Friday, November 13, 2009

Jangan nak memandai-mandai ...

Quote:
Pada prosiding hari ini, seorang penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu, seseorang individu tidak boleh mengajar kepada sesiapapun walaupun cuma sebaris ayat kalimah syahadah sekiranya tidak mendapat tauliah. : Utusan Malaysia

Apa yang aku faham lah dari sumber diatas, mak bapak tak boleh lah nak mengajar anak2 sendiri bersolat or membaca alQuran. Kalau nak juga mengajar anak2 tu kena pergi minta/apply tauliah dari JAIS dulu, walaupun mak bapak tu pandai mengaji .... ini mana yg tinggal diSelangor lah. Negeri2 lain aku tak pasti .. dah ada ruling ni jugak ke?

Seingat aku masa kanak2 dulu tinggal kat kampung, guru mengaji aku pun orang kampung .. tak ada mananya dia ada tauliah dari mana2 Jabatan nak mengajar mengaji .. nak mengajar solat!


Sabda Nabi SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama ..
1. Sedekah dan amal jariahnya
2. Doa anak-anaknya yang soleh
3. Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya pada orang lain."

Wallahuaklam ..



Thursday, November 12, 2009

Serupa tapi tak sama ...

Di petik dari akhbar Harian Metro



Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia


Kes nya pakcik umur 73 tahun yang berkopiah tu tikam isteri umur 70 tahun sampai mati sebab isteri dia minta diceraikan. Tu kes polis, biarlah mereka yg buat kerja. Tapi apa yang aku nak suruh you all buat ... teliti dua2 gambar tu, satu disiarkan oleh Harian Metro (atas) dan satu lagi disiarkan olih Utusan Malaysia (bawah yg kecik sikit) nampak memang sama saja tapi tak serupa. Cubalah cari kelainannya ....

Nampak tak? gambar yang atas tu ada lambang dacing kat payung biru tu ... tapi gambar yg sama bawah tu pulak payung tu "dah ditukarkan" tak ada dah gambar dacing tu ....

Sebab tu aku tak baca lagi surat kabar Utusan Malaysia ni bertahun2 dah .. simple saja sebabnya - suka menukar dan memutar belitkan kenyataan. Gambar gitu pun boleh diubah suainya, apatah lagi fakta berita/cerita. Bukan Utusan Malaysia saja yg aku tak baca, surat2 khabar yang seangkatannya pun aku tak suka baca.

Kalau bawak pi mahkamah kedua2 gambar tu sebagai bahan bukti, agak2 gambar yang mana akan diguna pakai? Lu fikir lah sendiri ....

Sunday, November 8, 2009

Bogayo amek kau jang !!

Tahniah pado semua pemain-pemain Negeri Sembilan. Tahniah juga kek Wan Jamak Wan Hassan sobab berjaya membimbing pasukan HobinJangHobin sampai jadi Juara Piala Malaysia .. 61 tahun moncuba!! akhirnya kini pastiiiii ....

Sobab lamo bona nunggu untuk monang ni .. biar lah den buek sikit entry pasal bola kek blog ni. Den maso mudo2 dulu pun peminat gak bolasepak ni .. tapi zaman tu memang best lah kalau ko studium tu .. tak macam sekarang takut nak pogi .. kang nayo kono molotov tu .. sesio kalo cacat semato-mato sobab nengok bola yang bulat!!

Teringat den ada sekali pergi Studium Nasional .. maso tu mudo lah anak pun kocik2 tinggal ngan mak mertuo .. final Selangor lawan mano ntah tak ingat... apo yg den ingat maso nak masuk studium tu .. punyolah sosak .. cicir selipar den!! den tongah2 .. dopan abang ipar, belakang den HeroBosa ... ntah sobab bersosak tu boleh pulak tercabut selipar kono pijak .. nak ambik tak buleh dah kang nayo kono lunyah .. so masuk yo lah kaki ayam!! *HeroBosa orang Selangor, so den konolah sokong .. masa tu N9 mana masuk buku!*

Kalo zaman den dulu, ganeh gak lah penyokong2 .. tapi sekadar menjorit2 .. boo sano, boo sini .. pret sano pret sini ngan trumpet tu ... paling kuek pun baling botol air mineral tu yo ... takdo bawak molotov dalam studium tu! menakutkan botul lah bebudak zaman sekarang ni ... studium tu den nampak cam medan porang malam tadi ... tu nengok kat TV, kalu kek situ lobih lagi lah agak eh kan? macam hilang pertimbangan sekadar kalah main bola yo baru .. kenapo korang tak bersomangat camtu bilo Islam di injak2?? den agak kalo camtu lah korang buek maso orang perlekehkan hukum2 Allah kek dunio ni .. takdo orang berani nak perlekehkan ugama kito kan?

Apo pun my HeroKocik memang seronok habih lah malam tadi ... Negeri Sembilan monang. "sekarang adik bangga jadi orang Negeri Sembilan!" umanggg selamo ni dio tak banggo jadi orang N9 ...

Saksikanlah gol pertama yang dibuek oleh ShahurAin yang memang cantik lah pado mato den ...



Welldone boys !!

Hobin jang hobinnn !!

p/s : sengajo buek entry ni slang noghori sobab cam raso soronok pulak jadi orang N9 dan jugak supayo anak2 yang kek noghori omputeh ngan noghori shahrukhan tu dapek lah prektis lidah !!

Kepada nieces n nephews yang rakyat selangor tu ... sobar yo lah !!

Monday, November 2, 2009

Tauliah apa lagi ?

Aku tak faham pulak motif alasan penahanan Ustaz DrAsri ni. Kalau dah pernah dilantik menjadi Mufti, jawatan tertinggi dalam institusi agama dinegara ni ... maknanya dia orang yang arif lah tentang agama ... telah mendapat tauliah lah untuk mengajar dan memberi khidmat nasihat dan pandangan tentang agama .. tak terjangkau pulak lah akal aku bila alasan penahanan nya cuma sebab tak ada tauliah mengajar????

Aku ada lah dengar desas desus tentang tidak puas hati sesetengah pehak tentang DrAsri ni lately bila ada ura2 nak lantik dia jadi YDP ....

Tapi entahlah .. memang pelik Malaysia ni sekarang macam-macam boleh jadi bila orang dah tak suka. Bila tidak sehaluan mulahlah dikatakan menyongsang ...

Wallahuaklam.

Bekas mufti ditahan

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my

AMPANG: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, 38, ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah banglo di Taman Seri Ukay, Hulu Klang, dekat sini, tengah malam tadi, dipercayai kerana memberi ceramah tanpa tauliah.

Beliau ditahan kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika dihubungi lewat malam tadi mengesahkan mengenai penahanan itu kerana memberi ceramah tanpa tauliah dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi juga mengesahkan Dr Mohd Asri ditahan sepasukan penguat kuasa Jais sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk membuat laporan tangkapan.

Sunday, November 1, 2009

Double celebrations ..


Project sambil berbaring-baring HeroBesar, meng'convert'kan tarikh lahir keluarga menurut kalendar Hijriah .. aku dengar saja dia membebel sorang2 belakang aku .. katanya mulai sekarang nak sambut tarikh lahir ikut haribulan Islam. Senyap-senyap aku letak sini. Here goes :

HeroBesar - 11 May = 25 Zulkaedah
memBesar - 08 January = 28 JamadilAkhir
GadisPertama - 03 February = 13 JamadilAwal
GadisKedua - 06 July = 21 Zulkaedah
GadisKetiga - 02 March = 04 Syaaban
HeroKecik - 17 July = 26 RabiulAkhir

Apa kata kita celebrate dua2?. Double lah juga hadiah yang kita dapat!! Bersedia lah ....

Kepada yang berminat, sila tengok disini !!

Sunday, October 25, 2009

Sepetang diKualaPilah ...


Alhamdulillah DrNadrah dah selamat memulakan langkah pertama kerjayanya di Hospital Daerah KualaPilah .. iyo kek kampong den lah tu. Dah 5 hari dah dia di sana ... rumah tempat tinggal OK dekat saja tak sampai 5 mins berjalan kaki, dlm kawasan hospital tu juga - selesa rumahnya.

Kerja? entahlah .. BZ saja anak aku tu, mula kerja 7:00am *tapi 6:30am dah ada kat ward* .. balik 12:00midnite *kekadang kul 1:00am masih kat ward* .. SMS pun payah apatah lagi nak menjawab panggilan .. nak buat camana nak ooi? dah itu jalan kerjaya yang you pilih .. terima sajalah dengan hati terbuka dan buatlah tugasan kerana Allah swt .. insyaAllah akan terasa nikmatnya.

Dulu semalam ada dia SMS minta belikan kasut yg lembut tapak dan selipar yang flat sole lembut juga ... katanya kakinya sakit berdiri berlama2an dengan kasut n selipar yg dia sedia ada ... aku fikir2 nak pergi belikan tapi HeroBesar kata sabar dulu, nanti beli tapi tak size lah, tak kena selera lah ... buat bazir saja. Aku tahankan dulu. Hari Jumaat aku SMS tanya, dia ada masa tak nak jumpa kami sekejap kalau kami datang visit? ... pendek saja dia jawab .. BZ takder masa .. OKlah, I rest my case. Tapi semalam petang aku dan HeroBesar, HeroKecik pergi lah bersenang diri mencuba untuk melawat DrNadrah, dlm hati jumpa kejap pun jadilah ... kami tak beritahu pun yang kami nak datang. Dah dekat nak sampai tu baru ler SMS ... "ibu dah kat Pilah ni, ada nak pesan beli makanan apa2 tak?" senyap takder berjawab. HeroBesar kata, sedang fikir dan susun ayat lah tu ...

"nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! beli lah apa2 sajaaa ... tapi kalau dapat KFC pun ok juga hahahah!" ... inilah cara anak aku menjawab ... macam dia tak kisah lah apa yg kami bawa or beri or beli ... tapi sebenarnya dia ada hidden agenda dia sendiri ... pandai kan?

Belikan dia KFC - snack plate hot n spicy dan happy meal untuk HeroKecik. Aku sebenarnya packed kan juga baju n tudung 2 - 3 helai bawak sama ... iyerlah manalah tahu kalau2 dia memerlukan extra, kalau ikutkan HeroBesar tu semua tak payah. HB nak anaknya tu belajar sendiri mengurus diri ... sebab suka tak dengar cakap aku dan cakap HB!! sebab tu HB ni berangin penuh dengan anak sulung aku tu, tapi aku kesian pulak!

Bila dah sampai, aku suruh dia turun ambil barang2. Alahaiiii the moment aku nampak dia, kesian aku nengok. Penat benar muka dia aku nampak, yerlah dah 6:30pm kan .. maknanya dia dah kat hospital tu 11 jam!! bukan kerja duduk kat meja, kerja round dari satu katil ke satu katil pesakit .. dari satu ward ke satu ward etc. Aku betulkan tudung dia, aku adjustkan baju dia. Aku tanya dia lebih kurang, dia pun cakap nak cepat saja sebab katanya dia sorang, dan dia cover ward yang aktif tak boleh nak tinggalkan. Tak sampai 5 mins pun agaknya, salam2 dan cium2 kami pun balik lah. Aku doakan anak aku tu dipermudahkan ALlah lah dalam urusan hariannya, dikuatkan semangat dan sihat tubuh badan supaya dapat dia menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Aku tak terus balik ke Seremban .. kami singgah rumah anak saudara aku tak jauh dari hospital tu. Saja sebab aku nak pulangkan tupperware dia. Masa dia datang lawat aku tempohari (raya) dia bawakan aku rendang ayam. Aku sayang anak saudara aku yang ni .. selain dari anak2 saudara aku yang 5 orang tu (anak2 abang aku) melekat sangat hati aku dengan dia sebab aku rasa dia saja yang banyak ambil tahu tentang aku .. aku sayang juga cucu2 sedara aku yang 4 orang tu!! Jarang kami berjumpa, tapi hanya Allah yang tahu perasaan aku pada diorang semua .. bangga aku dengan pencapaian kehidupan diorang, alhamdulillah.

So makan malam aku lastnite disponsor oleh anak saudara aku tu lah. Kami makan diRestoran Warisan (kat Kampung aku dah ada restoran jangan tak percaya) siap masuk news paper lagi! Superb lah tempat tu (sapo nak puji lagi kalau bukan den!) ... suasana yang sangat nyaman ditengah2 sawah kena pulak dengan hiburannya - Bongai ... camnilah rentak lagu bongai, tapi bongai yang aku tahu cuma diiringi oleh biola dengan tetawak saja. Bongai ni kan, aku teringat masa aku kecil2 dulu .. memang kerap lah nengok persembahan Bongai terutamanya masa cuti sekolah yang panjang dihujung tahun. Masa ni kan musim kanak2 lelaki berkhatan .. so siang berkhatan, maka malam akan diadakan lah majlis Bongai ni dari senja sampai kepagi bagi tujuan menghiburkan / melekakan orang yang berkhatan tu.

Ini ada a few shots yang ibu sempat captured untuk anak2 ibu yang jauh dimata, tapi dekat dihati ...

Restoran Warisan

abang Berahim - yang sponsor makan2 semoga Allah murahkan lagi rezeki dia

kanak2 ceria - adik square

kaklong n tokyah - peace!

tokyah n haziq

kekOnyangan ..

hiburan Bongai didendangkan while kita jamu selera tapi tak dengar pun sebab leka dengan makanan yang sedap2 ...

Baru sedar, gambar ibu dengan kaklang Sapur takder!!! takder rezeki lah kita nak glamor ...

Sabar yer anak2, nanti balik Malaysia .. kita pergi ramai2 rumah abang Berahim dan ajak dia belanja kat Restoran warisan ni, tu pun kalau adalah restoran tu by the time you all balik!! Doalah semoga rezeki abang Berahim bertambah banyak ... ameen.


Friday, October 2, 2009

Khairy Jamaluddin?

Hah!! dah jadi pelakun pulak budak Ghombau ni. Patutlah sekarang kurang sangat nampak dia didada-dada akhbar, tak aktif lagi muncul kat TV. Dah tukar kerjaya rupanya ...



Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran ,,,,

Alhamdulillah .. kita dah hampir sampai kepuncak kemenangan. Dua hari lagi kita akan menyambut Aidil Fitri tanda kemenangan kita melawan musuh paling ketat .. Hawa Nafsu .. disepanjang bulan Ramadhan. Bulan mulia yang penuh keberkatan, pada bulan inilah pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Sebulan ni syaitan dirantai untuk memudahkan manusia beramal, segala amalan baik biar sekecil mana pada bulan ini Allah gandakan 10 kali ganjarannya! AlQuran dengan seribu rahmatnya diturunkan pada bulan Ramadhan, malahan pada bulan Ramadhan ini ada satu malam yang yang dicari-cari, yang ditunggu-tunggu, yang diharap-harap olih semua orang yang beriman ... yakni malam alQadar yang dijanjikan Allah, malam yang rahmatnya adalah lebih baik dari 1000 bulan!!

Semoga kita semua dipenghujung Ramadhan ni, sebaik kita keluar dari Ramadhan kali ini .. kita mencapai maksud yang disabdakan Nabi s.a.w. yakni umpama bayi yang baru keluar dari perut ibunya - bersih suci tanpa sebarang dosa!

Salam lebaran untuk semua yang singgah atau yang lalu di blog aku ni .. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon ampun dan maaf andai disepanjang pembabitan aku dibidang blogging ni ada terkasar bahasa dalam penulisan ...



Khas pada anak-anak ibu yang masih diPerantauan .. Selamat Berhari Raya Aidil Fitri .. semoga angah n dikWa menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan redha atas segala kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan untuk kita.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Kemerdekaan


Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik dah hampir separuh Ramadhan dah. Tahun ni anak sulung aku berpuasa bersama kami, dah 6 tahun dia puasa sendirian dinegara asing. Tahun ni dia melepas geram melawat bazaar Ramadhan, tapi dia tak macam dulu-dulu dah nafsu membelinya. Jauh berkurang, kalau tak dulu untuk dia seorang saja separuh meja!! Macamana pun aku masih merasakan pilu dan sayu aku bila waktu-waktu berbuka dan bersahur, dua orang lagi anak-anak aku diperantauan. Ada masa hati aku tak teringin langsung untuk membeli apa-apa bila melawat bazaar tu sebab teringatkan anak-anak aku. Namun aku kena adil pulak pada yang ada dirumah.

Semalam HeroKecik tak puasa, tiba-tiba badannya naik panas dalam jam 10 pagi tu. Bimbang takut melarat aku suruh saja dia berbuka. Dia macam orang mengantuk disorongkan bantal lah. Sebaik dapat semangkuk cococrunch, tak sampai 10 minit dah segar bugar pulak. Aku beri dia ubat demam terus. Tak tunggu-tunggu terus nak keluar pergi bermain. Tapi memang betul badan dia panas sebelum tu, memang demam aku rasa dan dia pun merungut kata sakit telinga lah, sakit kepala lah, semua badan sakit-sakit. Entahlah, aku bersangka baik saja dengan anak aku yang seorang ni.

HeroKecik ni tiap-tiap malam dia ikut kami pergi terawikh. Janjinya dia akan solat dan tak buat bising. Tapi aku nampak saja apa dia buat. Masa orang solat dia sibuk bercerita dan bermain .. bila orang duduk dihujung rakaat akhir barulah dia bersungguh duduk macam kusyuk sangat baca tahiyat bersama! Dah namapun kanak-kanak, lelaki pulak tu kan? macam tu lah gayanya. Kata HeroBesar dia pun macam tu juga dulu. Kemanalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Patutlah dia tak pernah marahkan HeroKecik ... samo yo!!

Esok kita menyambut merdeka yang ke52 tahun. Seantero malaya cuti umum. Aku tak tahu nak cakap apa tentang sambutan merdeka ni tiap-tiap tahun. Yang aku tahu, ramai dikalangan anak-anak muda remaja kita akan menghabiskan waktu berbuat maksiat lah, merempit sana sini, dengan gejala dadahnya, dengan minuman kerasnya!! Merdeka ke kita?

Merdeka!!

Apa pun SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN dari aku. Mari kita merdeka kan jiwa kita dari dijajah ...

Jagalah solat yang 5 waktu, jaga makan minum pastikan sumbernya halal, jaga adab pergaulan bukan ikut suka hati gelak ketawa tanpa ada batas halal haram, jaga pengurusan masa dengan baik, ada waktu untuk bekerja dan ada waktu untuk kemesjid- insyaALlah merdeka lah jiwa. Jiwa yang merdeka mesti prihatin dan peka kepada keadaan orang-orang disekelilingnya yang hidup susah dan melarat bukan seronok sendiri saja.





Ibu sayang dan rindukan Angah n DikWa ...

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali

Memang sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah, dan kepada Dia kita akan dikembalikan. Sesaat pun tidak dicepat dan ditangguhkan ...

Tak kira diusia muda atau pun tua, bila sampai waktunya .. pasti maut datang menjemput .. semua yang disayang milik kita didunia akan ditinggalkan. Seperti kata lirik nasyid Pergi Tak Kembali oleh Rabbani. Penyanyi utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri telah dijemput untuk bertemu Penciptanya pagi tadi. Beliau telah pergi dan tidak akan kembali lagi kedunia ini .. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.



Wednesday, August 12, 2009

Malang tak berbau ...

Ini lah yang aku selalu cakap pada anak-anak aku. Ini lah yang aku maksudkan malang tak berbau ni. Aku memang selalu reluctant saja bila anak-anak minta kebenaran untuk aktiviti macam ni .. tapi macam-macam pulak lah alasan anak-anak aku bila dilarang tu.

Quote :

By Sophie Freeman
Last updated at 11:52 AM on 12th August 2009

Passengers riding on a Blackpool rollercoaster have suffered broken bones, back injuries and whiplash after two of its cars crashed.

A specialist rope rescue team was brought in to rescue 32 people who were stranded 20ft above the ground.

Two of the rollercoaster riders had to be cut out of their seats by firefighters. They both suffered neck injuries.

Big Dipper crash

Collision: More than 30 people had to be rescued from the Big Dipper rollercoaster

Lancashire Fire and Rescue Service said the injured were evacuated from the ride using assorted stretchers, spinal boards and neck collars. One of the victims, a 25-year-old man, is undergoing facial surgery today.

Thousands more visitors to the 44-acre fun park were evacuated as the rescue operation began.

Initial reports into the crash say that one train had suddenly halted 25ft in the air. It was then hit in the rear by the following train which then rolled backwards into a dip.

Martin McKay, 27, of East Kilbride,Scotland was on the ride with one of his children.

He said: 'One car crashed into the other. We were going quite fast at the time, around 30 miles an hour at a guess. '

A spokesman for the service said the 32 'walking wounded' were then ferried to hospital by the ambulance service.

Blackpool rollercoaster

Investigation: The Health and Safety Executive is trying to find out why the two cars on the Big Dipper crashed (file photo)

The Big Dipper, which is 86 years old, is built of wood. Trains reach speeds of up to 50mph on the ride, which lasts two and a half minutes.

The Health and Safety Executive has launched an investigation into the cause of the crash, which happened at 7.45pm last night.

The Big Dipper will not be used again until clearance is given by safety teams.

The fire and rescue officer in charge of the operation, Mark Alderson ,said: 'It is the sort of incident that we do train for and it is fortunate the high-level rescue team were nearby.'

Pleasure Beach company secretary David Cam said: 'Clearly it is very rare that things like this happen.

'As a company, we dedicate ourselves to providing entertainment for thousands of families from around the world.

'Incidents like these are few and far between and our best wishes go to all those involved.'

Source : Mail OnLine


Thursday, July 30, 2009

Jauh dimata dekat dihati ...

Alhamdulillah, DikWa dah selamat sampai ketempat yang dituju. Sekarang cuma masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang serba baru. Negara baru, rumah baru, kawan baru dan suasana pembelajaran pun baru. Sayu dan hiba hati setiap kali aku kenangkan, setiap kali teringat. Meleleh airmata setiap kali nasi nak masuk ke mulut. Bila malam, basah bantal aku dengan lelehan airmata teringat dia sendirian ditempat orang. Lain sangat aku rasakan sekali ini. Mungkin sebab dia anak perempuan bongsu aku .. yang mungkin lebih manja dari kakak-kakaknya yang sebelum ini.

Aku doakan dia dilindungi dan dipermudahkan ALlah dalam segala urusan dia dibumi asing tu. Semoga dia disayangi dan dikasehi oleh manusia-manusia yang takut akan ALlah. Semoga dia digeruni oleh musuh-musuh ALlah. Semoga dia tabah dan redha dalam menghadapi ujian-ujian yang ALlah berikan.

HeroKecik dan Achik

Friday, July 17, 2009

Congratulations DrNadrah ..

Selama tiga minggu (20 June - 11 July) aku berada diEropah. Sebab utama aku kesana tu adalah untuk meraikan anak sulung aku yang menamatkan pengajiannya setelah 6 tahun bertungkus lumus demi segulung ijazah... kalau dah menyelam, terminumlah air!!

Alhamdulillah, Akak dah tamat belajar dan sekarang menunggu waktu untuk mula berbakti. Aku tahu melihat keadaan persekitaran tempat dia menghabiskan waktunya selama 6 tahun tu .. bukan satu perkara yang mudah bagi dia yang sudah terbiasa dalam suasana dia membesar !! Calang-calang orang memang tak akan tahan dengan keadaan begitu. Tapi aku bangga dengan anak sulung aku ni, dia kotakan apa yang dijanjikan nya pada dirinya, pada aku dan HeroBesar. Sekalung TAHNIAH dari ibu ayah!!


Tahniah juga dari aku buat kawan-kawan dia .. mereka saling bantu membantu, menjadi pembakar semangat dalam usaha untuk mencapai impian masing-masing. Semoga bila kalian dah berada diatas, jangan sampai terlupa akan rumput rampai yang kalian pijak hari-hari untuk sampai kepuncak!! Jangan dikejar dunia, nanti akhirat akan berciciran .. kejarlah akhirat, insyaALlah dunia dan seisinya akan menjadi milik kalian!!

Happy Birthday Adik!!

Lama sangat tak menulis, kekok pulak rasanya. Tak ada alasan ... mim alif lam sin!!

Tapi yang ini aku kena rekodkan juga sebab aku nak dia ingat bila dia dah besar panjang nanti .. aku harap blog ni masih ada untuk dia membacanya nanti. He is my HeroKecik ... dia genap 8 tahun hari ni. He is the apple of my eyes .. adanya dia dalam kehidupan aku, buat aku rasa berada di usia muda walaupun dah tua! Mana ketidaknya .. semua kena cepat dan tangkas saja. Anak lelaki seorang ni walaupun dah 8 tahun, tapi masih tak reti-reti nak menguruskan diri sendiri .. aku dan HeroBesar masih memandikan, memakaikan baju .. menyedia dan menyuapkan makanan .. bukan salah dia pun, sememangnya aku yang melayan dia begitu ..


adik nak jadi ustaz sekejap saja, lepas tu adik nak jadi Polis atau Askar!!

"Nak celebrate kat PizzaHut!" katanya ..

"Sure ke .. takmo celebrate kat Yan? .. semalam kita baru makan KFC!" kata aku.

"Nak PizzaHut juga .. taknak kat Yan .." katanya lagi

"Kalau makan kat Yan, ada nasi goreng cili api .. telor dadar." kata aku memancing dengan makanan kegemaran dia.

"Ibu kata ni birthday adik, adik buat pilihan .. so adik pilih PizzaHut lah." katanya lagi.

OKlah .. aku akur. HeroBesar memang tak ada masaalah .. ikut saja kehendak anak teruna kecik nya tu.

Maka berbondong-bondonglah kami - HeroBesar, Aku, Akak, Achik dan HeroKecik pergi ke PizzaHut, diGiant Senawang demi meraikan hari lahir anak bertuah ni yang kedelapan - 17 July.

Aku tahu sangat, HeroKecik ni bukan pamakan sangat orangnya ... selera besar tapi bila dah makanan depan mata .. semua tak habis. Masa buat order .. dia akan order tak ingat! Yang jadi mangsa menghabiskan tentulah HeroBesar .. tak hairan kenapa HeroBesar bertambah besar!

Kehendak HeroKecik ni tak pernah cukup .. lepas satu-satu dia akan minta. Sambil2 jalan nak balik .. dia minta pulak kneepad Chelsea yang dia nampak. Walhal dia memang dah ada MU punya. Dia akan minta pada HeroBesar dulu, kalau tak berjaya dia akan mengarah ke aku .. lepas tu pada kakak-kakak dia dan dia tahu one of us akan mengalah. Akhirnya dapat juga dari Achik as his birthday present! Sebelum tu aku dah belikan set Ben10 - jam dan strip apa kebenda ntah. Akak dah belikan dia HP! serious HP akak dia belikan ... nanti jangan pulak mengeluh bila dia minta top-up kan credit !!

Sebab hari ni hari istiemewa dia, aku dengan HeroBesar pergi hantar dia kesekolah. Biasalah, kalau dihantar tu dia akan demand minta kami hantar sampai depan pintu kelas. So hari ni HeroBesar hantar dia sampai depan kelas ... lepas tu kami berbahagi tugas, HeroBesar pergi setelkan schoolfees dan aku pergi berjumpa guru kelas dia untuk ambil Report Card *terlewat sebab hari tu kami outstation* ...

"Haziq ni tidaklah nakal mana bila dalam kelas, dia tak menganggu atau buat bising bila cikgu mengajar ... cuma mungkin tumpuan dia kurang. Selalu tak dapat nak conclude apa yang dah diajar" kata Teacher Fathiah.

"Dia bercita-cita tinggi, dia nak sangat jadi Ketua Kelas. Waktu pencalunan Ketua Kelas hari tu, DIA CALUNKAN DIRI DIA SENDIRI untuk menjadi Ketua .. walaupun kalau ikutkan dia tak lah cukup kelayakkan. Tapi saya benarkan juga dengan bersyarat." sambung cikgu tu

"Syarat apa cikgu?" aku pulak tanya.

"Dengan syarat dia dapat keputusan yang lebih baiklah dalam semua mata pelajaran daripada kepetusan peperiksaan yang lepas ni ... dan dia bersetuju! So masa hari undian tu dia menang sebab kawan-kawan dia memang menyokong dia" kata cikgu tu.

Aku memang tahu HeroKecik sekarang ni Penolong Ketua Kelas, sebab kecoh dia bercerita pada aku yang dia menang bertanding jawatan tu sebelum aku pergi bercuti hari tu. Tapi dia tak pulak cerita dia calunkan diri sendiri! Hebat juga politik anak aku ni, kecik2 dah pandai jual diri .. alahaiii siapalah yang diikutnya.

Lepas tu barulah Teacher Fathiah bentangkan keputusan peperiksaan Semester Pertama dia ... ambik engkau!!! Failed Teras Islam, failed Sirah, failed Mathematics. Subject lain B dan C saja yang banyak ... A adalah dua tiga ketul!! Aku cuma tersenyum saja .. aku memang dah mengagak pencapaian anak aku. Dia tidak seperti kakak-kakak dia .. semua orang tak akan sama. Aku terima kenyataan tapi aku harus berusaha untuk menjadikan HeroKecik yang terbaik ... insyaAllah.

"Tak apa puan, kata Haziq dia sekarang ni tiap-tiap malam ulangkaji dengan kakak dia tiap-tiap malam." komen teacher ni buat aku nak tergelak pun ada, geram pun ada. Tak apalah ...

Itulah anak aku .. satu-satunya anak lelaki aku, buahati pengarang jantung aku. Harta yang Allah amanahkan pada aku dan HeroBesar untuk menjaga, mendidik dan memberinya kasihsayang sebaik mungkin. Aku doakan dia sentiasa didalam rahmat Allah swt. Semoga dia dipermudahkan dalam semua urusan dunia dan akhirat. Semoga dia menjadi anak yang soleh .. berbakti dan taat pada agamanya, pada ibubapa yang melahir dan yang membesarkannya ..

Happy Birthday adik ... Ayah, ibu, akak, angah dan achik menyayangi adik sepenuh hati kami .. kami nak adik menjadi anak dan adik yang baik yang juga menyayangi kami seadanya .. I LOVE YOU!!

Wednesday, May 20, 2009

Layu ...




Takkan melayu hilang di dunia..
Iya…tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tidak dirasa..



Tuesday, May 12, 2009

Jauh Panggang Dari Api !!







Zamry compares himself to Mandela, Gandhi
By: Clara Chooi

IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, whose nearly three-month tenure as mentri besar was ruled illegitimate by the Kuala Lumpur High Court on Monday, has likened himself to Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

Warning Pakatan Rakyat not to under-estimate him, he said the High Court’s “shocking decision” did not mean he would give up the fight.

“To me, losing the mentri besar post will not reduce my fighting spirit in upholding the truth.

If reinstated Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and his “friends ... assume that the High Court’s decision will dampen my spirit, then they have read me wrong,” he said in a blog entry early Tuesday morning.

He said a person did not need to hold a post in his struggle to uphold the truth, and likened the recent struggles faced by him and his “comrades from the Barisan Nasional” to those endured by politicians like Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

“Nelson Mandela sacrificed his freedom for 27 years in order to free South Africans from the grip of ‘apartheid.’

“Gandhi also sacrificed his life for the sake of India’s independence and so his people would be able to live without caste or religious boundaries,” he said.

Dr Zambry said however that it was lucky for him that his struggles had not caused him physical harm or loss of freedom.

“I only had to withstand the negative perceptions that Nizar and his people have created of me and the Barisan’s image.

“I know it will be hard to change such perceptions for their accusations are all over the Internet,” he said.

He also accused Pakatan Rakyat of being “greedy,” expressing disbelief at Pakatan’s “swift way of moving back into power,” especially the way they had reported to work at the state secretariat at 7:15am Tuesday, saying this was part of their “tyranny.”

Dr Zambry also reiterated that he accepted the High Court’s decision with an open heart and vowed that he would not question it.

“I will not be like the Pakatan which practises ‘selective justice’ by only accepting the decisions that favour themselves and rejecting those that do not,” he said.

Dr Zambry also maintained that the Federal Court’s decision that Speaker V. Sivakumar had no right to suspend him and his six executive councillors still held, although the High Court ruled that Nizar was the rightful mentri besar.

The Star : Tuesday May 12, 2009 MYT 12:47:00 PM


Macam mana pulak dia ni merasakan dia sama macam Mahatma Gandhi dan Nelson Mendela? Dia sedar diri ke tidak ni? Dari segi mana dia merasakan dirinya sebaris dengan Mahatma Ghandi dan Nelson Mendela? Apa yang dia dah perjuangkan sehingga layak untuk merasakan dirinya sama seperti mereka?


Sunday, May 10, 2009

KL (Tower) Revolving Restaurant

We left home after 6:00pm .. we have to start early because its a long drive actually to reach the place.. about an hour. Parking was already full when we arrived, lucky the guard was so kind enough to let us park along the road, leading to the main entrance.

Sampai saja aku suruh HeroBesar pergi check dulu diReservation Counter, betul ke ada reservation for us... bukan tak yakin pada anak-anak tapi sebab semua diuruskan dengan panggilan talipon nun dari Australia. Ada!! dapatkan coupons, so we proceed ke surau *dah azan maghrib* yang besarnya boleh muat 5 orang sekali berdiri. Aku saja yang ada bersama 2 kanak-kanak lain ... habis solat n everything, aku pun ajak HeroBesar naik keRestaurant - hati berdebar-debar sebenarnya .. "awal lagi" kata HeroBesar. Entah sekali ni hati aku berdebar-debar pulak untuk majlis gini, dulu-dulu aku OK saja ... mungkin sebab dah tua agaknya.

Kami terus saja naik .. tunjuk coupons dan waitress ushered us to our place - prebooked! by our angels. Table No.41 *window view*, yes! a table for two ..ambience was wonderful, with live pianist. Restaurant Seri Angkasa is 282 meter above the ground and revolving, it takes more than an hour to make one round and you can see different scenarios while seated and eating. It was a real experience to see KL under your feet at nite .. dilangit bintang berkelipan .. tengok bawah lampu2 berkilauan - spectacular!!

Sebelum bangun ambil makanan, HeroBesar remind aku .. "see the toilet there, nanti bila nak balik sini tengoklah .. sebab tempat bergerak nanti susah cam kan meja kita!" Aku sengeh saja .. orang tua lah katakan ..nanti hilang bearing pulak tu yang kena remind tu ... Lepas ambil makanan aku pun balik lah kemeja kami No 41 tu .. sambil-sambil makan aku cakap kat HeroBesar, "mana toilet tadi?" Dia pun sengeh juga .. fikir sendiri lah mana pergi toilet tu ...

Hidangan cara buffet of local n international spread, ada vegetarians dishes n local fruits, mouth watering cakes varieties, etc...tengok saja aku dah rasa kenyang - banyak! .. aku ni selera orang tua kampung memang akan makan local food sajalah .. tapi aku tahu memang berbaloi kalau makan gaya buffet ni bila dengan HeroBesar sebab selera dia besar *tengok bodylah pulak* .. so kira dia cover untuk aku sekali . Hidangan cara ala-carte pun ada tapi .. rata-rata orang yang datang untuk buffet saja aku nengok ..

Sedang kami syok-syok makan buah2an *dah penghujung actually* sambil cerita pasal anak-anak, tiba-tiba lagu HAPPY BIRTHDAY dinyanyikan secara live dengan iringan piano *pemain piano cum penyanyi*.. and dalam masa yang sama datang lah waiter dengan cake *siap ada lilin lagi* sambil dia menyanyi juga sebelah aku .. "oops! not me, its him!" aku tunjuk kat HeroBesar .. so budak tu letak cake depan HeroBesar dan sambung menyanyi .. orang-orang meja sebelah pun menyanyi sama dan tepuk tangan untuk HeroBesar. Surprise! surprise! aku tengok HeroBesar tersipu-sipu sambil control emotion .. orang ucapkan Happy Birthday pun dia tak jawab ... manalah tidaknya PakHaji sambut birthday macam tu gayanya .. siap tiup lilin pulak!!

Dia renung cake sampai Australia n Ukraine n Seremban sebelum tiup lilin!!

Aku minta waiter tu potong cake into two, half untuk bawa balik for my Awa n HeroKecik yang tak ikut sama .. and separuh aku minta dia potong-potong distribute pada meja sebelah .. after awhile, aku suruh HeroBesar pergil check kat counter tu mana tau kami kena uruskan bill sendiri .. manalah tahu kan. He came back with pulut kuah durian, my favourite tu, hahahaha grand finale for the nite kata HeroBesar!!

We left after 10:00pm, with an experience and wonderful memories we'll never forget! Thank you very much Akak, Angah, Awa n Haziq!! You guys are simply wonderful !! We love you all ..

Happy Birthday to you Beb! semoga panjang umur dalam keimanan, dan di murahkan rezeki yang halal .. dikurniakan kesihatan yang baik. I love you.

p/s : punyalah bersedianya .. sampai hadiah untuk HeroBesar tertinggal .. so beri hadiah bila dah sampai rumah.

Saturday, May 9, 2009

Sultan has no power to remove MB ..

Here is something that have never been broadcast by our local TVs ..




Dr Mahathir Mohamad delivered a blow to Prime Minister Najib Abdul Razak by stating that an elected head of a state government cannot be removed by a sultan.

Instead, the former prime minister said that the elected head of a state government can only be removed by a vote of no-confidence in the legislative assembly.

Friday, May 8, 2009

My Day ...

Ting tong ting tong bunyi loceng pagar .. dalam hati merungut siapa pulak lah datang tengahari ni dan tekan bertalu-talu pulak loceng tu. Tak mungkin HeroKecik dah balik sekolah seawal jam 12:00 tengahari, tapi kalau pun dia selalunya dia tak tekan loceng .. menjerit beri salam saja.

Aku jengok dari tingkap ... ada van florist. Sah-sah dah sesat nak cari rumahlah tu agaknya, kata hati aku. Kawasan aku ni ramai Kaf Lam Ya Nga .. so selalu lah juga florist sesat barat cari rumah nak hantar bunga bila ada yang mati tu. Aku jerit juga suruh cina tu tunggu kejap sementara aku nak buka pintu ..

Yes, can I help you? aku cuba bantulah setakat mampu .. bab nombor jalan dan nombor rumah ni aku blur selalu.

Cina tu terus pergi kat van dia dan keluarkan a bouquet of roses, "this is for you, mem." Tak tanya nama aku pun. Tapi betullah sebab aku nengok ada kad sebesar ini attached kat bunga tu ..


Susah payah anak-anak aku .. meleleh-leleh airmata aku mengadap bunga sendirian. Menangis sebab seronok bila anak-anak bersusah payah menunjukkan kasih sayang dan ingatan mereka.. walaupun masing-masing jauh terpisah beribu batu antara satu sama yang lain, namun hati mereka satu. Masa mereka kecil-kecil dulu pun tak lekang juga hadiah bila tiba harilahir dan hari ibu ni .. hadiah ikut kemampuan mereka masa tu .. tapi yang aku seronok bila mereka berebut-berebut mencium aku !!

Kebetulan 11 May juga adalah hari lahir HeroBesar .. so kami dijemput anak-anak untuk meraikannya di Revolving Restaurant, KL Tower. Another suprise from them.

Akak, angah, achik n adik haziq!! Ibu n ayah gembira dan terharu atas segala usaha dan ingatan kalian adik beradik untuk membahagiakan kami. Our love is unconditional seperti yang selalu ibu cakap.

Terima kasih daun keladi, tahun depan kalau boleh kami nak pergi haji lagi ...

Friday, May 1, 2009

Imperfections ...

Aku selalu marah pada HeroBesar bila dia melepaskan angin tak mengira waktu dan tempat .. bagi aku kurang sopan sungguh. Mentang-mentang dah tua-tua begini dia langsung tak ambil kisah. Bukan perlahan bunyi tu .. sekuatnya, ada masa aku terkejut!!, dan kalau ditegur tu sengaja pulak disambung-sambungnya bunyi. Dia tak perduli aku sedang bercakap dengan dia ke, aku sedang nengok tv ke ... janji dia lepas saja.

HeroBesar aku ni bekerja jauh .. hari-hari berulang alik, driving sendiri dari Seremban ke Kelang. Walaupun dia tak terikat dengan waktu ... kerja ikut suka dia, still memenatkan apalagi dah berumur ni. Kadang-kadang lewat sampai rumah dekat nak maghrib dah ... so bila malam pantang kepala cecah kat bantal saja terus berlagu-lagu dengkurnya. Bayangkan orang yang disebelah .. punya susah pulak nak lena dengar bunyi-bunyian tu .. selalu aku tolak-tolak badan dia nak bagi senyaplah sekejap .... selang tak sampai seminit bunyi lagi .. adoiiiiii

Tapi semenjak aku tertengokk video clip ni, aku insaf ... aku redha lah menerima kentut dan dengkur HeroBesar sementara ada ni ...



"in the end, its these small things that you remember ... little imperfections that make them perfect for you."

Thursday, April 30, 2009

Congratulations Awa ..

Another one is leaving the house soon to further her studies .. dah dapat penempatan dah. Gembiranya hati, Allah saja yang tahu .. dalam gembira tu jauh disudut hati menangis mengenangkan perpisahan .. enam tahun tu. Sejak anak sulung aku keluar negara kenegara Balkan sana ... sejak 6 tahun lepas tak pernah lagi kami sekeluarga lengkap berhari raya. Dua tahun lepas anak kedua aku pulak pergi merantau melanjutkan pelajaran ... bertambah kosong rumah aku. InsyaAllah bulan June ini graduate lah CikNad dan diikuti CikNaj tahun depan .. semoga CikNad dapat posting yang dekat dengan rumah.

Walaupun orang kata, patutnya aku ni dah immune dah sebab bukan yang pertama berpisah dengan anak, this is anak ketiga yang nak keluar negara. Name it anak ketiga ke keempat ke perasaannya tetap sama. Apalagi lah ini yang anak perempuan bongsu .. nak pergi pulak nun keIndia .. Mysore to be exact. Entah dari dulu bila sebut India ni perut aku sebu .. tak tahu kenapa. Ramai saja kawan-kawan kaum India .. bukan bangsa tu yang aku seram .. negara India tu itself.

Apapun aku mendoakan anak-anak aku sentiasa didalam rahmat dan maghfirah Allah sentiasa.


Congratulations
Very well done, dear Awa
You're special through & through.

You've had sucess with flying colours

I'm so very proud of you.

You were once a helpless baby,

But, even then I knew,

You had strength and determination,

To always see you through.


Thursday, April 16, 2009

Pesan orang tua ...

Dulu masa aku kanak-kanak lagi, arwah maklong dan arwah mak selalu pesan "jangan telan biji langsat, biji rambutan, biji rambai. Nanti tumbuh dalam perut, dahan-dahan pokok tu keluar ikut hidung, ikut telinga nanti." Betul lah juga agaknya kejadian tu boleh berlaku ... teruskan membaca ..

Shocked Russian surgeons open up man who thought he had a tumour... to find a FIR TREE inside his lung

By Will Stewart
Last updated at 9:54 AM on 15th April 2009


A fir tree has been found growing inside a man's lung by surgeons who were operating on him for suspected cancer.

The tree, measuring 5cm, was discovered by Russian doctors when they opened up Artyom Sidorkin, 28, to remove what they thought was a tumour.

An X-ray that apparently shows a fir tree growing inside a 28-year-old man's lung. Doctors initially believed it was a tumour

An X-ray that apparently shows a fir tree growing inside a 28-year-old man's lung. Doctors initially believed it was a tumour

Medical staff believe that Mr Sidorkin somehow inhaled a seed, which later sprouted into a small fir tree inside his lung.

The patient had complained of extreme pain in his chest and had been coughing up blood. Doctors were convinced he had cancer.

'We were 100 per cent sure,' said surgeon Vladimir Kamashev from Izhevsk in the Urals. 'We did X-rays and found what looked exactly like a tumour. I had seen hundreds before, so we decided on surgery.'

Artyom SidorkinSurgeons claim this is the fir tree growing inside the man's lung after it was removed

'So relieved it's not cancer': Left, Artyom Sidorkin, who apparently had a fir tree growing in his lung. Right, doctors display the fir tree

Before removing the major part of the man's lung, the surgeon investigated the tissue taken in a biopsy.

'I thought I was hallucinating,' said Dr Kamashev. 'I asked my assistant to have a look: "Come and see this - we've got a fir tree here".

'He nodded in shock. I blinked three times as I was sure I was seeing things.'

They believed the coughing of blood was caused by the tiny pine needles piercing blood capillaries. 'It was very painful. But to be honest I did not feel any foreign object inside me,' said Mr Sidorkin. 'I'm so relieved it's not cancer.'

The report appeared in popular tabloid Komsomolskaya Gazeta, and was picked up by Russian news service Novosti.


Wednesday, April 15, 2009

Semut Selangor

Article dari The Star pagi ni. Tak pernah pulak aku tahu ada spesis macam gini. Apapun hati-hatilah, jangan ambil mudah semua perkara .. kalau ajal dah sampai gigit semut macam ni pun boleh membawa maut.

Boy bitten by ants lands in ICU

BUTTERWORTH: A Remove Class student was admitted to the Seberang Jaya Hospital’s intensive care unit (ICU) after being bitten by poisonous ants at his school compound in Jalan Raja Uda here.

Loh Kean Beng, 13, from SMK Bagan Jaya, was rushed to the hospital after he started vomitting and his limbs began to swell.

Painful encounter: Kean Beng showing where the ants bit him to (from left) school PTA chairman Ang Joo Hong, Soon and Seberang Prai municipal councillor Ngu Lek Wah.

He was discharged after about three hours when his condition stabilised upon being given three injections.

“I was taking shelter from the sweltering heat under two shady trees at about 5.30pm on Monday when I suddenly felt sharp stings on my hand and leg,” Kean Beng said when met at his house yesterday.

“The stung areas felt itchy and after about 30 minutes, I began to feel dizzy and feverish. One of the school staff members then called my father who immediately rushed me to the hospital,” he said.

“My father was then asked to bring specimens of the ant so that the proper antidote could be administered.”

Seberang Prai municipal councillor Soon Lip Chee said the ants, known locally as semut selangor (tetraponera rufonigra), could be found on dry tree trunks and branches in tropical countries, especially South-East Asia.

He said a few ant species were capable of painful stings but not all were known to pose a serious danger to human health.

What the ‘semut selangor’ looks like.

Yesterday, he said, a special squad from the council used pesticides to destroy the ants on the trees in the school.

He added that he would write to the state Town and Country Planning Department to take precautionary measures by chopping down dry tree trunks and branches to prevent them from becoming breeding areas for the ants.

Soon said the public was advised to contact the squad (tel: 04-540-2550/51) if they had any problems with such ants.


Sunday, April 12, 2009

Biarlah "Busy Body"

HeroBesar balik dari mesyuarat AJK surau ditempat kami bawa dua berita yang tidak sedap didengar ini .. ianya berita yang tidak bermoral, mungkin biasa-biasa saja pada orang ramai tetapi amat memedihkan hati aku mendengarnya. Betapa sekarang ini dunia memang menuju kehancurannya:

1. Ada beberapa peralatan surau dicuri orang .. microfon, radio, frame yang tergantung kat dinding (Allah n Muhammad saw) tu pun diambilnya .. hitam sungguh hati manusia yang mencuri tu ..

2. Minggu lepas ada dua pasangan muda mudi ditangkap sedang berkhalwat dikawasan kami .. atas tips yang diberi oleh rakan serumah mereka yang sudah tak tahan dengan kerenah mereka membawa pulang GFs, maka ustaz dan ahlinya pergi serbu rumah tersebut .. maka tertangkaplah dua pasangan itu.

Tak lama dulu dah ada juga ditangkap dua pasangan muda dikawasan aku ni .. yang lelaki-lelaki tu dah bekerja di kilang .. pasangannya budak-budak sekolah lingkungan 16 - 17 tahun. Pagi-pagi pakai baju sekolah lengkap bertudung .. naik motor sendiri *mungkin mak pak mereka nak mudah, belikan motor untuk pergi balik sekolah* instead of pergi sekolah terus kerumah budak-budak bujang. Kebetulan kawan aku ni nampak budak-budak perempuan tu menyorong motor masuk terus kerumah bujang .. terus dipanggilkan ustaz, Jabatan Agama Islam dan Polis. Maka selamatlah mereka hari tu .. memang sedang in action masa ditangkap!!

Siapa yang hendak dipertanggungjawabkan dalam perkara-perkara seperti diatas? Bagi aku masyarakat sekeliling bertanggungjawab besar dalam membenteras kejadian-kejadian seperti diatas. Kita tidak boleh hidup seperti Enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing saja. Bila bala diturunkan, dia tak memilih rumah mana, kejiranan mana .. kawasan siapa .. semuanya akan mendapat akibatnya. Kita perlu menjadi busy body .. jaga tepi kain kejiranan kita. Apa yang kita tak dibenarkan ialah membawa mulut menceritakan keburukan orang, memfitnah orang ... tapi sekiranya ia demi kebaikkan bersama, by all mean kita harus melakukannya bersama.

Contoh satu lagi, lately aku telah membenarkan HeroKecik pergi bermain bola di padang berhampiran tanpa pengawasan aku. Syaratnya .. keluar rumah pukul 6 petang dan pukul 7 petang mesti dah sampai rumah semula. So far so good ... yang tak baiknya dua tiga hari ni dia dah mula bercerita tentang abang-abang yang bermain bersama tu ..

"abang-abang tu hisap rokoklah ibu"
Wah !! terus aku buka kitab memberi amaran, jangan sampai aku dan ayahnya tahu dia mendekati abang-abang tu masa mereka sedang hidap rokok tu. Siap aku akan grounded dia nanti ...

"ramai kawan-kawan adik pun cuba sama, sampai terbatuk-batuk" Aduhai apa nak jadi dengan anak-anak ni? .. Abang-abang yang dimaksudkan tu adalah pelajar sekolah rendah .. darjah lima dan enam kebanyakkannya... dan abang-abang yang dimaksudkan tu adalah anak-anak kejiranan aku juga. Berputar kepala aku memikirkan bagaimana harus aku lakukan untuk memastikan HeroKecik ni tidak mudah terpengaruh ...

Aku panggil HeroKecik duduk melayari internet dengan aku dan tunjukkan gambar paru-paru manusia yang rosak, tunjukkan rupa gigi yang buruk warna kuning /hitam. Bila dia bertanya kenapa boleh jadi begitu dan dia nampak takut juga .. aku pun slowly masuk daun cerita sebab-sebabnya .. dia nampak insaf lah. Tapi tak tahulah cara aku ni betul ke tidak ... aku sebutkan juga sikit-sikit apa pandangan ustaz aku tentang orang yang hisap rokok ni.

Aku dan HeroBesar selalu berpesan pada kawan-kawan ... yang beranaknya kami, tapi kami memerlukan mereka semua untuk menjadi mata dan telinga kami, sama-sama mendidik dan menegur anak-anak kami seandainya mereka terjumpa, terserempak dimana-mana tempat dan dirasakan berbuat perkara yang tak sepatutnya. Kami selalu berpesan, janganlah ada rasa segan or nak cover line untuk anak-anak kami ... beritahu saja pada kami, pahit manisnya, insyaAllah kami terima.

Memang tidak ada mak bapak yang mendidik anak-anak jadi jahat, melanggar hukum hakam .. semua mak bapak hendakkan yang terbaik. Mendoakan anak-anak dilindungi dari segala keburukan ... tapi dalam pada itu, pengaruh persekitaran amatlah menduga ... sedangkan kita pantau dan ikuti pergerakkan mereka pun kita selalu terlepas pandang .. inikan pula yang diberi kebebasan 100% untuk menjana hidup sendiri-sendiri ... aku paling tak senang bila ada ibu bapa bila kita beritahu tentang anak-anak mereka, jawapannya "biasalah anak-anak lagi, mereka masih muda, nanti dah berumur sikit tahulah mereka buruk baiknya."

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan ... kesalnya sepanjang hayat!!

Pesan aku pada anak-anak; ibu ayah dah beri segala didikan yang kami termampu untuk kamu sekelian menjalani hidup sesempurna mungkin didunia dan akhirat .. jagalah diri masing-masing, keturunan masing-masing janganlah kami dipersoalkan lagi diakhirat nanti ...

Wednesday, April 8, 2009

Itu lah dia ...


Apa nak di kato lagi? Semuanya serba tak kena ... macam-macam dah cakap, macam-macam dah buat ... dari secupak dah jadi segantang. Orang tetap juga memilih dia untuk menjadi wakil, untuk menjadi ketua .. Tahniah YB!! Aku yang bukan rakyat Perak ni pun tumpang gembira sama ...

Kato orang minang : Alam takambang jadi guru !! - yang maksudnya tengok/dengar sekeliling dan jadikan pengajaran.

Thursday, April 2, 2009

Fire Ball !!

Baru-baru ni aku ada bebel kat blog ni tentang kemalangan yang boleh berlaku diPetrol Station akibat kecuaian sendiri. Silalah baca seterusnya ..

By Mail Foreign Service
Last updated at 2:39 PM on 01st April 2009

Perhaps he thought the warning to never spark a match at a petrol station was just an urban myth.

But this man certainly learnt his lesson when he apparently tried to light a cigarette - and nearly lost his life.

He had just purchased a package of cigarettes at a petrol station in Arizona as his friend pumped petrol into their SUV.

Enlarge CCTV footage shows the man approaching his friend, pumping petrol into the car

CCTV footage shows the man approaching his friend, pumping petrol into the car...

Enlarge The man tries to light a cigarette - and sparks an explosion

The man tries to light a cigarette - and sparks an explosion...

Enlarge The explosion engulfs the vehicle as the driver backs away

The explosion engulfs the vehicle as the driver backs away

It is believed that the unnamed man then made the nearly-fatal mistake of trying to light a cigarette while standing next to his friend - still pumping the highly flammable gas into the car.

What happened next was caught on a surveillance camera at the petrol station in Chandler, Arizona.

A massive explosion engulfed the hapless man in flames, leaving him flailing about in terror until a quick-thinking petrol station employee managed to douse him in water.

See video of the explosion here

The surveillance video shows the driver of the SUV leaping away - then rushing back to the fire to rescue a baby in the back seat of the car.

A shocked woman can also be seen scrambling from the car to safety.

Another man in the SUV 'said his friend was just messing around, and evidently struck a match, and that's when everything blew up,' Phillip Butler, general manager at the Chevron petrol station told local media.

The man - who was apparently on leave from serving with the U.S. armed forces in Iraq - suffered burns to 20 per cent of his body, his mother said.

Enlarge The victim flails about in flames until a quick-thinking employee turned a water hose on him

The victim flails about in flames until a quick-thinking employee turned a water hose on him

Enlarge fire

The victim runs in terror

Cashier Benjamin Gonzalez told media that as soon as he saw the fire, he ran out, pulled the nozzle out of the pump and doused the whole thing with water.

'By the time I got there, the guy was on fire, running around all crazy,' said Gonzales - who was on his first week on the job.

'I didn't want the whole thing going on fire, don't want an explosion in here, you know,' said Gonzalez.

'Thank God they pulled the kid out in time,' said Vanessa Nuno, a petrol station employee who witnessed the incident.

No one else was seriously hurt.

Employees said the incident underscores the dangers of gasoline. Even fumes can catch fire.

'One spark, that's enough to blow up everything,' said Gonzalez.

Saturday, March 21, 2009

Cendol



Dalam perjalanan balik dari makan tengahari tadi, aku ajak HeroBesar melencong ke Jalan Tampin-Rembau untuk menjamu selera dengan Cendol Leman Dawi yang memang dah terkenal se Malaya tu. Kalau tak silap aku sudah dua kali dia muncul di TV3 dalam Program Majalah 3.

Sampai saja kami tengok penuh sesak, tempat parking tak ada .. mujur ada kereta keluar sebaik kami sampai. Tempat duduk pun penuh .. tapi sebab dah lama aku tak pekena Cendol dia sejak dia berpindah lokasi perniagaan kepada yang lebih baik .. aku bertahan juga beratur. Akhirnya dapatlah cendol tapi meja kosong pulak tak ada ... dapat duduk saja. Pada aku cendol dia sama saja rasa dengan cendol-cendol orang lain .. tapi kelebihan cara dia penarik pelanggan tidak ada tandingannya ...

1. Kebersihan peralatan memang terjaga - semua pinggan mangkuk/sudu direbus setiap selepas digunakan.

2. Boleh tambah cendol secara percuma - tersedia di setiap meja, cendol+santan, gula dan ice .. tambahlah sampai kenyang. Memang dia pemurah dan tidak berkira .. di bulan Ramadhan, akan di adakan satu atau dua hari khas untuk Cendol Percuma, sesiapa saja yang lalu dan singgah akan dapat lah sebungkus seorang.

3. Disediakan Air Bali panas percuma - layan diri, minum seberapa banyak dan boleh bawa balik kalau nak .. plastic disediakan.

4. Leman Dawi sendiri menyambut kedatangan .. dia sentiasa melayani pelanggan dengan fakta-fakta sejarah tentang Malaysia. Ayat seperti "Selamat Datang Perwira Negara .. jemput duduk akan dilayan dengan segera!" atau "Tu dia serikandi kita, jangan malu-malu nak cendol apa - pulut, jagung, kacang .. minta saja!" sambil itu dia akan menyelitkan juga fakta-fakta tentang keluasan Negeri -negeri diMalaysia dan bentuk rupabuminya dll .. kebetulan kalau ada nurses yang singgah dia akan bercakap pulak tentang Florence Nightingale contohnya. Aku kagum dengan pengetahuan am nya ..



Yang bertopi beret merah tu lah Encik Leman Dawi sedang bercerita dan menghiburkan hati pelanggan dengan yakin dan gaya tersendiri .. Manifesto Cendol Leman Dawi - Politik tak main!!





Kalau berhajat nak makan Cendol Leman Dawi, datanglah seawal jam 11 pagi .. biasanya jam 3 petang Cendoi dah habis ... dan kita akan nampak Leman Dawi berdiri atas kerusi tepi jalan sambil mengibarkan bendera yang bertulis .. Minta Maaf, Cendol Habis!!

Aku pernah rengan mulut bertanya anggaran jualan dia sehari, tanpa berselindung dia kata .. tak kurang dari 3000 mangkuk. Dan kalau cendol biasa semangkuk harganya cuma RM1.00.

Itulah rezeki ALlah untuk dia dan dikongsikannya bersama orang ramai. Seperti janji ALlah, apabila mati seorang anak adam itu Buku Amalan nya akan di tutup, tak dapat ditambah lagi kecuali kepada tiga perkara :

1. Ilmu pengetahun baik yang telah diajarkan kepada orang lain, yang diguna pakai untuk jalan kebaikan.

2. Harta kekayaan yang telah digunakan dijalan Allah... dan berterusan digunakan untuk jalan ALlah seperti pembenaan sekolah agama, mesjid dll.

3. Anak-anak, isteri-isteri, yang solihin/solehah yang sentiasa membuat kebaikan dan mendoakannya ..

Rezeki itu pemberian Allah, kita cuma perlu berusaha dan bersyukur akan nikmatNya.

Wednesday, March 18, 2009

Balik kampung ..


Hari minggu baru ni setelah sekian lama, aku balik kampung menghadhiri walimatulurus salah seorang saudara. Sayu hati melihat tempat aku dibesarkan dulu. Berubah dah kampung aku .. semacam dah tak ada serinya lagi... tidak meriah seperti zaman kanak-kanak aku dulu.

Rumah-rumah kampung dah banyak yang tidak didiami. Penghuni jenerasi mudanya sudah membawa haluan masing-masing. Ramai yang berpindah kebandar mencari rezeki. Orang-orang tua-tua kampung dah banyak yang pergi menyahut seruan Ilahi. Yang tinggal cuma beberapa kerat saja .. menunggu giliran untuk kesana juga.

Sungainya semakin mengecil bukan macam zaman kanak-kanak aku dulu. Sungai itulah punca segalanya, airnya deras dan banyak .. mandi, mencuci pakaian, malahan sumber air untuk minum dan masak memasak pun dari sungai tu. Teringat dulu, salah saorang dari sepupu aku pernah dihanyutkan air sungai .. masa tu dia kecil lagi lebih kurang umur 2 tahun. Kami yang besar-besar sibuk mandi manda sampai terlupa dia yang ditinggalkan ditebing. Sedarnya bila pakcik aku datang bawa kayu nak belasah kami. Orang dah jumpa sepupu aku yang hanyut dan hantar pulang kerumah. Mujur umurnya masih panjang .. Sekarang sungai dikampung aku sudah tak sesuai untuk semua tu ..

Sawah pun dah tak dikerjakan lagi. Dah tak ada orang yang nak mengerjakan sawah macam dulu-dulu. Sawah sentiasa menghijau dizaman aku kanak-kanak sehingga remaja. Cantik pandangan bila waktu padi masak ... menguning. Balik dari sekolah selepas makan tengahari, kesawah lah aku menolong mak. Semua proses aku buat, dari menanam padi, merumput sampai lah ke memotong padi bila dah masak. Kami tak pernah beli beras sepanjang aku ingat ... semua hasil kerja sendiri disawah. Sekarang semua tu tak ada dah .. anak-anak sekarang padi pun tak kenal, cuma tahu beras saja.

Terasa aku dah tua .. dah memang tua pun!!

Thursday, March 12, 2009

Sendiri mau ingat ...

Tiap-tiap hari bersekolah aku akan keluar rumah seawal 7:00am hantar HeroKecik ke rumah orang yang dia tumpang untuk kesekolah tu. Tapi hari ni HeroBesar pun ikut sama sebab nak tumpang sampai Railway Station, malas nak drive sendiri lah tu nak naik commuter saja. Dalam perjalanan kami singgah lah Petrol Station isi minyak.

While HeroBesar keluar mengisi minyak, aku duk observe lah orang-orang yang singgah di stesyen tu juga. Sibuk juga stesyen tu. Macam-macam perangai manusia dipagi hari camni .. buat aku geram dan membebel dalam hati bila melihat ketidak bertanggung jawapan mereka. Rules yang begitu simple pun tak boleh nak ikut. Dah sah-sah terpampang kat setiap kiosk tu papan tanda keselamatan :

MATIkan engine kereta
MATIkan telefon bimbit
JANGAN merokok

Bagi yang buta huruf siap ada LOGO/gambar lagi ... sekali tengok saja dah faham dah.
Tapi masih juga ada yang tak ambil endah semua diatas. Kalau kanak-kanak tak ikut peraturan pandai pulak kita orang-orang dewasa ni duk marah-marah. Tapi bila yang dah tua bangka tak ikut .. siapalah agaknya yang nak marah?

Penting sangat ke nak menalipon or berSMS or baca emails waktu mengisi minyak tu? Dia sajalah yang sibuk .. yang mementingkan masa. Tak boleh ke tunggu sampai selesai minyak diisi? Bukan sampai setengah jam masa menunggu tu pun .. tolonglah, orang lain pun sibuk juga. Tapi utamakan lah keselamatan diri dan orang lain!!

Sambil merokok isi petrol .. siap menyanyi-nyanyi lagi tu. Aku seram nengok rokok yang bergerak-gerak dibibir dia tu. Kalaulah terjatuh dan terkena pada minyak/hose tu ... Kalau dia saja yang terbakar, yang melecur, lantak dia lah ... sendiri yang degil, tapi ramai orang lain lagi ada disitu. Padamkan lah dulu rokok tu Encik oooi ..

Ada satu van sekolah tu pulak, penuh dengan kanak-kanak, mana suara kanak-kanak, mana bunyi radio yang kuat dipasangnya ... berhenti isi minyak engine pun tak dimatikan .. nak cepat sangatlah kunun tu. Bayangkan kalau malang nak berlaku atas sebab kecuaian tu. Nauzubillah .. tak sanggup aku nak membayangkan.

Sudah banyak peringatan diberi .. sudah banyak cerita-cerita kemalangan diStesyen Minyak ni diwar-warkan. Mereka-mereka tidak membaca ke? Mereka-mereka ni tidak mendengar ke? Atau pun mereka-mereka ni memang tak ada perasaan? Nak kata pentingkan diri sendiri pun tidak juga .. sebab keselamatan sendiri pun mereka-mereka tak kisah.

Mungkin orang lain anggap perkara ni remeh saja. Tak kena lagi, anggaplah remeh. Tak kena dibatang hidung sendiri lagi, anggaplah remeh. We cant take things for granted, life is short dont make it any shorter ...beringatlah sebelum kena, cegahlah sebelum parah.

Monday, March 9, 2009

MencintaiNya ...



Mencintai Nabi Muhammad saw tidaklah semudah macam mencintai ayah ibu, tidak seperti mencintai keluarga .. tidak sama langsung seperti mencintai pasangan kita. Untuk mencintai Nabi Muhammada saw memerlukan pengorbanan yang sangat luar biasa. Dan cinta kepada Nabi Muhammad saw tidak akan datang kalau kita tidak dulu belajar mengenali Baginda, kalau kita tidak dulu mengetahui tingkah laku dan seluruh pengorbanan Baginda untuk kita.

Teringat aku cerita seorang ulamak, Sheikh Nuruddin dari Indonesia dalam salah satu kuliahnya mengenai cintakan Nabi Muhammad saw, lebih kurang katanya *yang dapat aku ingatlah* ..
Nabi Muhammad saw pernah didatangi seorang perempuan yang mengatakan dia ingin mencintai Nabi Muhammad saw seikhlas hatinya. Bila mendengar keinginannya, Baginda Nabi saw menjawab dengan menyoal semula perempuan tu .. "apakah sudah kau fikirkan sehabis-habisnya? bila kau mencintai aku .. kau akan didatangkan dengan bermacam-macam dugaan. Dan ujian-ujian yang datang tu macam air bah!" Sabda Nabi Muhammad saw.

Memang bukan perkara mudah. Aku masih merangkak-rangkak untuk sampai ketahap mencintai Nabi Muhammad saw .. mencintai Baginda bermakna mencintai ALlah jugak. Aku tanyakan pada diri aku .. sampai mana dah aku ni mencintai Nabi Muhammad saw?

"YaALlah ... kurniakanlah aku kekuatan dan keikhlasan untuk mencintai Rasul Mu dan mencintai Mu supaya senang aku mengerjakan perintahMu dan menjauhi segala laranganMu."




Wajah-wajah yang menyayangi Nabi Muhammad saw .. sanggup tidor lewat semata-mata menemani ibu-ibu mereka mendengar ceramah MaulidurRasul malam tadi di Surau AnNur Fasa II.

Salam MaulidurRasul 12 Rabiul Awal 1430H untuk semua.