Thursday, January 8, 2009

Separuh abad ..

Setengah abad yang lalu *exact date aku tak tahu* aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang datang dari tanah besar Cina. Aku sendiri tidak berapa pasti aku ini anak yang ke berapa sebenarnya ... yang aku tahu aku ada 7 adik beradik yang masih hidup (6 perempuan dan seorang lelaki) ..

Agak-agak 8 hari kemudian (menurut sumber), ALlah memberikan hidayahNya kepada ibu bapa aku, lalu aku diserahkan kepada pasangan lain untuk dibesarkan. Maka daripada saat itu membesar aku didalam sebuah keluarga Melayu yang berugama Islam. Aku dipelihara dengan penuh kasih dan sayang, dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Walaupun kehidupan awal tak semewah mana, namun segala keperluan hidup dan keinginan aku sebanyak mungkin cuba dipenuhi ...

1983 -- dianugerahkan HeroBesar
1985 -- dianugerahkan MissND
1988 -- dianugerahkan MissNJ
1990 -- dianugerahkan MissNW
2001 -- dianugerahkan HeroKecik

Hari ini aku menyambut tarikh keramat itu sebagai seorang hamba ALlah yang berterusan mengharapkan rahmat dan redhaNya, sebagai seorang isteri yang meneruskan cita-cita menjadi penyejuk mata dan hati suami, sebagai seorang ibu yang mencuba menjadi yang terbaik kepada anak-anak aku ..

Alhamdulillah .. setakat ini ALlah permudahkan perjalanan hidup aku .. diberikannya aku suami yang menerima dan menyayangi aku seadanya. Di anugerahkannya aku dengan anak-anak comel, mendengar kata ayah ibu dan taat kepada perintah ALlah dan Rasul.

Dan melihatkan usaha dua puteri aku membuat cake kegemaran aku petang semalam buat aku terharu .. sebaik sampai saja rumah tanpa hirau penat letih, diorang terus bertungkus lumus buat cheese cake .. thank you girls for the thought .. rasa sungguh dihargai .. kesalnya cuma tak dapat nak rasa lagi!!!! uUUuuwWaaaa .. *hangin juga ibu pagi ni sebab dapur penuh bersemut!!* thanks your lucky star, bibik Rom datang pagi ni ....

HeroKecik mencium aku pagi dengan ucapan .. "Happy Birthday ibu, nanti adik beli hadiah kat sekolah" .. aduhai takkan dia nak belikan aku pensil, eraser and sharpener pulakkk !! Anyway, the thought that counts ...

Dalam perjalanan ketempat kerja pagi tadi, HeroBesar called dan beritahu dia ada tinggalkan Birthday Card untuk aku atas meja. Berkali-kali aku baca .. aku perasan HeroBesar ni semakin berumur semakin pandai menyusun ayat ..

To my lovely wife, A***
Sebutir garam dilaut tidak mengubah rasa ..
Setitik air hujan tidak nampak lebatnya ..
Sehari yang dilalui tidak nampak perubahan ..
26 tahun bersama merayakan Hari Lahir .. What an achievement!!
(tak campur lagi courting time)

I would be lost without you ...and so would my car keys, socks, pants, slippers and the TV remote!!

Happy Birthday Darling
11 Muharram 1430.

Syukur pada ALlah kerana masih memberikan aku peluang untuk terus berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Terima kasih kepada suami aku kerana bersabar dalam mendidik dan menyayangi aku seadanya. Terima kasih pada anak-anak aku kerana memudahkan urusan aku menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ALlah menjaga dan mendidik merika ..