Saturday, March 21, 2009

Cendol



Dalam perjalanan balik dari makan tengahari tadi, aku ajak HeroBesar melencong ke Jalan Tampin-Rembau untuk menjamu selera dengan Cendol Leman Dawi yang memang dah terkenal se Malaya tu. Kalau tak silap aku sudah dua kali dia muncul di TV3 dalam Program Majalah 3.

Sampai saja kami tengok penuh sesak, tempat parking tak ada .. mujur ada kereta keluar sebaik kami sampai. Tempat duduk pun penuh .. tapi sebab dah lama aku tak pekena Cendol dia sejak dia berpindah lokasi perniagaan kepada yang lebih baik .. aku bertahan juga beratur. Akhirnya dapatlah cendol tapi meja kosong pulak tak ada ... dapat duduk saja. Pada aku cendol dia sama saja rasa dengan cendol-cendol orang lain .. tapi kelebihan cara dia penarik pelanggan tidak ada tandingannya ...

1. Kebersihan peralatan memang terjaga - semua pinggan mangkuk/sudu direbus setiap selepas digunakan.

2. Boleh tambah cendol secara percuma - tersedia di setiap meja, cendol+santan, gula dan ice .. tambahlah sampai kenyang. Memang dia pemurah dan tidak berkira .. di bulan Ramadhan, akan di adakan satu atau dua hari khas untuk Cendol Percuma, sesiapa saja yang lalu dan singgah akan dapat lah sebungkus seorang.

3. Disediakan Air Bali panas percuma - layan diri, minum seberapa banyak dan boleh bawa balik kalau nak .. plastic disediakan.

4. Leman Dawi sendiri menyambut kedatangan .. dia sentiasa melayani pelanggan dengan fakta-fakta sejarah tentang Malaysia. Ayat seperti "Selamat Datang Perwira Negara .. jemput duduk akan dilayan dengan segera!" atau "Tu dia serikandi kita, jangan malu-malu nak cendol apa - pulut, jagung, kacang .. minta saja!" sambil itu dia akan menyelitkan juga fakta-fakta tentang keluasan Negeri -negeri diMalaysia dan bentuk rupabuminya dll .. kebetulan kalau ada nurses yang singgah dia akan bercakap pulak tentang Florence Nightingale contohnya. Aku kagum dengan pengetahuan am nya ..



Yang bertopi beret merah tu lah Encik Leman Dawi sedang bercerita dan menghiburkan hati pelanggan dengan yakin dan gaya tersendiri .. Manifesto Cendol Leman Dawi - Politik tak main!!





Kalau berhajat nak makan Cendol Leman Dawi, datanglah seawal jam 11 pagi .. biasanya jam 3 petang Cendoi dah habis ... dan kita akan nampak Leman Dawi berdiri atas kerusi tepi jalan sambil mengibarkan bendera yang bertulis .. Minta Maaf, Cendol Habis!!

Aku pernah rengan mulut bertanya anggaran jualan dia sehari, tanpa berselindung dia kata .. tak kurang dari 3000 mangkuk. Dan kalau cendol biasa semangkuk harganya cuma RM1.00.

Itulah rezeki ALlah untuk dia dan dikongsikannya bersama orang ramai. Seperti janji ALlah, apabila mati seorang anak adam itu Buku Amalan nya akan di tutup, tak dapat ditambah lagi kecuali kepada tiga perkara :

1. Ilmu pengetahun baik yang telah diajarkan kepada orang lain, yang diguna pakai untuk jalan kebaikan.

2. Harta kekayaan yang telah digunakan dijalan Allah... dan berterusan digunakan untuk jalan ALlah seperti pembenaan sekolah agama, mesjid dll.

3. Anak-anak, isteri-isteri, yang solihin/solehah yang sentiasa membuat kebaikan dan mendoakannya ..

Rezeki itu pemberian Allah, kita cuma perlu berusaha dan bersyukur akan nikmatNya.