aku tidak akan memadamkan memori pada kejadian dibumi bertuah itu. ia amat bernilai dan mahal harganya bagi seorang perempuan seperti aku. walaupun ia amat menyakitkan sehingga hampir membunuh, amat rugi rasanya kalau dipadamkan begitu saja kerana aku akan lupa. dan bila aku lupa maka akan mudahlah aku tertipu lagi oleh orang yang sama dengan cara yang sama berkali-kali!
aku beri maaf tapi aku perlu lebih berhati-hati. aku beri maaf tapi bukan bermakna aku boleh diperlakukan begitu lagi dgn mudah, aku beri maaf tapi bukan bermakna aku tidak boleh mencari keadilan untuk diri aku biarpun tiada siapa yang memihak dan berjuang bersama aku.
ya Allah, rawatilah aku dengan rawatanMu, sembuhkanlah aku dengan penawarMu, cukupkanlah aku dengan kelebihan yang ada padaMu dari mengharap selain dariMu (supaya dapat aku berdikari).