Wednesday, January 28, 2009

Boikot ker?

Aku rimas lah jugak kekadang bila orang-orang disekeliling aku bercakap berdegar-degar tentang boikot Israel .. boikot products America .. boikot segala benda yang menyumbang kepada Israel. Cakap bukan mainlah hebat .. tapi bila aku amat-amati cara dan gaya .. tindak tanduk tak lah pulak seperti apa yang dikata. Bak kata pepatah tu : Cakap tak serupa bikin ...

Aku malas sebenarnya nak menegur dah, sebab nanti ada hati-hati yang akan terguris, yang akan mengeluarkan ayat-ayat yang mana aku sendiri melopong tak tahu nak menangkis ... kalau pun tahu menangkis, tapi aku malas sebab aku lebih suka diam dari banyak berkata-kata sebab selalunya penyampaian aku tak sempat habis or tergantung-gantung sebab banyak gangguan luaran yang lebih enak dan sedap di dengar dari suara sumbang aku. Dah macam ayat skema pulak ni ...

Aku suka pandangan/pendapat FaizalTehrani tentang BOIKOT ni ... realistik pada pandangan aku yang tak banyak ilmu ini ...


Quote:
Jika anda bercakap tentang hasrat untuk memboikot Amerika dan Yahudi, anda harus bermula dengan televisyen di rumah anda. Atau pilihan sinema anda. Mungkin, anda tergiur dengan plot filem Hollywood yang penuh aksi, atau terkesima dengan Kate Winslet melondehkan kembannya, barangkali ada gadis di luar sana terkecur liur dengan Brad Pitt, argh di belakang mereka ada Yahudi.

Bagaimana menikmat hasil seni dari Hollywood dengan wajah anak Gaza kepalanya putus dibom Israel, atau bagaimana berasa seronok menyaksikan American Idol jika terkenangkan kanak-kanak di Jabilya yang disembur fosforus putih yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

Kerana itu semua usaha boikot Amerika dan zionis meskipun amat kita sanjungi dan hormati hasratnya adalah diketahui merepek dan menjadi bahan ketawa. Malah, ada seorang tokoh gerakan Islam kita mengakui dalam lidah rasmi partinya yang beliau amat menggemari menonton wrestling, lebih bedebub mereka berlawan lebih berdebab jantungnya yang lemah itu berdegup.
:Unquote.


Sebenarnya dah lama aku nak cakap pasal TV ni ... pasal movies ni semua. Alhamdulillah ALlah ketemukan aku dengan blog dia ni .. so kira renganlah sikit bahu aku dalam bab TV n movies.

Kudos to FT dalam ulasan tentang boikot yang sangkut paut dgn Israel ...