Saturday, January 31, 2009

Adik menang ..

Jam menunjukkan 8:15 pagi semasa kami sampai ke kawasan letak kereta SMTTJ. Dari jauh aku dah dengar muzik yang selalu dimainkan sewaktu perbarisan sekolah berlangsung dihari sukan tu ..

"Ibu, orang dah mula lah. Kan lambat dah adik ni." siHeroKecik menyuarakan rasa tak puas hatinya. Aku rasa bersalah sangat sebab memang dia dah beriya pesan supaya tak kelewatan. Yang menjadikan lewat sebab kami singgah breakfast dulu dikedai.

"Tak apa dik, nanti ibu hantar adik masuk barisan tu. Lagipun baguslah adik tak payah jalan pusing padang .. penat jer nanti adik nak lari kan?" janji aku untuk menenang dan menyedapkan hati HeroKecik. Dia diam saja. Dia memang sangat teruja menunggu hari ni. Hari Sukan sekolah dia.

Sampai saja kepadang aku terus berusaha untuk menyelitkan HeroKecik kedalam perbarisan untuk Rumah Khalid Al Walid. Sempat juga lah dia buat satu formation lagi bersama-sama rakan dia ... selamat aku!!

HeroKecik kecik ambil 2 bahagian .. susun tin dan baling bola dalam bakul. Hebat juga lah HeroKecik kali ni .. dia tak buat blunder. Dia melakukannya dengan baik sekali. Dua-dua bahagian tu pasukan dia dapat tempat pertama. Tak macam tahun lepas berlari sambil menengok aku... satu pun tak menang. All in all, Rumah Pasukan Khalid alWalid menjadi juara tahun ini.

Kami tak menunggu sampai semua acara habis. Sebaik habis acara-acara yang HeroKecik ambil bahagian kami pun balik. Hadiah-hadiah yang HeroKecik menang tu semua akan diambil disekolah hari Isnin nanti.

Sebagai ganjarannya .. kami meraikan kejayaannya di AnW. Dan lebih seronok lagi dia dapat hadiah dari CikGlamer bag sekolah jenama Ben10 .. mahal bag tu!!

Tahniah adik !!

Lagak HeroKecik bila bersama kawan-kawan ...

AauMMmmm

Anak Ayah
HeroKecik, Bella n Mama Bella

HeroKecik, Adlin n Mama Adlin


Icecream .. yYumMmy

Hadiah dari CikGlamer - RM80 tuuUuu

Friday, January 30, 2009

Sesat lagi menyesatkan ..

Aku sembang-sembang dengan kawan-kawan pasal dakyah Kristian yang begitu menular dikalangan anak-anak muda melayu sekarang ni. Kami berbincang bagaimana mudah sangat anak-anak muda melayu sekarang ni terpengaruh dengan dakwah pendokong-pendokong Kristian ni .. rapuh sungguh keimanan terhadap Islam itu.

Adakah sebab :
1. Kurang didikan/penekanan agama Islam yang dibekalkan olih ibu bapa
2. Kurang didikan/penekanan agama Islam semasa disekolah
3. Kurang keberkesanan ka dakwah or cara penyampaian ustaz/ustazah
3. Kurang prihatin masyarakat Islam dalam memantau masyarakat kita
4. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berleluasa
5. Kebebasan yang ibu bapa beri pada anak-anak merika

Kalau di senaraikan memang berjela-jela boleh dapat. Setakat nak menudingkan jari mencari kesalahan orang lain bukan lah susah sangat .. tapi biar aku cermin diri aku sendiri... memang terlalu sedikit yang mampu aku lakukan untuk menegakkan syiar mu ya ALlah ..

Aku berharap anak-anak aku yang sudah memang sekarang ni mencecah umur berumahtangga akan mampu memikul tanggungjawab yang terbaik terhadap keturunan aku yang akan datang ... insyaALlah. Dari alam tadika sudah aku masukkan ke tadika yang berteraskan Islam, sekolah rendah mereka disekolah agama .. sekolah menengahnya juga disekolah aliran agama. Makanan dan pakaiannya semampu mungkin aku jaga supaya tidak melanggar hukum dan syarak ..
Semua ini semoga bila aku disoal siasat didepan Rabbul Jalil nanti, bagaimana aku mendidik dan mengajar anak-anak aku untuk menjadi hamba DIA .. aku dapat menjawab dengan lancar dan ada bukti dapat aku tunjukkan padaNya. Supaya nanti anak-anak aku tidak menudingkan jari merika mengatakan aku yang tidak memberi didikan .. teguran .. larangan pada mereka. InsyaALlah.

Lihatlah dibawah ini .. aku paparkan untuk tatapan umum .. sebuah komik dalam Bahasa Melayu yang mudah didapati dikedai-kedai buku, murah harganya .. cantik lukisannya yang berwarna warni. Sekiranya ibubapa atau penjaga tidak prihatin isi kandungannya ... kemusnahan akidah akibatnya.





Thursday, January 29, 2009

Harta itu ujian


Lama sungguh aku tak balik kampung. Terbit juga rindu sesekali, teringat dulu masa kanak-kanak mandi sungai, berlari dibatas sawah .... dan bila rindu itu menerjah .. terasa titisan panas mengalir dipipi. Semua tu tinggal kenangan ...

Entah kenapa sejak emak meninggal aku dah tak ada hati nak balik kampung. Lagi pun bukan ada siapa-siapa dah dikampung tu .. yang ada cuma saudara-saudara jauh saja. Rumah yang mak tinggalkan pun dah hampir roboh .. pokok-pokok buah seperti kelapa, rambutan, langsat dan durian masih mengeluarkan hasil tapi dipungut orang lain. Aku tak kisah .. aku niatkan sedekah bagi pihak arwah mak.

Aku merajuk hati. Sebelum emak meninggal dunia, tanah belakang .....tanah tapak rumah, tanah sawah dah mak pindahmilikkan kepada aku. Aku ingat lagi mak beritahu aku .. jangan kemana-mana bila dia tak ada, "tunggu kampung ni." Mak buat macam tu sebab dia tahu, bila dia dah tak ada nanti memang susah lah aku, sebab aku kan cuma anak angkat ... dan mak memang faham sangat akan kerenah anak saudara dia.

Memang betul tekaan mak, tak lama lepas mak meninggal dah ada orang yang datang berjumpa aku dalam nada memujuk .. mengatakan aku sebenarnya tak berhak penuh untuk tanah arwah mak , apa yang aku dapat tu sekadar ihsan sebagai tanda kerana telah dibesarkan disitu.

"kau ambillah tapak rumah sekarang saja, yang belakang tu nak diberikan pada si polan" katanya orang itu.

"tanah sawah tu pun sebenarnya kau tak berhak dapat tu, tapi tak apalah, kau setuju sajalah dulu untuk transfer nama nanti kita tengoklah macamana." sambungnya.

Aku tak banyak bersuara, "akak buatlah apa yang akak rasa betul dan terbaik." itu saja yang mampu aku lafazkan. Aku rasa terhina sebenarnya .. tapi aku tak pertakaikan kehendak orang tu sebab aku tak mahu menyusahkan arwah mak di alam sana ... aku akur saja kehendak orang tu.

Sehingga hari ini, dah empat tahun lebih mak meninggal ... aku tak tahu apa status tanah peninggalan arwah mak tu .. aku tak pernah bertanya; dah berjaya ke dia menukarkan hakmilik tanah? Lebar mana yang dia ambil .. kawasan depan ke belakang? Katanya dulu ada Orang Besar kampung tu yang menasihat dan membantu menguruskan segala. Bagi aku biarlah dia ambil .. mana yang tinggal nanti hak aku .. kalau ada, kalau tak ada pun aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang.

Alhamdulillah, setakat hari ni apa yang aku ada sudah lebih dari mencukupi untuk aku meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari redha ALlah swt. Aku punya suami yang bertanggungjawab sepenuhnya pada diri aku, dan anak-anak yang ALlah anugerahkan pada aku tu adalah harta yang paling bernilai ..

Benarlah seperti Firman ALlah swt dalam Surah AlTaghabun ayat 15 : Harta dan anak-anak itu hanyalah ujian bagi manusia, disisi ALlah itulah pahala yang paling besar.

Wednesday, January 28, 2009

Boikot ker?

Aku rimas lah jugak kekadang bila orang-orang disekeliling aku bercakap berdegar-degar tentang boikot Israel .. boikot products America .. boikot segala benda yang menyumbang kepada Israel. Cakap bukan mainlah hebat .. tapi bila aku amat-amati cara dan gaya .. tindak tanduk tak lah pulak seperti apa yang dikata. Bak kata pepatah tu : Cakap tak serupa bikin ...

Aku malas sebenarnya nak menegur dah, sebab nanti ada hati-hati yang akan terguris, yang akan mengeluarkan ayat-ayat yang mana aku sendiri melopong tak tahu nak menangkis ... kalau pun tahu menangkis, tapi aku malas sebab aku lebih suka diam dari banyak berkata-kata sebab selalunya penyampaian aku tak sempat habis or tergantung-gantung sebab banyak gangguan luaran yang lebih enak dan sedap di dengar dari suara sumbang aku. Dah macam ayat skema pulak ni ...

Aku suka pandangan/pendapat FaizalTehrani tentang BOIKOT ni ... realistik pada pandangan aku yang tak banyak ilmu ini ...


Quote:
Jika anda bercakap tentang hasrat untuk memboikot Amerika dan Yahudi, anda harus bermula dengan televisyen di rumah anda. Atau pilihan sinema anda. Mungkin, anda tergiur dengan plot filem Hollywood yang penuh aksi, atau terkesima dengan Kate Winslet melondehkan kembannya, barangkali ada gadis di luar sana terkecur liur dengan Brad Pitt, argh di belakang mereka ada Yahudi.

Bagaimana menikmat hasil seni dari Hollywood dengan wajah anak Gaza kepalanya putus dibom Israel, atau bagaimana berasa seronok menyaksikan American Idol jika terkenangkan kanak-kanak di Jabilya yang disembur fosforus putih yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

Kerana itu semua usaha boikot Amerika dan zionis meskipun amat kita sanjungi dan hormati hasratnya adalah diketahui merepek dan menjadi bahan ketawa. Malah, ada seorang tokoh gerakan Islam kita mengakui dalam lidah rasmi partinya yang beliau amat menggemari menonton wrestling, lebih bedebub mereka berlawan lebih berdebab jantungnya yang lemah itu berdegup.
:Unquote.


Sebenarnya dah lama aku nak cakap pasal TV ni ... pasal movies ni semua. Alhamdulillah ALlah ketemukan aku dengan blog dia ni .. so kira renganlah sikit bahu aku dalam bab TV n movies.

Kudos to FT dalam ulasan tentang boikot yang sangkut paut dgn Israel ...

Tuesday, January 27, 2009

Pulut Kuning+Rendang Daging

Dari pagi tadi (around 11:00am sampai 3:00pm) duk kat dapur .. bayangkan lah yang dingin-dingin ... yang nak dimasak cuma tiga perkara: Pulut Kuning, Rendang Daging dan Sambal Tumis. 




Pertama kali dalam hidup aku buat pulut kuning!! sukses!! tak sempat nak ambik gambar pun .. dah selesai semua. Kalau kawan-kawan aku dengar ni mesti jadi bahan lah aku ..

Reason aku beriyos sangat buat pulut kuning hari ni adalah kerana CikGlamer akan balik dari Lumut selepas seminggu ber OBS - OutBoundStudent (Petronas). So kira macam menyambut dia balik lah .. Aku juga masak rendang daging dan sambal tumis untuk dimakan bersama pulut kuning tu.

Aku masak bukan untuk CikGlamer saja .. aku masak untuk buat bekal dalam perjalanan balik anak muda yang susah payah hantar CikGlamer balik tu. Orang berbudi kita berbahasa .. bukan dekat dari Lumut ke Seremban dan balik ke Telok Intan. Semoga dia sampai ke destinasi dengan selamat.

Sunday, January 25, 2009

Gong Xi Fa Cai !!



Mama & Papa
AhYen & Family
AhFah & Family
FaChai & Family
Joseph & Family
Susan & Family

I love you all the same.

Friday, January 23, 2009

Mari tandatangan ..

Dalam aku meronda-ronda ke blog orang lain tu, aku terjumpa lah seruan untuk menandatangani The Petition to Investigate War Crimes in Gaza. Aku tak pastilah siapa yang initiate kan petition ni. Kalau nak lebih sohih silalah lawat ke blog TalkOnly. Yang pastinya aku tanpa segan silu telah menandatangani untuk diri aku dan untuk HeroBesar *dengan izin dia* .. dan aku harap sedikit yang aku lakukan ini ada nilai disisi ALlah swt. Dan semoga tak terlewatlah aku menyeru anak-anak aku dan siapa saja yang buat lawatan keblog aku untuk sama-sama menandatangani.

Sebenarnya ada bermacam-macam cara orang menyumbang, ada yang sanggup pergi sendiri ke Palestine, ada yang memberikan harta benda, ada yang memboikot membeli dan menggunakan barangan yang hasilnya disalurkan keIsrael, ada yang menadahkan tangan memohon doa dari ALlah ... semuanya mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang menyumbang dengan menciptakan lagu-lagu yang memberikan semangat untuk rakyat Palestine.

CikKewl dah letak lagu ni kat blog dia, aku pun nak letak juga ..



We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight

Saturday, January 17, 2009

Bling bling!!

Hari ni pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah. Alang-alang kami nak membeli barangan dapur, kami bersarapan diluar saja. Selalunya memang kami membeli barangan dipasaraya Gergasi. Dan kami suka pergi pagi-pagi untuk mengelakkan kesesakan waktu membayar dikaunter nanti. Hari ni kami mengambil masa yang lebih sikit memilih barangan sebab tak mahu terbeli barangan yang tersenarai sebagai memberi sokongan kepada Israel. Selesai memilih semua yang diperlukan, aku beritahu HeroBesar yang aku akan menunggu dia diluar saja sementara dia membuat bayaran.


"Puan, marilah tengok ... yang ni baru saja sampai khas untuk tahun baru Cina." panggil jurujual tu. Aku memang nak duduk sebenarnya sebab dah penat berjalan. Alang-alang aku nak tumpang duduk, aku tengoklah sekali barang-barang yang dipamerkan. Berpinau-pinau mata menengok .. aku tak ada tujuan nak membeli, sekadar mencuba-cuba saja. Cabut satu, pakai satu lagi .. belek jari lagi. Dalam pada aku leka menggayakan tu, HeroBesar dengan anak-anak aku pun sampai.


"Cantikkan Beb?" sambil aku suakan tangan aku pada HeroBesar. Dia senyum sambil kata "kalau dah berkenan, beli sajalah Yang." Memang begitulah dia dari 30 tahun dulu sampai sekarang. Aku pulak tak berani nak cerita lebih sebab harga barang tu bukanlah sedikit, dalam hati memanglah berkenan sangat!! Sebab cara dia macam tu lah yang buat aku tak jadi membeli selalunya. Bila ditanya dia macam suka dan tak suka ..


"Thank you, I'll come back some other times" aku pun tanggalkan dari jari aku dan pulangkan barang pada jurujual tu. HeroBesar terus saja bertanyakan harga dan berlakulah tawar menawar. HeroBesar ni bukan jenis orang yang suka tawar menawar, itu kerja aku. Tapi entah mimpi apa malam tadi, memang dah rezeki aku agaknya hari ni. Dipendekkan cerita maka dapatlah aku hadiah birthday yang sedikit terlewat. Tapi aku tak kisah sebab sangat lah berbaloi ..


Senyum meleret aku seharian ni ... kepada HeroBesar, terima kasih daun keladi.


Last but not least, congratulations to the people of Kuala Terengganu!!

Thursday, January 8, 2009

Separuh abad ..

Setengah abad yang lalu *exact date aku tak tahu* aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang datang dari tanah besar Cina. Aku sendiri tidak berapa pasti aku ini anak yang ke berapa sebenarnya ... yang aku tahu aku ada 7 adik beradik yang masih hidup (6 perempuan dan seorang lelaki) ..

Agak-agak 8 hari kemudian (menurut sumber), ALlah memberikan hidayahNya kepada ibu bapa aku, lalu aku diserahkan kepada pasangan lain untuk dibesarkan. Maka daripada saat itu membesar aku didalam sebuah keluarga Melayu yang berugama Islam. Aku dipelihara dengan penuh kasih dan sayang, dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Walaupun kehidupan awal tak semewah mana, namun segala keperluan hidup dan keinginan aku sebanyak mungkin cuba dipenuhi ...

1983 -- dianugerahkan HeroBesar
1985 -- dianugerahkan MissND
1988 -- dianugerahkan MissNJ
1990 -- dianugerahkan MissNW
2001 -- dianugerahkan HeroKecik

Hari ini aku menyambut tarikh keramat itu sebagai seorang hamba ALlah yang berterusan mengharapkan rahmat dan redhaNya, sebagai seorang isteri yang meneruskan cita-cita menjadi penyejuk mata dan hati suami, sebagai seorang ibu yang mencuba menjadi yang terbaik kepada anak-anak aku ..

Alhamdulillah .. setakat ini ALlah permudahkan perjalanan hidup aku .. diberikannya aku suami yang menerima dan menyayangi aku seadanya. Di anugerahkannya aku dengan anak-anak comel, mendengar kata ayah ibu dan taat kepada perintah ALlah dan Rasul.

Dan melihatkan usaha dua puteri aku membuat cake kegemaran aku petang semalam buat aku terharu .. sebaik sampai saja rumah tanpa hirau penat letih, diorang terus bertungkus lumus buat cheese cake .. thank you girls for the thought .. rasa sungguh dihargai .. kesalnya cuma tak dapat nak rasa lagi!!!! uUUuuwWaaaa .. *hangin juga ibu pagi ni sebab dapur penuh bersemut!!* thanks your lucky star, bibik Rom datang pagi ni ....

HeroKecik mencium aku pagi dengan ucapan .. "Happy Birthday ibu, nanti adik beli hadiah kat sekolah" .. aduhai takkan dia nak belikan aku pensil, eraser and sharpener pulakkk !! Anyway, the thought that counts ...

Dalam perjalanan ketempat kerja pagi tadi, HeroBesar called dan beritahu dia ada tinggalkan Birthday Card untuk aku atas meja. Berkali-kali aku baca .. aku perasan HeroBesar ni semakin berumur semakin pandai menyusun ayat ..

To my lovely wife, A***
Sebutir garam dilaut tidak mengubah rasa ..
Setitik air hujan tidak nampak lebatnya ..
Sehari yang dilalui tidak nampak perubahan ..
26 tahun bersama merayakan Hari Lahir .. What an achievement!!
(tak campur lagi courting time)

I would be lost without you ...and so would my car keys, socks, pants, slippers and the TV remote!!

Happy Birthday Darling
11 Muharram 1430.

Syukur pada ALlah kerana masih memberikan aku peluang untuk terus berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Terima kasih kepada suami aku kerana bersabar dalam mendidik dan menyayangi aku seadanya. Terima kasih pada anak-anak aku kerana memudahkan urusan aku menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ALlah menjaga dan mendidik merika ..

Tuesday, January 6, 2009

Damai yang hilang ...

Tiap-tiap hari baca surat khabar, dengar berita di TV, tengok online diInternet .. aku rasa sesak, sebak dan marah. Aku yang lemah tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu saudara-saudara aku .. hanya mampu mendoakan semoga mereka diberikan kekuatan untuk bertahan dan terus menentang regim zionis yang zalim dan tiada peri kemanusiaan langsung!!

Let us watch the slideshow - a picture that speak a thousand words.


Monday, January 5, 2009

kasihnya ibu ..

There are moments in life when you miss someone so much that you just want to pick them from your dreams and hug them for real.

Offlate I am missing my "mak ngah n mak long" terribly .. my heart aches in sadness and secret tears still flow ...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.