku dimana juga mereka berada
Kuatkanlah anak-anak ku yang lemah
Sucikan kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka

YaALlah ...
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia yang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanya yang berkhidmat kepada sesama manusia .. ameen yaRabbal 'alameen.