Thursday, October 3, 2013

"mana mak"

Merembes airmata aku membaca cerita pendek dr status FB seorang kawan penulis. aku salinkan disini semoga ada manfaat dan pengajarannya.  teruslah membaca .. 


***

Jam 6.30 petang
Mak berdiri di depan pintu. wajah mak keliharan resah. mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

***

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Tuesday, September 24, 2013

anak-anak ibu ..

akak, angah, achik dan adik .. 
andai ibu tersalah mengajar kalian, maafkanlah ibu
andai ibu terlupa mendidik kalian, maafkanlah ibu
andai ibu tersilap bahasa pada kalian, maafkanlah ibu
ibu tidak sempurna, namun ibu mahu kalian sempurna
ibu tidak hebat, namun berdoa semoga kalian hebat
bukan sempurna fizikal saja yang ibu mahukan
bukan hebat harta benda saja yang ibu doakan
kesempurnaan iman dan taqwa
kehebatan jihad dan mujahaddah
untuk mendapat redha Allah swt .. itulah matlamatnya
 
akak, angah, achik dan adik ..
doa kalian yang ibu harapkan
semoga dapat menerangi laluan ibu dalam mengatur langkah
bila tiba masa dipanggil mengadap Allah swt 

akak, angah, achik dan adik .. 
semoga rahmat dan redha Allah swt sentiasa bersama kalian
dari dunia hingga ke akhirat .. aamiin.


p/s jadikanlah panduan kalian dalam mendidik bakal cucu2 ibu nanti .. 

Thursday, June 27, 2013

lemas ..

perkara yang paling aku takut sejak dulu ialah 'dimatikan' awal oleh orang keliling yang telah 'meniupkan' kehidupan kepada aku.  kini dibaki kehidupan aku yang tinggal sedikit lagi ini, telah ada usaha-usaha seolah mahu 'mematikan' aku.  semakin hari semakin kerap dan kuat 'cekikkan' yang aku rasakan, bertambah rimas dan payah untuk aku bernafas!  

tolong lah .. berikan aku sedikit ruang untuk bernafas kerana aku juga mahu 'kehidupan' ini lagi .. 


Tuesday, June 18, 2013

going with the flow ..

my silence doesnt always mean YES !!   sometimes it means i'm already tired n fed up .. so m just going with the flow ...  but be prepared for the surprised !!




i'm not gonna say 
do you ever stop to think along the way? 
but baby, be prepared to be surprised 
better be prepared to be surprised 
baby, be prepared to be surprised 
it's all i know 

i'm not gonna state 
obvious observations everybody makes 
but baby, be prepared to be surprised 
better be prepared to be surprised 
baby, be prepared to be surprised 
it's all i know 

the weight of the world 
and the hurt and the dirt 
can make you disturbed 
but i heard, but i heard 

when i wrap my arms around you 
every mistake we made crumbles 
when i wrap my arms around you 
everything echoes a new song 

i'm not gonna whine 
to scream, "i'm so tired" through a mic 
baby, be prepared to be surprised 
better be prepared to be surprised 
baby be prepared to be surprised 
it's all i know 

i'm not gonna lie 
saying everyone will be all right 
and fine until we die 
what else can you do but hope and pray 
and say that we'll get by 

be prepared to be surprised 
better be prepared to be surprised 
baby, be prepared to be surprised 
better be prepared to be surprised 
it's all i know


untung sabut timbul, nasib batu tenggelam .. 

Thursday, April 25, 2013

tidak pernah layu ..



anak-anak ku masih segar suara manja mu  
ku dengar tangis mu dan tawa mu
juga ketika kau berkejar-kejar 
diruang laman, diruang taman, diruang rumah kita
masih ku dengar jeritan mu memanggil ku
masih ku terhidu bau lunak dari tubuh keanakan mu
masih ku tergambar ketika ku mendidik mu dengan sabar
masih rasa mencurah ruah keringat yang diperah agar kau menjadi insan bertuah
masih terasa sejuknya airmata cinta bila melihat kau tersenyum gembira
masih ku berdoa seperti dulu untuk kebaikkan mu 
semalam yang telah berlalu bagiku masih baru masih mekar dan segar
semegar cinta ku yang tidak pernah beku 
sesegar kasih ku yang tidak pernah layu ...

Tuesday, April 16, 2013

ultimately ..

i have learnt, i came alone and i have to go alone
i have learnt, some people are with you only when they need you .. not otherwise
i have learnt, if you care for someone too much you will be hurt and ultimately blamed

ultimately ..
i have learnt, love someone but not so much that you forget to keep some love for yourself


ya Allah .. ampunkan lah dosa2 ku.  
ya Allah .. aku persembahkan kepada Mu ya Tuhan sekelian mahkluk harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa 
ya Allah .. wahai Yang Maha Pemberi dan Pemurah, tatkala keras hati ku dan sesak perjalanan hidupku .. aku jadikan rayuan daripadaku ini sebagai jalan mengharap keampunan Mu.   
ya Allah .. aku akan teruskan hidup ini dengan tetap terus berharap pada Mu
ya Allah .. aku akan teruskan hidup ini tanpa jemu merayu pada Mu 

Monday, April 8, 2013

mengelak rasa ..


kadang-kadang aku terluka tapi aku buat bersahaja.  bukan kerana tak rasa kepedihannya, tapi aku tahu Allah ada .. takkan Dia biarkan aku berdukacita selama-lamanya.
kadang-kadang aku rasa sangat keciwa, aku buatkan kekeciwaan tu seolah tak ada maknanya.  bukanlah kerana aku hebat sampai tak mahu mengaku keperitan yang melanda, tapi aku yakin Allah beri aku rasa keciwa tu sebab nak jadikan aku lebih bersedia menghadapi apa jua ujian lain yang bakal menimpa.
malahan aku kerap melagukan ratap aku dalam curahan air 'hujan' dibilik mandi agar tidak ada yang tahu kalau aku sedang menangis.  bila kenyataan demi kenyataan terlalu pedih untuk aku telan mahupun diluahkan, aku memilih untuk berdiam diri saja sambil mendoakan yang terbaik demi memelihara perhubungan ...

ya Allah .. dosaku menggunung tinggi .. Kau ampunkanlah, jadikanlah aku didalam golongan orang-orang yang selalu menerima rahmat dan kasihsayang Mu.
ya Allah .. mudahkanlah laluan hidup aku, jauhkanlah aku dari penyakit hati dan luaskanlah rezeki ku.
ya Allah .. jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur dan Kau tambahkan lah kesabaran dalam kehidupan aku.  
ya Allah, ya Rahman, ya Rahim .. ya Rabbal 'alaamiin.

Thursday, March 14, 2013

mimpi ..

aku dikejutkan oleh mimpi ngeri awal pagi ni.  berpeluh aku, sakit tengkuk dan berpinau rasanya waktu aku terbangun.  takut!! astaghfirullahalazim .. 

aku ni pulak .. perkara kecil atau besar mesti nak beritahu rakan kongsi aku, dah berpuluh tahun macam tu.   payah juga nak berubah ('slowly but surely' kata orang puteh).  seperti biasa jugalah segala cerita/berita dari aku nampak remeh. kadang-kadang macam dapat perhatian, kadang-kadang macam tidak. tengok nasib lah.  sama jugalah dengan mimpi aku tadi .. mimpi saja pun kan?!  no big deal .. 

"tak ada bendalah.  jangan difikirkan, mimpi hanya mainan tidor!."  itu saja .. babai.

aku akur, tapi sampai sekarang, saat aku tulis ni .. aku masih memikirkan maksud tersurat dan tersirat mimpi aku.   pada siapa lah aku nak me 'refer' kan mimpi aku ni?  astaghfirullahalazim .. 

ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari musibah yang berat, celaka yang menimpa, keputusan (qada) yang buruk dan kejahatan para musuh .... aamiin.

Thursday, February 21, 2013

aku lah drama queen tu ..

adooiiiii memikirkan kena pergi hospital saja hati aku sudah seriau ..seram sejuk (mungkin kerana banyak sangat kenangan/pengalaman lalu.)   bila dah sampai hospital bertambahlah tak keruannya. lain sangat perasaan nya antara menghantar orang buat pemeriksaan dan bila sendiri yang akan diperiksa.  kecut perut den!  sementara menunggu nama dipanggil untuk masuk kebilik doktor tu jantung aku rasa dupdapdupdap bagai nak meletup, semakin rasa tak cukup dan sesak nafas aku!! .. tapak tangan pun berpeluh.   tak senang duduk aku .. lama sangat rasanya.   tab aku pulak batteri dah nyawa-nyawa ikan.  kalau lah ada teman untuk di ajak berbual atau bersandar lelah, kurang sedikit agaknya tumpuan pada situasi, apakan daya .. kali ini aku sendirian.

setelah hampir 2 jam menunggu dengan fikiran berkecamuk nama aku pun dipanggil.  tunggu lagi.  buka saja pintu bilik rawatan, melihat wajah ceria dan mendengar suara doktor .. sedikit menghilangkan 'gabra' aku.  "puan! lamanya tak jumpa .. last jumpa tahun 2005 .."  heheheheh aku pun tak ingat bila last aku datang.  friendly dan menyenangkan pesakit tua macam aku.   setelah diinterview lebih kurang, doktor suruh baring untuk buat pemeriksaan.  malu alah aku baring saja lah .. nak berubat.  ketaq lagi aku rasa.  baru saja doktor letak stethoscope nya untuk mengesan bunyi apa ke entah didada .. doktor terus berhenti dan melihat muka aku dengan satu macam pandangan. uiks?? heh! aku faham maksud pandangan tu.  aku pun menoleh pada arah dari mana bunyi yang sangat menganggu tu.  ingatkan fahamlah orang yang menghasilkan bunyi tu .. rupa-rupanya tak faham, atau buat-buat tak faham.  dua tiga kali juga aku menoleh dan sekali tu aku terpaksa kata, "nanti call balik lah .." mestilah aku sopan lembut saja cakap, tu yang mungkin tak dengar dan terus juga bercakap ditalian.  doktor tak boleh tahan, dia pulak bersuara, "saya tak boleh dengar!" pun tak diendahkan juga .. penting sungguh agaknya discussion tu. akhirnya doktor yang terpaksa menghenti pemeriksaan .. menunggu sehingga habis bunyi tu barulah doktor memulakan semula pemeriksaan.  

belum sempat aku turun dari katil doktor kata, "puan kena pergi buat ultra sound .. lepas ultra sound, puan datang semula jumpa saya .. kita tengok apa kemungkinannya."  fuhhh!  tak tahu nak cakap lah rasanya.  memacam gambaran datang dalam benak aku.  almaklum aku ni nampak saja berani dan berhati besar .. sebenar pengecut especially dalam bab procedures dihospital ni !!  alahh siapa lah tak takut, entah berapa kali aku ni kena 'repair' dalam bilik operasi di berbagai hospital .. 

sebaik keluar saja dari bilik doktor terus lah menggodek talipon lagi.  aku pulak berjalan nak ke bilik ultra sound rasa macam berbatu jauhnya walaupun tak sampai 30 langkah.  seperti berlaga-laga lutut aku.  segala kemungkinan masuk dalam kepala aku.  dari pengalaman dulu-dulu, setiap kali lepas ultra sound mesti ada saja yang tak kenanya, masuk ward -- cucuk sana cucuk sini, potong lagi, jahit lagi, sakit lagi!! ya Allah, aku tahan saja airmata aku .. istighfar dan keep on reminding myself .. aku dah pernah lalui benda-benda ni .. semua ok saja akhirnya.  macam-macam doa aku baca.  saat tu kalaulah ada orang pimpin tangan or pegang bahu aku atau berikan kata-kata semangat alangkah besar maknanya .. melegakan sikit gelodak rasa agaknya.  macam pengalaman lepas-lepas ketika usia masih muda dan tenaga masih kuat sikit dulu .. aku tabah lalui lapahan demi lapahan dihospital tu kerana sentiasa ada teman penguat semangat!  tapi apa kan daya .. dah tua gini aku sendirian.  berjalan control macho saja lah aku .. 

diluar bilik ultra sound tu menunggu lagi .. lambat sangat masa berlalu rasanya.  yang dalam perut aku ni rasa nak terkucil yang kecil dan yang besar.  sempat aku ke bilik air, balik dari bilik air belum juga giliran aku.  aku perhatikan orang-orang lain yang sama-sama menunggu.  mereka berbual-bual sesama teman-teman  mereka, sambil gosok-gosok tangan, pegang-pegang bahu.  tapi dari cara mereka kita boleh agak yang mana pesakit dan yang mana teman .. yang sakit muka monyok mendengar celoteh dari teman yang mungkin cuba menghilang rasa gabra.  dan bila di panggil mereka masuk berdua-dua ke bilik ultra sound tu.  tiba nama aku dipanggil, aku jalan sendirian masuk bilik, rasa tak terlangkah kaki.  disuruh baring lagi.  angkat baju, dedah perut dan tunggu.  lamanya rasa nak tunggu doktor tu datang.  "puan datang sorang je ke?"  .aku tak menjawab cuma sengeh saja.  aku tak tahulah doktor ke atau pembantunya yang buat ultra sound tu.  dia sempat ketawakan aku pulak.  "jangan lah takut puan, tak sakit pun. sejuknya tangan puan." (aku bukan takut sakit lah! aku memikirkan results ni nanti) .. terfikirkan anak-anak, kesian mereka. kesian anak bujang kecik aku kalau aku terpaksa masuk ward. macam-macamlah.  sambil tu dia menenyeh-nenyehkan entah apa kebendanya ke kawasan sekitar perut aku,  dan bawah dada.  "tarik nafas puan, dah banyak kali buat major operations ye puan? .. hehehhe kuat gigil puan ni!"  .. habis bahagian depan, bahagian belakang pula .. tarik nafas dan tahan .. tarik nafas dan tahan.  tarik nafas lepas .. siap!  "sila tunggu depan bilik doktor tadi ye puan, nanti kami hantar results ke sana."  ooops! almost aku tersungkur dari katil tu .. hampeh! tempat injak kaki tu dah termasuk bawah katil.  

sekali lagi lutut aku rasa berlaga-laga, kaki rasa tak bergerak. mata rasa kabur ler pulak kali ni, rupanya aku lupa pakai cermin mata semula!.  aku berhenti sejenak di laluan beritahu, "jom kita ambik results ultra sound kat doktor ..." aku terus berlalu, ingatkan ada yang mengekor dari belakang, rupanya berjalan sendirian saja.  tunggu lagi, sebab ada pesakit lain sedang diperiksa.  Allahuakbar kencangnya dupdapdupdap jantung aku tuhan saja yang tahu. lambatnya!!!!   dlm hati, apapulak lah kali ni .. doa macam-macam semoga semuanya baik saja.  biasalah, bila berdoa tu airmata mulalah menepi saja .. almaklum mengharap.  istighfar dan tahan .. tahan .. tahan.  jangan jatuhkan airmata, rugi.

"puan!"  suara doktor tu, sebaik saja pintu dibuka. alahaii! macam nak gugur jantung aku.  aku letak tangan dimeja dia .. mengeletar.  "ok! kita dah dapat results ultra sound.  eh! suami puan mana dia tak interested nak dengar sama ke?"  doktor senyum tengok aku, aku sengeh tengok doktor. sama-sama faham agaknya.   "berapa lama dah kawin puan?"  apo relevan pulak soalan ni dengan results ultra sound aku nih? (dlm hati je lah ..)  "almost 30 tahun dah doktor .." itu saja, mujur no further questions.  dalam hati aku rasa nak menjerit-jerit suruh dia bacakan keputusan tu cepat.  gemuruh habih dah !!

"alhamdulillah, semua nampak ok. pancreas ok, liver ok .. bla bla bla ..  " panjang lebar.  aku pun dengar tak dengar, faham tak faham sebab masa ni hati aku dah jadi hiba sebak pulak.  . sedih sesangat rasanya, tak tahulah kenapa ... mungkin tanda syukur aku pada Allah swt kerana semua ok.  doktor suruh aku tarik nafas, turun nafas. tarik nafas turun nafas.  "jangan risau puan, insyaAllah semua nya baik saja.  lagi dua minggu puan datang jumpa saya lagi ye .. baik atau tidak, berkurangan atau tidak datang jumpa saya.  saya beri puan ubat untuk dua minggu dulu. kita tengok macamana .. kalau tak baik kita akan buat ujian lain. boleh puan?"  aku tak ingat samaada aku angguk atau aku bersuara untuk mengiyakannya.  doktor sambung lagi, "puan jangan makan banyak-banyak, jangan makan 3 jam sebelum tidor, jangan makan berminyak-minyak, jangan makan pedas-pedas .." bila sampai bab pedas, aku tanya, "pedas-pedas pun tak boleh?"  doktor gelak, "amboiii, bilo bab podeh cepat menjawab nya ... sah orang N9 pure nii!"  

nurse nyampuk, "lepas ni puan ikut saya pergi ke kaunter bayaran ye, buat bayaran dan ambil ubat difarmasi selepas bayaran dibuat."  sambil tu doktor menulis lah di slip ubat dan kata, "makan ubat ni dua kali sehari .. pagi dan malam .. 30 mins sebelum breakfast dan 30 mins sebelum dinner .. "  sambil ucap terima kaseh, aku bangun nak meninggalkan bilik doktor.  lega dah.  sebaik aku nak buka pintu doktor panggil aku  .. "puan!  puan wanita yang tabah .. jangan ngelat makan ubat ok! assalamualaikum .. i'll see you in two weeks time."  

"waalaikumsalam wm wb.  insyaaAllah, thankyou doktor!" aku pun ikut nurse pergi ke kaunter bayaran.  diberi number dan tunggu dipanggil.  tunggu lagi.  belek-belek number giliran .. ALAMAK !!  aku tak ada cash lah pulak.  toleh kiri kanan kalau banker bergerak aku ada berdekatan .. yellek!! aku pun pusing nak pergi balik ketempat menunggu diluar bilik ultra sound tadi mungkin dia masih disitu leka dengan talipon dan laptopnya.  biasalah aku ni kalau bab mencari arah memang tak boleh diharap.  sesat barat aku.  entah kemana arah aku dah pergi .. nasib baik ada nurse Sara .. tunjuk jalan.  jumpa! memang dia masih disitu dan seperti yang aku jangkakan.  aku dengan muka tak malu minta duit,  tak ada soal jawab terus dapat!!  dan aku terus lah ke tempat buat bayaran, duduk menunggu number dipanggil .. tak lama tu dia ikut sama dan duduk sebelah.  aku diam je .. tahan sabar lah kununnya aku.

sedang menunggu tu, sambil aku tahan airmata dari tertumpah, tahan gegel juga yang entah apa puncanya ..  ada pulak soalan bocor. "camana results ultra sound tadi? doktor cakap apa kat you?" aku tak jawab, di tanya lagi, aku tak jawab dan lagi.  ish ini sudah mencabar hati aku pulak rasanya, aku memang malas nak menjawab .. takut nanti aku BOOM!!.  dalam hati aku kata, kalau minat nak tahu kenapa tak masuk sama-sama mendengar tadi.  ni usahkan mengiringi aku kehulu kehilir, usahkan memegang tangan or bahu aku, sepatah dua kata semangat pun tak terluah, toleh pun tidak masa aku ajak bersama-sama. slowly tanduk aku pun sudah mula tumbuh .. maka setelah menarik nafas panjang, bertanya lah aku dengan nada perlahan (supaya tak didengar orang lain) dan romantik sekali .. "eh! you nak tahu jugak ke?" aku sambung lagi "kalau you nak tahu, kenapa tak join sekali dengar apa doktor tu cakap tadi?" tak ada jawapan, aku tanyalah lagi soalan yang sama .. wahh! soalan ni macam killer gitu. 

dalam senafas dilepaskan nya, "you mulalah tu nak membesar2kan perkara kecil. I ADA PERKARA YANG LEBIH PENTING PERLU DISELESAIKAN! I AM JUGGLING MY WORK AND SENDING YOU HERE .."  hah! anjat boboi bila dijawab agak keras dan agak kuat juga caranya .. amik kau!!  dalam hati aku kata, baiknya dia beri se das!!  baru aku  ngerti kenapa aku di 'ignore' saja sepanjang waktu tu.  rasa nak hantuk kepala aku ke dinding waktu tu kasi aku sendiri sedar sikit, bahawa ada yang lebih penting lagi selain dari nyawa aku!!  patutlah tak henti-henti jejari montoknya menaip. berhenti cuma bila ada calls masuk atau buat calls out. aku yang duduk gelisah peluh dingin disebelah sampai dia tak perasan.   dia sampai lupa tujuannya bawa aku pergi hospital!!  penting sesangat rupanya menguruskan jemputan budak-budak maahad - dgn bus, bayaran, sediakan tikar, tempat wudhu', tambahan makanan dsbnya -- untuk kenduri kendara dikilang petang tu .. macam tak ada orang lain yang boleh handle semua kerja berat tu. dan lebih penting sangat rupanya urusan surat menyurat, agreement, contracts syarikat dsbnya berbanding nyawa aku ni.   patutlah semua tu lebih utama dari memberi perhatian ketika doktor sedang memeriksa aku (sampai dalam bilik doktor pun masih menjawab calls. menghantar messages!)  ish ish ish .. (now aku sedang geleng kepala sambil buat bunyi dan tunjuk tangan ke bawah macam roket terjunam)

Allahuakbar.  aduhai .. bukan tiap-tiap minggu atau tiap-tiap bulan atau tiap-tiap tahun pun kena bazirkan masa menjadi peneman aku ngadap doktor.  last sekali tahun 2005, 7 tahun dulu.  atau bukan ke lebih baik berterus terang saja tak perlu/tak dapat pergi hari tu sebab sibuk yang teramat sangat! .. kita boleh saja tunggu pergi bila sudah ada masa terluang (bukan urgent pun kesihatan aku ni kalau nak banding dengan urusan kilang, aku kan masih boleh buat kerja-kerja remeh macam biasa lagi, makan pun laju je aku ni menolak kedalam nya) ataupun terus terang saja cakap suruh aku pergi sendiri .. aku kan boleh arrange dengan one of my kawan-kawan kok ada yang sudi untuk menemankan. atau aku boleh saja pergi hospital tu sendirian  .. boleh panggil teksi maaa .. no hal lah tu!! daripada sesia saja aku memendam rasa dan menambah lagi dosa aku yang memang dah bertimbun-timbun ..  

aku marah? demi Allah tidak .. aku cuma berjauh hati.  kerana aku selalu diperingatkan, "actions speak louder than words."  

tu lah ceritanya,  azam dan niat aku yang pada awalnya hanya mahu jadi orang baik dan tak mau sebut dan tak nak ulas apa-apa,  (azam aku mahu buat bodoh saja, tak mahu ambik port, mahu buat biasa saja) .. tetap tidak menjadi kenyataan!  itulah aku.  aku ni bukan seorang yang penyabar. aku bukan seorang yang prihatin pada masaalah orang lain.  sesungguhnya aku berusaha, aku juga berdoa, aku mencuba buang sifat-sifat buruk yang banyak sangat ada pada aku ni  (terima kaseh pada orang yang rapat dengan aku kerana selalu sudi beritahu sifat-sifat buruk yang aku ada) kata mereka aku ni cepat perasa, cepat marah, cepat cemburu, cepat buruksangka, aku suka membesar-besarkan perkara kecil, suka mengada-adakan cerita yang tak ada, suka menyindir sinis,  mementingkan diri sendiri, banyak bercakap, tak pernah merasa puas dengan apa yang diberikan.  ada yang kata aku drama queen!. aku terima seadanya dan cuba baiki.  tetapi percubaan demi percubaan, usaha demi usaha aku seperti tidak berhasil, doa-doa aku belum dimakbulkan lagi .. aku kena lebihkan lagi usaha, kuatkan lagi cubaan dan banyakkan lagi doa aku .. setakat hari ini, aku masih gagal mendidik hati sedangkan masa sudah suntuk!!

apapun semua telah nampak selesai,  and act like "all izz well" again!!  coretan ini cuma luahan rasa terbuku aku (disini tak ada yang menyanggah, nampak aku betul semua!! hahahaha) dan peringatan jugalah supaya jangan jadi dan berperangai seperti aku .. 

Allah Allah Allah  .. Engkaulah yang menciptakan aku .. aku ada kerana Kau ada.  bantulah aku untuk menjadi hamba Mu yang taat mengikut perintah Mu dan meninggalkan segala larangan Mu, aku mahu menjadai hamba Mu yang berakhlak baik .. aku hanya mahu menjadi hamba Mu yang lebih mendengar, lebih  melihat dan yang banyak berdiam diri .. aamiin.  

Monday, February 18, 2013

Allah yang hantar pertolongan ..

aku meluahkan rasa hati aku disini, menulis apa yang aku lalui hari-hari (atau bila aku teringat peristiwa yang pernah aku tempuhi) atau merumuskan apa yang aku baca! .. yang mana aku tak dapat untuk meluahkan pada pihak yang sepatutnya menjadi pendengar aku, tidak macam dulu lagi.  so elok menulis.  kalau bercakap kerap disalah fahamkan atau tidak mendapat perhatian langsung.  walaupun ada yang mengatakan tulisan-tulisan aku berunsur sindiran .. aku tak kisah, memang ada betulnya pun. yang pasti, apapun yang aku cuba buat atau katakan walau dengan niat yang baik, memang negatif saja pada pandangan, pendengaran mereka. bagus disini, aku syok sendiri .. dan dengan cara ini boleh jadikan aku 'sober' sendirian .. tak ada beza.

sepertilah kejadian terbaru ini.  niat aku memang baik .. tidak mahu ada yang ditimpa susah, mengelakkan bahaya, tidak mahu masa terbuang (dari terbuang dijalanan, kan lebih baik buang masa melayan aku - 2 jam dari rumah nak sampai rnr seremban, sejam lagi tunggu pulak jentolak datang, sambung tunggu pulak dikedai tu ..  tak buang masa ke tu?) sudah aku berikan pendapat aku, sudah aku 'tekan'kan pendangan aku.  dari hari Jumaat lepas hinggalah ke pagi tadi - Isnin.  ada orang kisah? subhanAllah betul sangat.  maka terjadilah pembaziran masa, tenaga dan pastinya wang ringgit!! (juga pembaziran emosi aku .. sebab hangin orang tak dengar pendapat aku yang tak canggih) .. maka menjerit-jerit lah hati aku untuk meng update blog aku ni .. 

wahai manusia .. 
bila kita dalam kesusahan, atau bermasaalah yang boleh nampak nyata oleh mata kasar (dlm hati susah or gulana orang memang tak dapat nak tolong unless kita bersuara meminta) .. ada orang datang nak hulur bantuan -- dari segi tenaga or cadangan, apa harus kita kata atau buat?  adakah kita akan upfront sergah dgn kata-kata (contohnya):

aku tak perlukan pertolongan orang! 
aku takkan menyusahkan orang lain!
aku buat sendiri selagi aku mampu!
aku tak minta makan dari orang lain!
aku susah pun biar sendiri saja!
aku tak perlukan pendapat atau pandangan! 
you apa tau, duduk rumah saja! 
etc. etc. etc.

fuhh !!  sombong sangat bunyinya kan?  kurang-kurang pun cakap 'terima kaseh' dulu atas prihatin orang lain walaupun disaat itu kita sangat berkeyakinan dan berkemampuan menyelesaikan sendiri.  orang lain tu pun 'datang' Allah yang hantar untuk mendapat 'bahagian' nya juga.  tanpa izin Allah, mata pun tak mampu nak berkelip .. so segala-segalanya atas izin Allah swt. 

cubakah ingat sikit .. setiap kali kita susah or bermasaalah, kita tak segan silu menadah tangan mohon pada Allah untuk menghulur bantuan, untuk ditunjukkan jalan penyelesaian. tak terfikir ke oleh kita mungkin melalui orang itulah Allah hantar pertolonganNya.. kalau bukan tenaga yang dihulur, kata-kata atau cadangannya itu juga mungkin berupa penyelesai dari Allah swt.   dan dengan sombong dan beraninya pulak kita menolak/perlekeh pertolongan Allah ????  masyaAllah. ish ish ish  (sambil geleng kepala, buat bunyi .. dan tangan buat macam roket turun ke bawah!)

periksa diri kita betul2, periksa hati kita betul2.   penyakit sombong/riak ni (mmg tak perasan adanya dlm diri yang memang sudah ada sifat angkuh) akan memakan diri sendiri .. tidak sekarang, mungkin dimasa akan datang.  mengapa mesti  'tembak' orang lain dgn keangkuhan dan rasa mampu kita sekarang? .. satu hari nanti bila kita betul-betul memerlukan .. jangan sampai saat itu Allah tak hantar sesiapa untuk usahkan menolong, melihat pun tak ada yg sudi. nauzubillahiminzalik!

 

semoga Allah swt tidak menghina aku dengan mengumpulkan aku dalam bentuk semut-semut kecil dan dipijak-pijak oleh manusia di akhirat nanti.  aamiin.
 

Thursday, February 14, 2013

keistimewaan seorang wanita ..

kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, bukan juga susuk yang ditampilkan atau bagaimana dia mendandan rambutnya.  kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada ..


firman Allah swt :
ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
-- Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menupang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi keselesaan
-- Aku memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakkan yang seringkali datang dari anak-anaknya
-- Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh
-- Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya
-- Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya
-- Aku memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu
dan akhirnya ..
-- Aku memberinya airmata untuk dititiskan.  ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.

drpd Aishah ra, bersabda Nabi saw :
barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka .. maka akan menjadi penghalang kepadanya dari api neraka.


dari itu bersabar lah wahai hati, bila setiap kali kamu diuji oleh mereka .. neraka itu panas, dan kamu memerlukan halangan dari kepanasannya.

Saturday, February 9, 2013

bila ditimpa musibah ..


firman Allah swt untuk renungan, "dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (drpd kesalahan2mu)." (Asy-Syuura :30)

firman Allah swt, “dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar.  orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun." (Al-Baqarah 2 : 155-156)


sabda Nabi saw, 
الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيْلِ اللهِ: الْمَطْعُوْنُ شَهِيْدٌ وَاْلغَرِقُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ اْلجَنْبِ شَهِيْدٌ وَالْمَبْطُوْنُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيْقِ شَهِيْدٌ وَالَّذِي يَمُوْتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيْدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوْتُ بِجُمْعٍ شَهِيْدٌ

maksudnya: orang yang mati syahid selain mati terbunuh pada jalan Allah (di medan perang) ada tujuh:
1. Mati sakit taun adalah syahid.
2. Mati lemas adalah syahid.
3. Mati sakit paru-paru adalah syahid.
4. Mati sakit perut adalah syahid.
5. Mati terbakar adalah syahid.
6. Mati dihempap benda keras adalah syahid.
7. Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya adalah syahid.

ketika didalam syurga nanti, golongan ini bagaikan burung2 hijau yang rezekinya diberikan oleh Allah swt.
(HR Malik, Ahmad, Abu Daud, AnNasaai)


Mati Syahid terbahagi tiga:
1. Syahid Dunia dan Akhirat (yaitu sesiapa yang mati di medan perang menentang orang2 kafir).
2. Syahid Dunia (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang tetapi ia berperang dengan niat yang tidak ikhlas – seperti berperang kerana hendak tunjuk berani, mahukan harta rampasan perang – atau ia mengkhianati harta rampasan perang atau ia lari dari medan perang).
3. Syahid Akhirat (yaitu sesiapa yang mati selain mati di medan perang menentang orang2 kafir yang di sebut secara khusus oleh Nabi Muhammad saw seperti mati kerana sakit taun dan lain2 di atas).

bagi sesiapa yang mati syahid akhirat ini mayat mereka dimandi serta disembahyangkan dan di akhirat nanti mereka akan memperolehi pahala orang2 yang mati syahid. yakni pahala syahid dunia dan akhirat.  (Riwayat Imam An-Nawawi, Syarah Soheh Muslim)


apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah.

Sunday, February 3, 2013

berbuat baik bila sayang ..

bagaimana Rasulullah saw melayan pengemis Yahudi yg buta ..

di sudut pasar Madinah AlMunawarah ada seorang pengemis Yahudi yg buta.  dari hari ke hari apabila ada orang yang mendekatinya selalu dia berkata, "wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad. dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya." 

setiap pagi Rasulullah saw mendatangi sipengemis buta dengan membawakan makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yg bernama Muhammad.  Rasulullah saw melakukannya hingga menjelang baginda wafat.  setelah kewafatan Rasulullah saw tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada sipengemis Yahudi yg buta itu.

suatu hari Abu Bakar ra berkunjung kerumah anaknya Aisyah ra.  beliau bertanya kepada anaknya, "anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?." Aisyah ra menjawab pertanyaan ayahnya, "wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah. hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja."  Abu Bakar ra bertanya, "apakah itu?."  jawab Aisyah ra. "setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada disana."

keesokkan harinya Abu Bakar ra pergi kepasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.  Abu Bakar ra mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.  ketika Abu Bakar ra mula menyuapkannya, si pengemis mula marah sambil berkata, "siapakah kamu?."  lalu Abu Bakar ra menjawab, "aku orang biasa."  sipengemis berkata, "bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangi dan menyuapkan aku .. apabila dia datang kepadaku, tidak perlu susah tangan ini memegang dan tidak perlu susah mulut aku ni mengunyah.  orang biasa yang mendatangi aku selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri."  terang pengemis itu.

Abu Bakar ra tidak dapat menahan airmatanya.  dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu.  aku adalah salah seorang dari sahabatnya. orang yang mulia itu telah tiada.  dia ialah Muhammad Rasulullah saw."  setelah mendengar cerita Abu Bakar ra pengemis itu terkejut lalu menangis sambil berkata, "benarkah demikian?  selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahi ku sedikitpun.  dia malah mendatangi aku dengan membawakan makanan setiap pagi. dia begitu mulia ..."   dipendekkan cerita, akhirnya pengemis Yahudi itu bersyahadah dihadapan Abu Bakar ra.

kisah ini menjadi motivasi/mengajar aku  untuk terus berbuat baik terhadap orang-orang yang aku sayang .. biarpun kadang-kadang kelihatan seperti tidak di hargai. bila benar-benar sayang aku tidak perlukan penghargaan manusia.  aku mengharapkan  penghargaan Allah swt yang tiada tolok bandingnya.  ini mengajar aku erti keikhlasan, insyaaAllah.

Monday, January 21, 2013

anak perempuan saya yang bongsu adalah best. happy happy happy

Friday, January 18, 2013

sentiasa betul ..

aku pernah rasa cemburu, sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dilahir dan dibesarkan oleh orang yang sama.  aku pernah mohon pada Allah, bukan sekali .. berkali-kali memohon agar aku dijemput/diambil semula oleh mereka .. pada aku ketika itu biarlah buruk, biarlah miskin, biarlah dipukul hari-hari .. aku tetap mahu kasih sayang mereka.  dulu, masa tu aku masih belum merasai nikmat islam, belum kenal erti bersyukur. waktu tu aku masih kanak-kanak ..ketika aku masih remaja.  

aku kini redha dengan ketentuan Allah swt, takdir inilah yang terbaik buat aku. biarpun mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, aku tetap menganggap mereka insan terbaik .. kerana merekalah aku ada didunia ini, kerana merekalah aku dapat melihat bulan dan matahari.  walaupun sekarang aku telah berada dihujung-hujung usia, aku masih lagi berusaha kearah berbaik sangka terhadap keputusan mereka.   cuma .. aku tidak boleh POS apa-apa untuk mereka disana nanti.




aku sangat terhutang budi kepada kedua-dua arwah maklong dan makngah yang telah bersusah payah memelihara/membesarkan dan menyayangi aku seadanya sehingga menjadi aku hari ini. alFatihah buat mereka.  

 

Wednesday, January 16, 2013

words ..

.. they make us laugh 
.. they catch our tears 

Friday, January 11, 2013

sombongnya kau ..

cerita aku buat kau muak.  sebenarnya aku kesihan melihat kesombongan kau. baru sedikit kelebihan kemewahan yang diberiNya kau dah angkuh.  sedikit diuji dengan kesenangan dan kebahgiaan kau sudah lupa diri.  kesihan aku pada kau.  Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah swt atas kejayaan dan kesenangan yang kau miliki. tapi ingat, jangan terleka .. nanti kau yang terluka.
 

Wednesday, January 9, 2013

memori tidak akan dipadam ..

aku tidak akan memadamkan memori pada kejadian dibumi bertuah itu.  ia amat bernilai dan mahal harganya bagi seorang perempuan seperti aku. walaupun ia amat menyakitkan sehingga hampir membunuh, amat rugi rasanya kalau dipadamkan begitu saja kerana aku akan lupa. dan bila aku lupa maka akan mudahlah aku tertipu lagi oleh orang yang sama dengan cara yang sama berkali-kali! 

aku beri maaf tapi aku perlu lebih berhati-hati.  aku beri maaf tapi bukan bermakna aku boleh diperlakukan begitu lagi dgn mudah, aku beri maaf tapi bukan bermakna aku tidak boleh mencari keadilan untuk diri aku  biarpun tiada siapa yang memihak dan berjuang bersama aku. 

ya Allah, rawatilah aku dengan rawatanMu, sembuhkanlah aku dengan penawarMu, cukupkanlah aku dengan kelebihan yang ada padaMu dari mengharap selain dariMu (supaya dapat aku berdikari).