anak perempuan saya yang bongsu adalah best. happy happy happy
Friday, January 18, 2013
sentiasa betul ..
aku pernah rasa cemburu, sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dilahir dan dibesarkan oleh orang yang sama. aku pernah mohon pada Allah, bukan sekali .. berkali-kali memohon agar aku dijemput/diambil semula oleh mereka .. pada aku ketika itu biarlah buruk, biarlah miskin, biarlah dipukul hari-hari .. aku tetap mahu kasih sayang mereka. dulu, masa tu aku masih belum merasai nikmat islam, belum kenal erti bersyukur. waktu tu aku masih kanak-kanak ..ketika aku masih remaja.
aku kini redha dengan ketentuan Allah swt, takdir inilah yang terbaik buat aku. biarpun mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, aku tetap menganggap mereka insan terbaik .. kerana merekalah aku ada didunia ini, kerana merekalah aku dapat melihat bulan dan matahari. walaupun sekarang aku telah berada dihujung-hujung usia, aku masih lagi berusaha kearah berbaik sangka terhadap keputusan mereka. cuma .. aku tidak boleh POS apa-apa untuk mereka disana nanti.
aku sangat terhutang budi kepada kedua-dua arwah maklong dan makngah yang telah bersusah payah memelihara/membesarkan dan menyayangi aku seadanya sehingga menjadi aku hari ini. alFatihah buat mereka.
Wednesday, January 16, 2013
Friday, January 11, 2013
sombongnya kau ..
cerita aku buat kau muak. sebenarnya aku kesihan melihat kesombongan kau. baru sedikit kelebihan kemewahan yang diberiNya kau dah angkuh. sedikit diuji dengan kesenangan dan kebahgiaan kau sudah lupa diri. kesihan aku pada kau. Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah swt atas kejayaan dan kesenangan yang kau miliki. tapi ingat, jangan terleka .. nanti kau yang terluka.
Wednesday, January 9, 2013
memori tidak akan dipadam ..
aku tidak akan memadamkan memori pada kejadian dibumi bertuah itu. ia amat bernilai dan mahal harganya bagi seorang perempuan seperti aku. walaupun ia amat menyakitkan sehingga hampir membunuh, amat rugi rasanya kalau dipadamkan begitu saja kerana aku akan lupa. dan bila aku lupa maka akan mudahlah aku tertipu lagi oleh orang yang sama dengan cara yang sama berkali-kali!
aku beri maaf tapi aku perlu lebih berhati-hati. aku beri maaf tapi bukan bermakna aku boleh diperlakukan begitu lagi dgn mudah, aku beri maaf tapi bukan bermakna aku tidak boleh mencari keadilan untuk diri aku biarpun tiada siapa yang memihak dan berjuang bersama aku.
ya Allah, rawatilah aku dengan rawatanMu, sembuhkanlah aku dengan penawarMu, cukupkanlah aku dengan kelebihan yang ada padaMu dari mengharap selain dariMu (supaya dapat aku berdikari).
Subscribe to:
Posts (Atom)