Thursday, February 21, 2013

aku lah drama queen tu ..

adooiiiii memikirkan kena pergi hospital saja hati aku sudah seriau ..seram sejuk (mungkin kerana banyak sangat kenangan/pengalaman lalu.)   bila dah sampai hospital bertambahlah tak keruannya. lain sangat perasaan nya antara menghantar orang buat pemeriksaan dan bila sendiri yang akan diperiksa.  kecut perut den!  sementara menunggu nama dipanggil untuk masuk kebilik doktor tu jantung aku rasa dupdapdupdap bagai nak meletup, semakin rasa tak cukup dan sesak nafas aku!! .. tapak tangan pun berpeluh.   tak senang duduk aku .. lama sangat rasanya.   tab aku pulak batteri dah nyawa-nyawa ikan.  kalau lah ada teman untuk di ajak berbual atau bersandar lelah, kurang sedikit agaknya tumpuan pada situasi, apakan daya .. kali ini aku sendirian.

setelah hampir 2 jam menunggu dengan fikiran berkecamuk nama aku pun dipanggil.  tunggu lagi.  buka saja pintu bilik rawatan, melihat wajah ceria dan mendengar suara doktor .. sedikit menghilangkan 'gabra' aku.  "puan! lamanya tak jumpa .. last jumpa tahun 2005 .."  heheheheh aku pun tak ingat bila last aku datang.  friendly dan menyenangkan pesakit tua macam aku.   setelah diinterview lebih kurang, doktor suruh baring untuk buat pemeriksaan.  malu alah aku baring saja lah .. nak berubat.  ketaq lagi aku rasa.  baru saja doktor letak stethoscope nya untuk mengesan bunyi apa ke entah didada .. doktor terus berhenti dan melihat muka aku dengan satu macam pandangan. uiks?? heh! aku faham maksud pandangan tu.  aku pun menoleh pada arah dari mana bunyi yang sangat menganggu tu.  ingatkan fahamlah orang yang menghasilkan bunyi tu .. rupa-rupanya tak faham, atau buat-buat tak faham.  dua tiga kali juga aku menoleh dan sekali tu aku terpaksa kata, "nanti call balik lah .." mestilah aku sopan lembut saja cakap, tu yang mungkin tak dengar dan terus juga bercakap ditalian.  doktor tak boleh tahan, dia pulak bersuara, "saya tak boleh dengar!" pun tak diendahkan juga .. penting sungguh agaknya discussion tu. akhirnya doktor yang terpaksa menghenti pemeriksaan .. menunggu sehingga habis bunyi tu barulah doktor memulakan semula pemeriksaan.  

belum sempat aku turun dari katil doktor kata, "puan kena pergi buat ultra sound .. lepas ultra sound, puan datang semula jumpa saya .. kita tengok apa kemungkinannya."  fuhhh!  tak tahu nak cakap lah rasanya.  memacam gambaran datang dalam benak aku.  almaklum aku ni nampak saja berani dan berhati besar .. sebenar pengecut especially dalam bab procedures dihospital ni !!  alahh siapa lah tak takut, entah berapa kali aku ni kena 'repair' dalam bilik operasi di berbagai hospital .. 

sebaik keluar saja dari bilik doktor terus lah menggodek talipon lagi.  aku pulak berjalan nak ke bilik ultra sound rasa macam berbatu jauhnya walaupun tak sampai 30 langkah.  seperti berlaga-laga lutut aku.  segala kemungkinan masuk dalam kepala aku.  dari pengalaman dulu-dulu, setiap kali lepas ultra sound mesti ada saja yang tak kenanya, masuk ward -- cucuk sana cucuk sini, potong lagi, jahit lagi, sakit lagi!! ya Allah, aku tahan saja airmata aku .. istighfar dan keep on reminding myself .. aku dah pernah lalui benda-benda ni .. semua ok saja akhirnya.  macam-macam doa aku baca.  saat tu kalaulah ada orang pimpin tangan or pegang bahu aku atau berikan kata-kata semangat alangkah besar maknanya .. melegakan sikit gelodak rasa agaknya.  macam pengalaman lepas-lepas ketika usia masih muda dan tenaga masih kuat sikit dulu .. aku tabah lalui lapahan demi lapahan dihospital tu kerana sentiasa ada teman penguat semangat!  tapi apa kan daya .. dah tua gini aku sendirian.  berjalan control macho saja lah aku .. 

diluar bilik ultra sound tu menunggu lagi .. lambat sangat masa berlalu rasanya.  yang dalam perut aku ni rasa nak terkucil yang kecil dan yang besar.  sempat aku ke bilik air, balik dari bilik air belum juga giliran aku.  aku perhatikan orang-orang lain yang sama-sama menunggu.  mereka berbual-bual sesama teman-teman  mereka, sambil gosok-gosok tangan, pegang-pegang bahu.  tapi dari cara mereka kita boleh agak yang mana pesakit dan yang mana teman .. yang sakit muka monyok mendengar celoteh dari teman yang mungkin cuba menghilang rasa gabra.  dan bila di panggil mereka masuk berdua-dua ke bilik ultra sound tu.  tiba nama aku dipanggil, aku jalan sendirian masuk bilik, rasa tak terlangkah kaki.  disuruh baring lagi.  angkat baju, dedah perut dan tunggu.  lamanya rasa nak tunggu doktor tu datang.  "puan datang sorang je ke?"  .aku tak menjawab cuma sengeh saja.  aku tak tahulah doktor ke atau pembantunya yang buat ultra sound tu.  dia sempat ketawakan aku pulak.  "jangan lah takut puan, tak sakit pun. sejuknya tangan puan." (aku bukan takut sakit lah! aku memikirkan results ni nanti) .. terfikirkan anak-anak, kesian mereka. kesian anak bujang kecik aku kalau aku terpaksa masuk ward. macam-macamlah.  sambil tu dia menenyeh-nenyehkan entah apa kebendanya ke kawasan sekitar perut aku,  dan bawah dada.  "tarik nafas puan, dah banyak kali buat major operations ye puan? .. hehehhe kuat gigil puan ni!"  .. habis bahagian depan, bahagian belakang pula .. tarik nafas dan tahan .. tarik nafas dan tahan.  tarik nafas lepas .. siap!  "sila tunggu depan bilik doktor tadi ye puan, nanti kami hantar results ke sana."  ooops! almost aku tersungkur dari katil tu .. hampeh! tempat injak kaki tu dah termasuk bawah katil.  

sekali lagi lutut aku rasa berlaga-laga, kaki rasa tak bergerak. mata rasa kabur ler pulak kali ni, rupanya aku lupa pakai cermin mata semula!.  aku berhenti sejenak di laluan beritahu, "jom kita ambik results ultra sound kat doktor ..." aku terus berlalu, ingatkan ada yang mengekor dari belakang, rupanya berjalan sendirian saja.  tunggu lagi, sebab ada pesakit lain sedang diperiksa.  Allahuakbar kencangnya dupdapdupdap jantung aku tuhan saja yang tahu. lambatnya!!!!   dlm hati, apapulak lah kali ni .. doa macam-macam semoga semuanya baik saja.  biasalah, bila berdoa tu airmata mulalah menepi saja .. almaklum mengharap.  istighfar dan tahan .. tahan .. tahan.  jangan jatuhkan airmata, rugi.

"puan!"  suara doktor tu, sebaik saja pintu dibuka. alahaii! macam nak gugur jantung aku.  aku letak tangan dimeja dia .. mengeletar.  "ok! kita dah dapat results ultra sound.  eh! suami puan mana dia tak interested nak dengar sama ke?"  doktor senyum tengok aku, aku sengeh tengok doktor. sama-sama faham agaknya.   "berapa lama dah kawin puan?"  apo relevan pulak soalan ni dengan results ultra sound aku nih? (dlm hati je lah ..)  "almost 30 tahun dah doktor .." itu saja, mujur no further questions.  dalam hati aku rasa nak menjerit-jerit suruh dia bacakan keputusan tu cepat.  gemuruh habih dah !!

"alhamdulillah, semua nampak ok. pancreas ok, liver ok .. bla bla bla ..  " panjang lebar.  aku pun dengar tak dengar, faham tak faham sebab masa ni hati aku dah jadi hiba sebak pulak.  . sedih sesangat rasanya, tak tahulah kenapa ... mungkin tanda syukur aku pada Allah swt kerana semua ok.  doktor suruh aku tarik nafas, turun nafas. tarik nafas turun nafas.  "jangan risau puan, insyaAllah semua nya baik saja.  lagi dua minggu puan datang jumpa saya lagi ye .. baik atau tidak, berkurangan atau tidak datang jumpa saya.  saya beri puan ubat untuk dua minggu dulu. kita tengok macamana .. kalau tak baik kita akan buat ujian lain. boleh puan?"  aku tak ingat samaada aku angguk atau aku bersuara untuk mengiyakannya.  doktor sambung lagi, "puan jangan makan banyak-banyak, jangan makan 3 jam sebelum tidor, jangan makan berminyak-minyak, jangan makan pedas-pedas .." bila sampai bab pedas, aku tanya, "pedas-pedas pun tak boleh?"  doktor gelak, "amboiii, bilo bab podeh cepat menjawab nya ... sah orang N9 pure nii!"  

nurse nyampuk, "lepas ni puan ikut saya pergi ke kaunter bayaran ye, buat bayaran dan ambil ubat difarmasi selepas bayaran dibuat."  sambil tu doktor menulis lah di slip ubat dan kata, "makan ubat ni dua kali sehari .. pagi dan malam .. 30 mins sebelum breakfast dan 30 mins sebelum dinner .. "  sambil ucap terima kaseh, aku bangun nak meninggalkan bilik doktor.  lega dah.  sebaik aku nak buka pintu doktor panggil aku  .. "puan!  puan wanita yang tabah .. jangan ngelat makan ubat ok! assalamualaikum .. i'll see you in two weeks time."  

"waalaikumsalam wm wb.  insyaaAllah, thankyou doktor!" aku pun ikut nurse pergi ke kaunter bayaran.  diberi number dan tunggu dipanggil.  tunggu lagi.  belek-belek number giliran .. ALAMAK !!  aku tak ada cash lah pulak.  toleh kiri kanan kalau banker bergerak aku ada berdekatan .. yellek!! aku pun pusing nak pergi balik ketempat menunggu diluar bilik ultra sound tadi mungkin dia masih disitu leka dengan talipon dan laptopnya.  biasalah aku ni kalau bab mencari arah memang tak boleh diharap.  sesat barat aku.  entah kemana arah aku dah pergi .. nasib baik ada nurse Sara .. tunjuk jalan.  jumpa! memang dia masih disitu dan seperti yang aku jangkakan.  aku dengan muka tak malu minta duit,  tak ada soal jawab terus dapat!!  dan aku terus lah ke tempat buat bayaran, duduk menunggu number dipanggil .. tak lama tu dia ikut sama dan duduk sebelah.  aku diam je .. tahan sabar lah kununnya aku.

sedang menunggu tu, sambil aku tahan airmata dari tertumpah, tahan gegel juga yang entah apa puncanya ..  ada pulak soalan bocor. "camana results ultra sound tadi? doktor cakap apa kat you?" aku tak jawab, di tanya lagi, aku tak jawab dan lagi.  ish ini sudah mencabar hati aku pulak rasanya, aku memang malas nak menjawab .. takut nanti aku BOOM!!.  dalam hati aku kata, kalau minat nak tahu kenapa tak masuk sama-sama mendengar tadi.  ni usahkan mengiringi aku kehulu kehilir, usahkan memegang tangan or bahu aku, sepatah dua kata semangat pun tak terluah, toleh pun tidak masa aku ajak bersama-sama. slowly tanduk aku pun sudah mula tumbuh .. maka setelah menarik nafas panjang, bertanya lah aku dengan nada perlahan (supaya tak didengar orang lain) dan romantik sekali .. "eh! you nak tahu jugak ke?" aku sambung lagi "kalau you nak tahu, kenapa tak join sekali dengar apa doktor tu cakap tadi?" tak ada jawapan, aku tanyalah lagi soalan yang sama .. wahh! soalan ni macam killer gitu. 

dalam senafas dilepaskan nya, "you mulalah tu nak membesar2kan perkara kecil. I ADA PERKARA YANG LEBIH PENTING PERLU DISELESAIKAN! I AM JUGGLING MY WORK AND SENDING YOU HERE .."  hah! anjat boboi bila dijawab agak keras dan agak kuat juga caranya .. amik kau!!  dalam hati aku kata, baiknya dia beri se das!!  baru aku  ngerti kenapa aku di 'ignore' saja sepanjang waktu tu.  rasa nak hantuk kepala aku ke dinding waktu tu kasi aku sendiri sedar sikit, bahawa ada yang lebih penting lagi selain dari nyawa aku!!  patutlah tak henti-henti jejari montoknya menaip. berhenti cuma bila ada calls masuk atau buat calls out. aku yang duduk gelisah peluh dingin disebelah sampai dia tak perasan.   dia sampai lupa tujuannya bawa aku pergi hospital!!  penting sesangat rupanya menguruskan jemputan budak-budak maahad - dgn bus, bayaran, sediakan tikar, tempat wudhu', tambahan makanan dsbnya -- untuk kenduri kendara dikilang petang tu .. macam tak ada orang lain yang boleh handle semua kerja berat tu. dan lebih penting sangat rupanya urusan surat menyurat, agreement, contracts syarikat dsbnya berbanding nyawa aku ni.   patutlah semua tu lebih utama dari memberi perhatian ketika doktor sedang memeriksa aku (sampai dalam bilik doktor pun masih menjawab calls. menghantar messages!)  ish ish ish .. (now aku sedang geleng kepala sambil buat bunyi dan tunjuk tangan ke bawah macam roket terjunam)

Allahuakbar.  aduhai .. bukan tiap-tiap minggu atau tiap-tiap bulan atau tiap-tiap tahun pun kena bazirkan masa menjadi peneman aku ngadap doktor.  last sekali tahun 2005, 7 tahun dulu.  atau bukan ke lebih baik berterus terang saja tak perlu/tak dapat pergi hari tu sebab sibuk yang teramat sangat! .. kita boleh saja tunggu pergi bila sudah ada masa terluang (bukan urgent pun kesihatan aku ni kalau nak banding dengan urusan kilang, aku kan masih boleh buat kerja-kerja remeh macam biasa lagi, makan pun laju je aku ni menolak kedalam nya) ataupun terus terang saja cakap suruh aku pergi sendiri .. aku kan boleh arrange dengan one of my kawan-kawan kok ada yang sudi untuk menemankan. atau aku boleh saja pergi hospital tu sendirian  .. boleh panggil teksi maaa .. no hal lah tu!! daripada sesia saja aku memendam rasa dan menambah lagi dosa aku yang memang dah bertimbun-timbun ..  

aku marah? demi Allah tidak .. aku cuma berjauh hati.  kerana aku selalu diperingatkan, "actions speak louder than words."  

tu lah ceritanya,  azam dan niat aku yang pada awalnya hanya mahu jadi orang baik dan tak mau sebut dan tak nak ulas apa-apa,  (azam aku mahu buat bodoh saja, tak mahu ambik port, mahu buat biasa saja) .. tetap tidak menjadi kenyataan!  itulah aku.  aku ni bukan seorang yang penyabar. aku bukan seorang yang prihatin pada masaalah orang lain.  sesungguhnya aku berusaha, aku juga berdoa, aku mencuba buang sifat-sifat buruk yang banyak sangat ada pada aku ni  (terima kaseh pada orang yang rapat dengan aku kerana selalu sudi beritahu sifat-sifat buruk yang aku ada) kata mereka aku ni cepat perasa, cepat marah, cepat cemburu, cepat buruksangka, aku suka membesar-besarkan perkara kecil, suka mengada-adakan cerita yang tak ada, suka menyindir sinis,  mementingkan diri sendiri, banyak bercakap, tak pernah merasa puas dengan apa yang diberikan.  ada yang kata aku drama queen!. aku terima seadanya dan cuba baiki.  tetapi percubaan demi percubaan, usaha demi usaha aku seperti tidak berhasil, doa-doa aku belum dimakbulkan lagi .. aku kena lebihkan lagi usaha, kuatkan lagi cubaan dan banyakkan lagi doa aku .. setakat hari ini, aku masih gagal mendidik hati sedangkan masa sudah suntuk!!

apapun semua telah nampak selesai,  and act like "all izz well" again!!  coretan ini cuma luahan rasa terbuku aku (disini tak ada yang menyanggah, nampak aku betul semua!! hahahaha) dan peringatan jugalah supaya jangan jadi dan berperangai seperti aku .. 

Allah Allah Allah  .. Engkaulah yang menciptakan aku .. aku ada kerana Kau ada.  bantulah aku untuk menjadi hamba Mu yang taat mengikut perintah Mu dan meninggalkan segala larangan Mu, aku mahu menjadai hamba Mu yang berakhlak baik .. aku hanya mahu menjadi hamba Mu yang lebih mendengar, lebih  melihat dan yang banyak berdiam diri .. aamiin.