Saturday, January 17, 2009

Bling bling!!

Hari ni pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah. Alang-alang kami nak membeli barangan dapur, kami bersarapan diluar saja. Selalunya memang kami membeli barangan dipasaraya Gergasi. Dan kami suka pergi pagi-pagi untuk mengelakkan kesesakan waktu membayar dikaunter nanti. Hari ni kami mengambil masa yang lebih sikit memilih barangan sebab tak mahu terbeli barangan yang tersenarai sebagai memberi sokongan kepada Israel. Selesai memilih semua yang diperlukan, aku beritahu HeroBesar yang aku akan menunggu dia diluar saja sementara dia membuat bayaran.


"Puan, marilah tengok ... yang ni baru saja sampai khas untuk tahun baru Cina." panggil jurujual tu. Aku memang nak duduk sebenarnya sebab dah penat berjalan. Alang-alang aku nak tumpang duduk, aku tengoklah sekali barang-barang yang dipamerkan. Berpinau-pinau mata menengok .. aku tak ada tujuan nak membeli, sekadar mencuba-cuba saja. Cabut satu, pakai satu lagi .. belek jari lagi. Dalam pada aku leka menggayakan tu, HeroBesar dengan anak-anak aku pun sampai.


"Cantikkan Beb?" sambil aku suakan tangan aku pada HeroBesar. Dia senyum sambil kata "kalau dah berkenan, beli sajalah Yang." Memang begitulah dia dari 30 tahun dulu sampai sekarang. Aku pulak tak berani nak cerita lebih sebab harga barang tu bukanlah sedikit, dalam hati memanglah berkenan sangat!! Sebab cara dia macam tu lah yang buat aku tak jadi membeli selalunya. Bila ditanya dia macam suka dan tak suka ..


"Thank you, I'll come back some other times" aku pun tanggalkan dari jari aku dan pulangkan barang pada jurujual tu. HeroBesar terus saja bertanyakan harga dan berlakulah tawar menawar. HeroBesar ni bukan jenis orang yang suka tawar menawar, itu kerja aku. Tapi entah mimpi apa malam tadi, memang dah rezeki aku agaknya hari ni. Dipendekkan cerita maka dapatlah aku hadiah birthday yang sedikit terlewat. Tapi aku tak kisah sebab sangat lah berbaloi ..


Senyum meleret aku seharian ni ... kepada HeroBesar, terima kasih daun keladi.


Last but not least, congratulations to the people of Kuala Terengganu!!