aku pernah rasa cemburu, sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dilahir dan dibesarkan oleh orang yang sama. aku pernah mohon pada Allah, bukan sekali .. berkali-kali memohon agar aku dijemput/diambil semula oleh mereka .. pada aku ketika itu biarlah buruk, biarlah miskin, biarlah dipukul hari-hari .. aku tetap mahu kasih sayang mereka. dulu, masa tu aku masih belum merasai nikmat islam, belum kenal erti bersyukur. waktu tu aku masih kanak-kanak ..ketika aku masih remaja.
aku kini redha dengan ketentuan Allah swt, takdir inilah yang terbaik buat aku. biarpun mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, aku tetap menganggap mereka insan terbaik .. kerana merekalah aku ada didunia ini, kerana merekalah aku dapat melihat bulan dan matahari. walaupun sekarang aku telah berada dihujung-hujung usia, aku masih lagi berusaha kearah berbaik sangka terhadap keputusan mereka. cuma .. aku tidak boleh POS apa-apa untuk mereka disana nanti.
aku sangat terhutang budi kepada kedua-dua arwah maklong dan makngah yang telah bersusah payah memelihara/membesarkan dan menyayangi aku seadanya sehingga menjadi aku hari ini. alFatihah buat mereka.