Friday, January 30, 2009

Sesat lagi menyesatkan ..

Aku sembang-sembang dengan kawan-kawan pasal dakyah Kristian yang begitu menular dikalangan anak-anak muda melayu sekarang ni. Kami berbincang bagaimana mudah sangat anak-anak muda melayu sekarang ni terpengaruh dengan dakwah pendokong-pendokong Kristian ni .. rapuh sungguh keimanan terhadap Islam itu.

Adakah sebab :
1. Kurang didikan/penekanan agama Islam yang dibekalkan olih ibu bapa
2. Kurang didikan/penekanan agama Islam semasa disekolah
3. Kurang keberkesanan ka dakwah or cara penyampaian ustaz/ustazah
3. Kurang prihatin masyarakat Islam dalam memantau masyarakat kita
4. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berleluasa
5. Kebebasan yang ibu bapa beri pada anak-anak merika

Kalau di senaraikan memang berjela-jela boleh dapat. Setakat nak menudingkan jari mencari kesalahan orang lain bukan lah susah sangat .. tapi biar aku cermin diri aku sendiri... memang terlalu sedikit yang mampu aku lakukan untuk menegakkan syiar mu ya ALlah ..

Aku berharap anak-anak aku yang sudah memang sekarang ni mencecah umur berumahtangga akan mampu memikul tanggungjawab yang terbaik terhadap keturunan aku yang akan datang ... insyaALlah. Dari alam tadika sudah aku masukkan ke tadika yang berteraskan Islam, sekolah rendah mereka disekolah agama .. sekolah menengahnya juga disekolah aliran agama. Makanan dan pakaiannya semampu mungkin aku jaga supaya tidak melanggar hukum dan syarak ..
Semua ini semoga bila aku disoal siasat didepan Rabbul Jalil nanti, bagaimana aku mendidik dan mengajar anak-anak aku untuk menjadi hamba DIA .. aku dapat menjawab dengan lancar dan ada bukti dapat aku tunjukkan padaNya. Supaya nanti anak-anak aku tidak menudingkan jari merika mengatakan aku yang tidak memberi didikan .. teguran .. larangan pada mereka. InsyaALlah.

Lihatlah dibawah ini .. aku paparkan untuk tatapan umum .. sebuah komik dalam Bahasa Melayu yang mudah didapati dikedai-kedai buku, murah harganya .. cantik lukisannya yang berwarna warni. Sekiranya ibubapa atau penjaga tidak prihatin isi kandungannya ... kemusnahan akidah akibatnya.





3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum mem-Besar,

Memang dakyah Dakwah mereka amat berkesan pada muda mudi kita kerana pertamanya DALAMAN anak anak muda kita tidak kuat dan sebab itu mudah goyah.

Pengukuhan ini patut dibuat diperingkat awal akar umbi sejak mereka kecil lagi. SEMUA kita memainkan peranan terutama Ibu Bapa di rumah.

Keduanya Mereka memang licik, licin dan amat cerdik dalam memasang perangkap perangkap samar dan amat sabar untuk memancing muda mudi kita.

Dan mereka banyak wang untuk dibelanjakan ke arah dakwah mereka. Kita pula lalai sebab itu sangka bila Lahir sahaja seseorang itu dari Keluarga Islam maka automatik pun Islam lah mereka, walaupun mungkin pelajaran Agama mereka amat cetek apatah lagi dalam soal Fardu Ain yang ASAS.

Perubahan kehidupan kepada yang lebih materialistik juga menyumbang kepada muda mudi mahu cepat senang dan punyai itu dan ini walaupun dengan cara yang salah dan memakan diri dan aqidah.

WaAllahuAlam.

AKAK bukan ANONIMES said...

ooo ni buku INDON tu kan..
indon ni memang tuhan dia pon dia nak panggil Allah gak. Walhal gereja2 besar dia kat barat kata tuhan dia x sama dengan tuhan orang Islam..

laknatullah!

Eskapisminda said...

Salam puan,
memang sebaiknya pendidikan itu bermula dari rumah namun kehimpitan hidup melahirkan ibu-ibu dan bapa-bapa yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak mampu menjaga jiwa mereka sendiri mana pulak nak menjaga diri anak mereka. Nauzubillah.