aku meluahkan rasa hati aku disini, menulis apa yang aku lalui hari-hari (atau bila aku teringat peristiwa yang pernah aku tempuhi) atau merumuskan apa yang aku baca! .. yang mana aku tak dapat untuk meluahkan pada pihak yang sepatutnya menjadi pendengar aku, tidak macam dulu lagi. so elok menulis. kalau bercakap kerap disalah fahamkan atau tidak mendapat perhatian langsung. walaupun ada yang mengatakan tulisan-tulisan aku berunsur sindiran .. aku tak kisah, memang ada betulnya pun. yang pasti, apapun yang aku cuba buat atau katakan walau dengan niat yang baik, memang negatif saja pada pandangan, pendengaran mereka. bagus disini, aku syok sendiri .. dan dengan cara ini boleh jadikan aku 'sober' sendirian .. tak ada beza.
sepertilah kejadian terbaru ini. niat aku memang baik .. tidak mahu ada yang ditimpa susah, mengelakkan bahaya, tidak mahu masa terbuang (dari terbuang dijalanan, kan lebih baik buang masa melayan aku - 2 jam dari rumah nak sampai rnr seremban, sejam lagi tunggu pulak jentolak datang, sambung tunggu pulak dikedai tu .. tak buang masa ke tu?) sudah aku berikan pendapat aku, sudah aku 'tekan'kan pendangan aku. dari hari Jumaat lepas hinggalah ke pagi tadi - Isnin. ada orang kisah? subhanAllah betul sangat. maka terjadilah pembaziran masa, tenaga dan pastinya wang ringgit!! (juga pembaziran emosi aku .. sebab hangin orang tak dengar pendapat aku yang tak canggih) .. maka menjerit-jerit lah hati aku untuk meng update blog aku ni ..
wahai manusia ..
bila kita dalam kesusahan, atau bermasaalah yang boleh nampak nyata oleh mata kasar (dlm hati susah or gulana orang memang tak dapat nak tolong unless kita bersuara meminta) .. ada orang datang nak hulur bantuan -- dari segi tenaga or cadangan, apa harus kita kata atau buat? adakah kita akan upfront sergah dgn kata-kata (contohnya):
aku tak perlukan pertolongan orang!
aku takkan menyusahkan orang lain!
aku buat sendiri selagi aku mampu!
aku tak minta makan dari orang lain!
aku susah pun biar sendiri saja!
aku tak perlukan pendapat atau pandangan!
you apa tau, duduk rumah saja!
etc. etc. etc.
fuhh !! sombong sangat bunyinya kan? kurang-kurang pun cakap 'terima kaseh' dulu atas prihatin orang lain walaupun disaat itu kita sangat berkeyakinan dan berkemampuan menyelesaikan sendiri. orang lain tu pun 'datang' Allah yang hantar untuk mendapat 'bahagian' nya juga. tanpa izin Allah, mata pun tak mampu nak berkelip .. so segala-segalanya atas izin Allah swt.
cubakah ingat sikit .. setiap kali kita susah or bermasaalah, kita tak segan silu menadah tangan mohon pada Allah untuk menghulur bantuan, untuk ditunjukkan jalan penyelesaian. tak terfikir ke oleh kita mungkin melalui orang itulah Allah hantar pertolonganNya.. kalau bukan tenaga yang dihulur, kata-kata atau cadangannya itu juga mungkin berupa penyelesai dari Allah swt. dan dengan sombong dan beraninya pulak kita menolak/perlekeh pertolongan Allah ???? masyaAllah. ish ish ish (sambil geleng kepala, buat bunyi .. dan tangan buat macam roket turun ke bawah!)
periksa diri kita betul2, periksa hati kita betul2. penyakit sombong/riak ni (mmg tak perasan adanya dlm diri yang memang sudah ada sifat angkuh) akan memakan diri sendiri .. tidak sekarang, mungkin dimasa akan datang. mengapa mesti 'tembak' orang lain dgn keangkuhan dan rasa mampu kita sekarang? .. satu hari nanti bila kita betul-betul memerlukan .. jangan sampai saat itu Allah tak hantar sesiapa untuk usahkan menolong, melihat pun tak ada yg sudi. nauzubillahiminzalik!
semoga Allah swt tidak menghina aku dengan mengumpulkan aku dalam bentuk semut-semut kecil dan dipijak-pijak oleh manusia di akhirat nanti. aamiin.